20 Feb 2011

Noh Omar Terdesak Untuk Buktikan Konon Dirinya Masih Relevan Di Selangor

MBI sedia diaudit – Faekah

SHAH ALAM: Banyak tuduhan yang cuba dilemparkan oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar (gambar) berkenaan pentadbiran Negeri Selangor walaupun kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) ditolak oleh rakyat.

“Ini jelas menunjukkan bahawa beliau terdesak untuk membuktikan dirinya masih relevan di Selangor,” kata Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin dalam satu kenyataan media hari ini.

Terkini katanya, beliau (Noh) membangkitkan isu perbelanjaan penginapan yang dibayar oleh Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

“Agak hairan perkara tersebut ditimbulkan sedangkan adalah menjadi amalan sesebuah Kerajaan Negeri menerima tetamu dari dalam mahupun luar negeri,” terang beliau.

Faekah berkata, jelas beliau merujuk kepada tetamu kerajaan dari Sabah dan Sarawak yang telah mengadakan kunjungan rasmi ke Selangor dan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar.

“Senario ini bukanlah sesuatu yang janggal yang tidak diamalkan oleh mana-mana kerajaan negeri BN mahupun di peringkat pusat,” katanya.

Katanya, memandangkan Noh telah membangkitkan perkara ini kita menggesa beliau mengemukakan bukti bahawa telah wujud penyalahgunaan wang kerajaan dan rakyat.

“Sedikitpun kita tidak berasa gusar kerana Kerajaan Selangor khusus MBI bersikap terbuka dalam hal ini dan sedia disemak oleh Bahagian Audit Dalaman hatta disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kerajaan Selangor yang mendokong prinsip ketelusan dan kebertanggungjawab, tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat dan fakta. Rakyat boleh menyemak setiap perbelanjaan yang dibuat Kerajaan Negeri,” tambahnya. -FMT

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menteri BN dari Selangor ini tak ada kelas untuk jadi Menteri. Cakap melalut-lalut. Mana orang nak percaya.