Taman Perling – Kesibukan kira-kira 100 keluarga membuat persediaan ke sekolah dan tempat kerja, bertukar panik selepas digemparkan bunyi dentuman kuat dari arah tangki air Taman Perling berhampiran kediaman masing-masing.
Tekanan air yang kuat menyebabkan salah sebuah paip dari tangki yang terletak di bukit di Jalan Belibis 17, di sini, pecah dan bocor sekali gus menenggelami pokok kecil serta membasahi kawasan perumahan tersebut, semalam.
Saksi kejadian, B Bargavi, 62, berkata, dia baru sahaja pulang ke rumah selepas bersiar di sekeliling kawasan perumahan di jalan itu seperti hari kebiasaan sebelum kejadian berlaku.
“Secara tiba-tiba pagi itu dikejutkan dengan satu bunyi letupan yang kuat sekitar jam 6.30 pagi ketika saya sedang melakukan kerja rumah.
“Kemudian timbul tanda tanya dan rasa pelik apabila kedengaran pula bunyi seperti hujan lebat selepas letupan itu sedangkan cuaca cerah pada pagi ini,” katanya.
Bargavi berkata, dia secara terburu-buru keluar dari perkarangan rumah seterusnya terlihat pancutan air dari salah sebuah paip sehingga timbul perasaan bimbang akan berlakunya runtuhan pada struktur tangki itu.
“Panik dengan situasi yang terjadi, saya segera pulang ke rumah untuk memberitahu suami bersama jiran untuk menyelamatkan diri berserta dokumen penting sekiranya berlaku sebarang kemungkinan tidak diingini.
“Terlalu banyak air memancut keluar dari paip itu sehinggakan pokok kecil di bahu jalan ranap selain berlakunya hakisan tanah di lereng bukit tangki itu dan kawasan berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian.
Ahli perniagaan, Andy Koh, 28, berkata, dia sedang mempersiapkan tiga cahaya matanya untuk ke sekolah ketika dentuman kuat itu kedengaran sebelum diberitahu jiran hadapan rumahnya, Bargavi berhubung kejadian itu.
“Saya meninjau apa yang berlaku kerana menyangka berlakunya kemalangan di hadapan rumah sebelum terlihat pancutan air setinggi kira-kira enam meter ke udara dari paip itu seterusnya membasahi jalan dan memasuki kediaman penduduk.
“Ketika kejadian, timbul persoalan dan perasaan hairan dalam kalangan penduduk mengapa kakitangan atau pegawai dari Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJH) tidak berada di lokasi sebaik sahaja insiden ini dilaporkan,” katanya.
Suri rumah, Elaine Lau, 55, berkata, dia amat kecewa dengan operator talian kecemasan 999 apabila mendakwa laporan dibuat olehnya menerusi panggilan dilakukan untuk memberitahu kejadian itu tidak menerima layanan sewajarnya.
“Hairan apabila talian yang sepatutnya berfungsi untuk menerima panggilan kecemasan seperti dilayan acuh tidak acuh sedang keadaan panik ini bukanlah satu perkara main-main.
“Adakah mereka hanya akan menganggap perkara ini serius dan bertindak sekiranya sudah berlaku kemalangan nyawa membabitkan penduduk?,” katanya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Rinting, Chia Sing Cheng yang terus bergegas melawat tempat kejadian berkata, dia akan meminta SAJH segera menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menyelesaikan perkara itu.
“Saya diberitahu penduduk setempat berhubung kejadian ini sekitar jam 6.45 pagi seterusnya mendapati tekanan air dari paip itu amat kuat sebaik sahaja tiba di lokasi.
“Semua penduduk yang tinggal berhampiran tangki air ini menyuarakan rasa cemas sekali gus bimbang kejadian sama akan berlaku pada masa akan datang.
“Sebagai penyelesaian, saya memohon SAJH supaya mewujudkan satu pasukan khas yang akan bertindak untuk sentiasa memantau saluran paip tangki terletak berhampiran semua kawasan perumahan dan bertindak segera sekiranya berulang kejadian seumpama ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat SAJH, Jamaluddin Jamil berkata, dia mengesahkan ada menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu sekitar jam 6.30 pagi.
“Satu pasukan sudah dihantar untuk menutup injap paip air yang terletak berhampiran Perling Mall bagi menghentikan bekalan air ke tangki tersebut.
“Saluran paip yang pecah ini mempunyai kapasiti air tiga juta gelen dan jarak antara lokasi kejadian dengan injap paip di Perling Mall terletak kira-kira tiga kilometer sekali gus menjadi antara penyebab mengapa proses menghentikan air mengambil masa lebih satu jam.
“Bagaimanapun, tiada sebarang gangguan bekalan air akan berlaku di taman perumahan ini dan paip bocor akan segera ditukarkan seterusnya kembali beroperasi semula menjelang sebelah malam,” katanya.
Justeru, Jamaluddin berkata, orang ramai yang menghadapi masalah sama atau bekalan air boleh menghubungi SAJH di talian bebas tol 1800-88-7474 atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) di talian 019-7727474 selain emel kepada customer.care@saj.com.my.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan