Gombak – Seorang jurutera binaan maut dalam keadaan menyayat hati apabila tubuh badannya hampir putus selepas digilis dan diseret sejauh 10 meter dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 27.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, awal pagi semalam.
Difahamkan, mangsa, Md Mintu Abdul Rahman, 38, warga Bangladesh menunggang motosikal bersendirian ke tempat kerjanya dari arah Kuala Lumpur ke Genting Highlands.
Sumber polis berkata, mangsa yang berkemungkinan gagal mengawal motosikalnya terbabas di tengah jalan sebelum digilis sebuah kenderaan lain.
“Insiden ngeri itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk pada kaki dan badannya hampir putus.
“Motosikal mangsa rosak teruk namun kenderaan yang berlanggar dengannya masih belum dapat dikenal pasti,” katanya.
Menurutnya, mangsa dengan alamat terakhir di Jalan Pandan Indah 6/12, Ampang itu dipercayai tinggal dan bekerja di negara ini sejak Mei 2008.
“Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai lesen menunggang motosikal. Setakat ini tiada saksi bebas yang melihat kejadian tampil membuat laporan.
“Sehubungan itu, mereka yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, Inspektor Rasha Azrul Shafii ditalian 0361262257 untuk membantu siasatan,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci masih dijalankan. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan