Nilai - Lima pekerja kilang memproses minyak kelapa sawit, EcoOils Processors Sdn Bhd di kawasan perindustrian Nilai Utama di sini, cedera apabila bahagian pengasingan minyak kilang itu terbakar hari ini.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Saadon Mokhtar berkata, siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada kebocoran paip saluran cecair bahan pembakar yang digunakan untuk memproses minyak berkenaan menyebabkan api menjulang tinggi pada bangunan empat tingkat bahagian pengasingan minyak kilang itu.
"Ketika kejadian pada 8.30 pagi itu kesemua pekerja yang tercedera dipercayai terkena bahang api. Dua daripada pekerja kilang itu parah akibat melecur dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala tiga lagi cedera ringan dan mendapat rawatan di klinik swasta berhampiran.
"Empat pekerja itu adalah warga Nepal manakala seorang warga tempatan.
Mereka berumur 30-an dan 40-an," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Saadon berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.50 pagi dan empat jentera bersama 33 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Mantin dan Seremban serta pasukan Hazmat dari Seremban 2 telah dikejarkan ke tempat kejadian.
"Kita berjaya mengawal api pada pukul 9.45 pagi dan memadamkan sepenuhnya pada pukul 11.25 pagi. Sekarang kita sedang menutup kebocoran yang berlaku pada kilang yang melibatkan bahan cecair N-Haxane iaitu bahan yang mudah terbakar dan 'corrosive'.
"Selepas itu kita membuat proses penyejukkan dengan menggunakan 15 tong buih (foam) pada tangki berkenaan.
"Api bermula dari bawah dan menjulang tinggi pada bangunan empat tingkat itu. Kebakaran itu berlaku di bahagian pengasingan minyak dan kita dapat kawal api daripada merebak ke kilang utama," katanya.
Katanya jumlah kerugian sedang disiasat. -Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan