1 Dis 2010

Wikileaks Dedahkan Penglibatan Firma Malaysia

Wikileaks palit firma Malaysia dengan giroskop

Dua syarikat di Malaysia didakwa terbabit dengan rangkaian syarikat-syarikat bagi mendapatkan 'barangan sensitif' untuk entiti di Iran, menurut satu dokumen yang dimuatkan di laman independen Wikileaks pada Ahad lalu.

Dokumen tersebut mendedahkan bahawa tindakan syarikat berkenaan mencabuli perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang dikenakan ke atas Iran.

Sebelum ini, terdapat juga laporan yang mengaitkan beberapa syarikat di Malaysia yang melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa dan sekatan badan dunia itu.


Menurut kabel surat menyurat yang dihantar pada 3 Februari tahun ini dari pejabat Setiausaha Negera Amerika Syarikat kepada kedutaannya di Beijing, dua syarikat berpangkalan di Malaysia dikenalpasti sebagai dalang berkenaan.

Senjata nuklear Iran

Syarikat dari negara Iran itu dilaporkan terbabit dalam mengembangkan keupayaan senjata nuklear negara berkenaan.

Menurut kabel berusia sembilan bulan yang diklasifikasikan 'rahsia' itu, kedutaan Amerika di Beijing diminta untuk menyampaikan kepada kerajaan China mengenai keperluan menyiasat dan menghalang usaha bagi mendapatkan giroskop TRS-500 daripada firma VibTel Industrial Co Inc.

Giroskop adalah alat bagi mengukur atau memastikan orientasi dan penstabilan objek yang terbang.

Menurut kabel itu lagi, giroskop TRS-500 yang cuba diperolehi oleh syarikat Electronics Component Limited, (ECL) yang berpangkalan di Malaysia adalah “dikuasai oleh Missile Technology Control Regime (MTCR) dan kawalan eksport berkaitan peluru berpandu China”.

Giroskop itu boleh digunakan sebagai sistem bimbingan peluru berpandu balistik, peluru berpandu kawalan jelajah dan kenderaan aerial tanpa manusia, kata laman itu lagi.

Menurut kabel itu lagi, ECL, bersama satu lagi syarikat Malaysia, Skylife Worldwide Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada rangkaian syarikah hadapan Iran yang digunakan bagi mendapatkan 'barangan sensitif' bagi pihak 'entiti Iran bagi pembikinan senjata nuklear”.

Entiti itu termasuk Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang dikatakan pembuat utama bahan dorongan cecair peluru berpandu balistik dan Heavy Metal Industries, sebuah “syarikat hadapan” untuk pembuat peluru berpamndu taktikal - Ya Mahdi Industries. -mk

Ulasan GB

Hal di atas mengingatkan kita mengenai kes SCOPE, syarikat 100% milik SCOMI yang 53% dimiliki oleh Kamaluddin Abdullah Ahmad Badawi, 36, anak lelaki tunggal Perdana Menteri yang dilaporkan oleh CIA kepada Presiden George Bush sebagai pembekal centrifuge untuk meningkatkan kadar uranium untuk senjata nuklear.

Wartawan the STAR pula, Jagdev Singh Sidhu, turut melaporkan Petronas Carigali Sdn Bhd. telah memberi kontrak sekurang-kurangnya 2 Billion Ringgit bagi membina pelantar minyak dari 2004 hingga 2006 kepada SCOMI, syarikat yang sama yang menjadi pembekal senjata nuklear dan di dalam perhatian tentera Amerika.

Jagdev melaporkan, SCOMI yang menghantar dokumen tendernya pada bulan Ogos 2003 sebelumnya dijangka akan hanya memperolehi 1/3 dari nilai kontrak yang asal iaitu hanya 1 billion Ringgit sebelum secara tiba-tiba meningkat ke 2 Billion Ringgit.


Tiada ulasan: