Kuala Pilah: “Saya terkejut apabila suami tiba-tiba mengambil tongkat lalu berjalan masuk ke rumah yang marak terbakar,” kata isteri kepada warga emas yang ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Cheriau, Senaling, dekat sini, petang kelmarin.
Selamah Radin, 70, berkata dia tidak sempat menghalang suaminya, Mohd Diah Alum, 80, daripada masuk semula ke rumah selepas dibawa keluar sebelum itu.
“Sejurus masuk ke rumah yang terbakar, suami hilang begitu saja dan saya serta seorang anak gagal menyelamatkannya kerana ketika itu api marak.
“Mayat suami kemudian ditemui rentung di ruang tamu oleh pasukan bomba selepas selesai kerja memadam kebakaran,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Datuk Hasan Malek di rumahnya, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, rumah papan didiami warga emas itu bersama seorang anak dan cucu musnah sama sekali.
Menceritakan kejadian terbabit, Selamah berkata, ketika itu dia berada dalam bilik air memandikan cucu lelakinya berusia lima tahun sebelum terdengar anak perempuannya menjerit mengatakan rumah mereka terbakar.
Katanya, dia kemudian berlari mendapatkan suaminya di dapur dan membawanya keluar untuk menyelamatkan diri.
“Saya dan anak tidak dapat menyelamatkan barang berharga kerana api marak dengan cepat dan kini tinggal sehelai sepinggang selain kehilangan suami tercinta.
“Buat masa sekarang, saya dan anak menumpang sementara di rumah jiran dan terharu apabila mereka memberi sumbangan wang dan barang keperluan seperti beras, susu, gula, serta pakaian,” katanya.
Jiran mangsa, Khairee Nizam, 20, berkata dia memancing di kolam 500 meter dari tempat kejadian sebelum melihat asap dan mendengar suara orang menjerit meminta tolong.
“Saya bergegas ke rumah itu untuk memberi bantuan dan menghubungi bomba untuk memadam kebakaran,” katanya.
Sementara itu, Hasan yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, pihaknya mengadakan rundingan bersama pejabat daerah untuk menyegerakan bantuan dan membina semula rumah mangsa di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di tapak rumah yang musnah itu.
Menurutnya, kebakaran itu mungkin disebabkan sistem pendawaian yang usang.
“Saya meminta penduduk memeriksa semula sistem pendawaian di rumah masing-masing bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya. -hm

Datuk terperangkap dalam api
KUALA PILAH – Tindakan seorang datuk masuk semula ke dalam rumah ketika rumahnya itu sedang terbakar mengundang padah apabila dia terperangkap dalam api marak, petang kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira 4.30 petang di Kampung Cheriau, Senaling, di sini mengakibatkan mangsa, Mohd Diah Alum, 80, rentung.
Isteri mangsa, Selamah Radin, 70, berkata, semasa kejadian, dia sedang memandikan cucunya dan terkejut mendengar pekikan anak perempuannya dari ruang tamu.
“Saya dengar anak saya menjerit ‘api...!’. Lepas tu, saya cepat-cepat bawa cucu keluar dan melihat bahagian rumah tengah sudah terbakar teruk.
“Saya terus tarik suami yang sedang berehat di dapur keluar dari rumah. Masa itu, cucu dan anak perempuan saya sudah berada di luar kawasan rumah dan pergi meminta bantuan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.
Bagaimanapun, Selamah berkata, dia terkejut apabila secara tiba-tiba suaminya bergegas masuk semula ke dalam rumah yang sedang terbakar tanpa diketahui sebabnya.
“Saya tak tahu kenapa dia masuk semula ke dalam rumah,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian, Khairil Nizam Mohd Ali, 20, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang memancing di kawasan berdekatan sebelum terlihat kepulan asap serta jeritan minta tolong.
“Saya terus ke situ dan melihat rumah terbakar teruk. Lalu saya terus menghubungi bomba,” katanya.
Dia yang juga seorang daripada saudara terdekat keluarga mangsa bagaimanapun gagal menyelamatkan Mohd Diah kerana api begitu marak.
Dalam pada itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada 4.34 petang.
“Lapan anggota membabitkan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah bergegas ke tempat kejadian sejurus selepas itu.
“Api dapat dikawal beberapa minit selepas itu sebelum padam sepenuhnya pada 7.49 malam,” katanya.
Menurutnya, jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -SH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan