15 Feb 2010

Hasbie Satar, Setiausaha Politik Bersama Wang RM2 juta

S Setiausaha Politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob, Hasbie Satar (gambar) ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam kerana didakwa memiliki kekayaan tidak munasabah dalam tempoh singkat perkhidmatannya.

Menurut sumber terdekat SPRM, Hasbie masih ditahan untuk siasatan lanjut namun tidak dapat dipastikan sama ada beliau telah diambil keterangan atau pun tidak.

Hasbie yang bertugas di Unit Perancangan Ekonomi (EPU) berkhidmat untuk Nor Yakcob sejak April tahun lalu semasa menteri tersebut memegang portfolio Menteri Kewangan Kedua di bawah pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

“Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,” kata sumber itu kepada mStar Online di sini hari ini.

Sebelum ini, The Star melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang setiausaha politik kepada menteri kanan yang didakwa memiliki kekayaan dalam masa yang singkat.

Sementara itu, SPRM dilaporkan turut memperoleh perintah untuk membekukan beberapa harta milik Hasbie serta akaun banknya bagi membantu siasatan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram.

Selain itu, SPRM turut menyita empat buah kereta mewah dan empat buah rumah mewah yang dipercayai kepunyaannya yang berusia lewat 30-an. Semua harta tersebut dipercayai terletak di kawasan Lembah Kelang.

Sumber memberitahu, siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa beberapa aset miliknya telah dibeli menggunakan nama pihak lain, dipercayai menjadi proksinya.

Tambahnya, pemilik berdaftar kepada aset tersebut akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat.

Sementara itu, usaha untuk menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull untuk mendapatkan pengesahan mengenai kes tersebut sehingga kini gagal. -MSTAR

Ulasan GB
Ini merupakan Setiusaha Politik kedua Mohd Nor Yaakob yang berdepan dengan kes rasuah. Yang pertama ialah Datuk Norza Zakaria.

Kita merasakan ada sesuatu di sebaliknya. Mohd Nor Yaakob adalah Menteri Kewangan Kedua. Apakah ia lubuk bagi pengumpulan kekayaan?

Wang RM2juta itu yang ditahan. Bagaimana dan berapa pula jumlah sebenar termasuk yang telah digunakan untuk membeli hartanah yang dilaporkan berlaku di sekitar lembah kelang.

Dan peranan Mohd Nor Yaakob itu sendiri perlu diberikan perhatian.


6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap2 siasatan tidak hanya setakat siatan saje... tindakan perlu diambil. takut nanti sprm hanya buat siasatan tapi akhirnya tidak ada bukti kukuh.... dah berapa banyak kes begini berlaku, bila melibatkan org2 dlm umno... akhirnya tutup kes sebab tiada bukti.. perkara begini apa pun boleh terjadi. hanya nak beritahu kita setakat kes sedang disiasat tapi bila kata tak ada bukti baik lah tak payah cerita kat kita... rakyat m'sia bukannya bodoh kebanyakan dah berilmu dan belajar sampai universiti... bukan mcm ahli umno kebanyakannya boleh diperbodohkan sbb masih banyak lagi yg sekolah setakat darjah 3 tahun 50an dulu......

Tanpa Nama berkata...

Pekara kecil saja tu... saja buat kecoh nak tunjukkan SPRM buat kerja, walau bagaimana pun kita semua tahu (SPRM) bekerja hanya untuk ahli dan pemimpin Pakatan Rakyat saja dan bukannya menyeluruh sehingga kepada pemimpin Barisan Nasional khususnya orang UMNO.

Kalau ada pun cuma ikan bilis saja yang ditangkap.... ikan yu, ikan jerong dilepaskan.

Bunyinya macam hebat kononnya “Siasatan telah mula dijalankan sejak tahun lalu lagi selepas dakwaan menyatakan Hasbie memperoleh kekayaan tersebut melalui wang sogokan bagi meluluskan projek-projek yang bernilai jutaan ringgit,” esok atau lusa tutup kes.

Peguam Negara tiada cukup bukti untuk mendakwa.. "cakap tak serupa bikin..."

Alangkan Khir Toyo memang jelas melakukan berbagai penyelewengan dan rasuah tapi masih bebas, ketawa besar dan cakap besar....

Alahaiii SPRM...agensi celaka !

Tanpa Nama berkata...

Khabarnya IGP juga kena serbu dengan SPRM tapi lepas tu senyap saja. Tak ada bukti? Kes liwat diadakan bukti yang tak logik langsung, sampaikan 50 MP Australia suruh batalkan. Malunya!!!

Tanpa Nama berkata...

budak kpg aku nih... dulu aku eran dia nih kaya gila babas.. satu family pakai imported car... org bgtau kawen ngan org kaya.. so ok lar.. tp lam fikiran aku yg bodoh ni.. takkan satu family mentua dia support... dan aku mmg jangkakan perkara ni terjadi... nak jugak ckp padan muka, mcm aku dengki plak, nak ckp kesian, budak ni bodoh la plak..

dia bukan ahli umno sebab dia budak sarawak.. mana ada umno kat sarawak... so dia nih aku arap sprm dapat siasat baik2.. mmg diluar kemampuan yg melonjak2... tak caya, tanya org kpg aku, Kampung Spaoh, Betong, Sarawak.

Tanpa Nama berkata...

Mamat ni tak sempat nak bawa duit kepada MB mahkamah, Zambry Kadir yang buat rumah terbuka Tahun Baru Cina untuk diagih-agihkan sebagai ang pau. Heh... heh...

Tanpa Nama berkata...

La..kantoi budak Spaoh, sarawak ni.SPRM hanya cekup cikit je..wang yg dah dilabur di Kampungnya (beli tanah berbidang2x...rumah kebun..)kira di"halal"kan aje..? memang luar biasalah keluarga dia ni..sejak budak ni jadi PolSec...satu keluarga dapat "support"..fullamak...mak bapak..ipar-duai.....kemudian buat beberapa syarikat proxy (guna nama sedara mara)..kira bersih wang haram lah tu....gaji driver dia saje mengalah gaji menteri muda..!