26 Feb 2011

Kereta Baru Terbakar Dan Meletup

Lukut – Seorang lelaki melalui saat getir apabila kereta yang dipandunya tiba-tiba terbakar sekitar jam 11.08, pagi semalam.

Lelaki terbabit yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian dia memandu dari Pelabuhan Klang untuk dihantar ke bilik pameran sebuah syarikat kereta di Port Dickson.

Menurutnya, ketika tiba di lampu isyarat di Lukut, dia memberhentikan kereta kerana lampu merah dan ketika mahu bergerak semula enjin kenderaannya mati.

“Ketika mahu menghidupkan semula enjin kereta, saya terdengar satu bunyi letupan. Ketika itu ada asap keluar daripada bahagian enjin kereta dan saya terus keluar menyelamatkan diri.

“Beberapa saat selepas itu kereta terbakar, sebelum seorang pemandu lori memberikan pertolongan dengan menggunakan alat pemadam api yang disimpan dalam kenderaannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, walaupun berjaya memadamkan kebakaran, api menyala semula selepas itu sebelum berlaku lagi satu letupan.

“Anggota bomba dan penyelamat kemudian datang dan berjaya mengawal api sebelum memadam kebakaran berkenaan.

“Kereta terbabit masih dalam proses pendaftaran dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, anggota bomba mengambil masa lebih kurang lima minit untuk memadam kebakaran. -SH

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya tidaklah pandai sangat....tetapi berkemungkinan disebabkan oleh kualiti minyak yg digunakan.....sebenarnya kita boleh buat kajian sendiri mengenai kualiti minyak.....pergilah beli minyak kira2 sepuluh ringgit distesen minyak yg berlainan jenama.....simpan didalam gelen plastik selama beberapa hari....kemudian kita akan tahu yg mana lebih banyak gas dan yg mana lebih minyaknya....yg banyak gas akan menyebabkan gelen plastik kembong secara berlebihan dan yg kurang gas akan lebih stabil...