Seorang lelaki berusia awal 30-an separuh bogel yang khayal menikmati urutan badan gadis urut tidak panjang apabila dia dan gadis tersebut dicekup dalam operasi banteras maksiat, malam kelmarin.
Lelaki yang difahamkan antara puluhan pelanggan setia yang kemaruk mendapatkan khidmat urutan gadis-gadis gebu di premis pusat refleksologi di SS4 di sini itu ditahan bersama lima gadis urut berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an.
Pengarah Penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Fauzi Maarop berkata tujuan operasi bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu diadakan bertujuan gejala maksiat di bandar raya ini.
Menurutnya, operasi bertumpu di pusat urut dan spa di hotel dan premis urut sekitar SS24 dan SS2.
”Kita hendak pastikan pemilik premis ini tidak melanggar syarat lesen termasuk mengaji perempuan beragama Islam untuk menjadi tukang urut,” katanya ketika ditemui, semalam.
Operasi selama tiga jam itu turut memeriksa lesen dan juga kesalahan yang lain yang sering dilakukan oleh pemilik premis.
”Masalah sosial dalam masyarakat beragama Islam perlu diberi tumpuan dan termasuk aduan dan keprihatinan orang ramai dalam melaporkan perkara ini kepada kami,” katanya.
Fauzi berkata, kesemua yang ditahan beragama Islam dan disiasat di bawah seksyen 29 (1) Enakmen jenayah syariah Selangor 9/95 kerana berdua-duaan tanpa ikatan sah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000, penjara dua tahun atau kedua-keduanya sekali. -SH

Tiada ulasan:
Catat Ulasan