Anwar ramal p'raya Mac 2011
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan pilihan raya umum diadakan pada bulan Mac 2011 ekoran pengumuman penangguhan pemilihan Umno selama 18 bulan.
Menurutnya, Umno hanya pandai mengkritik PKR tetapi tidak berani mengadakan pemilihannya kerana parti itu tidak cukup kuat untuk berdepan dengan perwakilannya.
Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menegaskan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN dan presiden Umno, mesti mengadakan pilihan raya awal untuk menunjukkan beliau mempunyai mandat dari rakyat.
Bagaimanapun, katanya, Najib mesti menunjukkan bahawa beliau mempunyai keazaman politik untuk membersihkan daftar pemilih sebelum pilihan raya umum diadakan.
"Beliau mesti beri kita tarikh awal, March atau April, dan kita serahkan kepada rakyart untuk buat keputusan," katanya. -mk
Ulasan GB
Satu daripada taktik Anwar Ibrahim ialah apabila beliau diserang, satu cara untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu itu dan untuk mendapatkan semula sokongan rakyat, beliau akan mengumumkan "tarikh pilihanraya dah dekat".
Di atas adalah contoh yang nyata.
Untuk mengalihkan rakyat berbicara tentang "ketuanan Anwar", maka beliau akan menggunakan kesempatan tindakan UMNO menangguhkan pemilihan selama 18 bulan kononnya sebagai satu petanda pilihanraya akan diadakan pada awal 2011.
Hal yang serupa apabila Rahimi dan Rosdi mendakwa dipaksa untuk menandatangani satu akuan bersumpah bulan Oktober lalu. Kebetulan pula kerajaan mengumumkan penangguhan GST. Lalu Anwar secepat kilat mengeksploitasikannya sebagai petanda pilihanraya semakin hampir.
Sedangkan ia hanyalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dan menagih simpati untuk mengumpulkan semula sokongan terhadapnya setelah dibelasah teruk oleh rakyat.
GB sudah tidak hormat kepada manusia yang bernama Anwar ini setelah beliau bertindak untuk menjadi GODFATHER di dalam PKR apabila melakukan campurtangan serius kepada proses pemilihan PKR 2010 yang lalu dimana sepatutnya beliau selaku Ketua Umum perlu menunjukkan contoh teladan yang baik seorang pemimpin dengan tidak mengamalkan sikap berpihak.
Dan apatah lagi terbongkar rahsia bahawa jumlah keahlian PKR yang dikatakan 400,000 itu hanyalah AUTA semata-mata, GB ulangi, AUTA semata-mata. Ia hanya dilakukan untuk menipu komponen-komponen Pakatan Rakyat demi untuk mendapat kerusi yang banyak semasa pilihanraya 2008 yang lalu.
Keahlian PKR yang ada kini jika mengikut jumlah pengundi yang keluar mengundi semasa pemilihan hanyalah sekitar 30,000. Katakanlah ia 50% dari jumlah sebenar, maka keahlian PKR hanyalah sekitar 50,000 atau 60,000 orang sahaja.
Itu sebab mengapa semasa pilihanraya kecil atau umum, sukar untuk mendapatkan petugas-petugas PKR. Yang bertungkus-lumus ialah dari PAS dan DAP.
PKR menang banyak kerusi dalam pilihanraya 2008, betul. Tetapi ia adalah kerana pada masa itu sentimen kebencian terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah, undi protes dari UMNO BN, sokongan PAS dan DAP dan atas pagar terhadap calon-calon Pakatan Rakyat menyebabkan ramai calon PKR berjaya.
Kini PKR sudah kehilangan ramai pengikut-pengikutnya, termasuklah golongan Hindraf yang dahulu telah menyebabkan berlakunya 'tsunami politik' pada 2008.
Pilihanraya kecil lagi kali ini, PR akan kalah teruk. "Gang Berempat" punya pasal.
Taktik untuk kata "pilihanraya dah hampir" dan seumpama itu sudah tidak laku lagi. Jangan bazirkan masa berblogging dan membaca blog dengan penipuan sedemikian. Perak sampai sekarang tak bubar-bubar lagi sekalipun blogger-blogger PR dah gendangkan konon ada PRK sejak dua tahun dulu lagi.
Tentang hal Anwar ini, sebenarnya sebelum ini GB telah mengulas hal ini di SINI. Petikan:
Dengan ramalan pilihanraya lebih awal, ahli-ahli Pakatan Rakyat dibebankan dengan memikul "stress" - sedangkan ia tidak perlu penyakit itu boleh dielakkan.
Apa guna memikul balak di dalam perjalanan yang panjang untuk membina jembatan sedangkan sungainya belum kelihatan? Bukankah itu kerja si Bebal?
Bukankah masa ini sebaik-baiknya digunakan memperkukohkan dan membersihkan parti, menyusun strategi dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti ilmu dan kemantapan berorganisasi supaya PR "benar-benar" memenuhi fungsi kerajaan menanti?

'Ketuanan Melayu untuk kaburkan Ketuanan Anwar'
Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata istilah Ketuanan Melayu hanya ciptaan ahli politik dalam menggambarkan kedudukan politik dan ekonomi orang Melayu.
"Saya tidak tahu kenapa timbulkan isu ini. Apa yang saya nampak adalah 'Ketuanan Anwar' dalam PKR. 'Ketuanan Anwar' yang perlu dihapuskan. 'Ketuanan Melayu' hanya nak kaburkan 'Ketuanan Anwar'. Pada pandangan saya, konsep itu (Ketuanan Melayu) tidak ada," katanya.
Shamsul mengulas kenyataan presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lalu.
Dr Wan Azizah meminta konsep Ketuanan Melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah'.
Sambil mempersoalkan tindakan Dr Wan Azizah, Shamsul berkata kenyataan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu hanyalah gimik politik dan untuk menutup kemelut yang dihadapi PKR ketika ini.
Katanya, Dr Wan Azizah perlu melihat semula apa yang dimaksudkan dengan ketuanan itu dan tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu yang telah termaktub sejak zaman kesultanan Melayu lagi.
Menurut beliau jika dilihat dalam soal ekonomi, kaum Cina mendominasi sebanyak 70 peratus daripadanya manakala Melayu hanya 30 peratus, dan tiada istilah kaum Melayu mendominasi dalam semua aspek.
Kesan buruk
"Kalau kita lihat sepatutnya 70 peratus itulah yang tuan. Jadi, ketuanan Melayu itu menunjukkan apa? Apa dia ketuanan itu? Dia (Dr Wan Azizah) sendiri tidak jelas apakah maksud ketuanan itu," katanya.
Beliau berkata ahli politik seharusnya memikirkan isu yang relevan untuk dibincangkan dan tidak membangkitkan isu yang boleh mendatangkan kesan buruk antara kaum.
Sementara itu bagi pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim istilah Ketuanan Melayu tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara,.
Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
"Sebelum ini tidak pernah disebut 'Ketuanan Melayu' dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan cuma 'Ketuanan Raja' iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
"Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan," katanya.
Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan oleh ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.
"Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh," katanya. -mk
Ulasan GB
Satu daripada taktik Anwar Ibrahim ialah apabila beliau diserang, satu cara untuk mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu itu dan untuk mendapatkan semula sokongan rakyat, beliau akan mengumumkan "tarikh pilihanraya dah dekat".
Di atas adalah contoh yang nyata.
Untuk mengalihkan rakyat berbicara tentang "ketuanan Anwar", maka beliau akan menggunakan kesempatan tindakan UMNO menangguhkan pemilihan selama 18 bulan kononnya sebagai satu petanda pilihanraya akan diadakan pada awal 2011.
Hal yang serupa apabila Rahimi dan Rosdi mendakwa dipaksa untuk menandatangani satu akuan bersumpah bulan Oktober lalu. Kebetulan pula kerajaan mengumumkan penangguhan GST. Lalu Anwar secepat kilat mengeksploitasikannya sebagai petanda pilihanraya semakin hampir.
Sedangkan ia hanyalah untuk mengalihkan pandangan rakyat dan menagih simpati untuk mengumpulkan semula sokongan terhadapnya setelah dibelasah teruk oleh rakyat.
GB sudah tidak hormat kepada manusia yang bernama Anwar ini setelah beliau bertindak untuk menjadi GODFATHER di dalam PKR apabila melakukan campurtangan serius kepada proses pemilihan PKR 2010 yang lalu dimana sepatutnya beliau selaku Ketua Umum perlu menunjukkan contoh teladan yang baik seorang pemimpin dengan tidak mengamalkan sikap berpihak.
Dan apatah lagi terbongkar rahsia bahawa jumlah keahlian PKR yang dikatakan 400,000 itu hanyalah AUTA semata-mata, GB ulangi, AUTA semata-mata. Ia hanya dilakukan untuk menipu komponen-komponen Pakatan Rakyat demi untuk mendapat kerusi yang banyak semasa pilihanraya 2008 yang lalu.
Keahlian PKR yang ada kini jika mengikut jumlah pengundi yang keluar mengundi semasa pemilihan hanyalah sekitar 30,000. Katakanlah ia 50% dari jumlah sebenar, maka keahlian PKR hanyalah sekitar 50,000 atau 60,000 orang sahaja.
Itu sebab mengapa semasa pilihanraya kecil atau umum, sukar untuk mendapatkan petugas-petugas PKR. Yang bertungkus-lumus ialah dari PAS dan DAP.
PKR menang banyak kerusi dalam pilihanraya 2008, betul. Tetapi ia adalah kerana pada masa itu sentimen kebencian terhadap kerajaan pimpinan Pak Lah, undi protes dari UMNO BN, sokongan PAS dan DAP dan atas pagar terhadap calon-calon Pakatan Rakyat menyebabkan ramai calon PKR berjaya.
Kini PKR sudah kehilangan ramai pengikut-pengikutnya, termasuklah golongan Hindraf yang dahulu telah menyebabkan berlakunya 'tsunami politik' pada 2008.
Pilihanraya kecil lagi kali ini, PR akan kalah teruk. "Gang Berempat" punya pasal.
Taktik untuk kata "pilihanraya dah hampir" dan seumpama itu sudah tidak laku lagi. Jangan bazirkan masa berblogging dan membaca blog dengan penipuan sedemikian. Perak sampai sekarang tak bubar-bubar lagi sekalipun blogger-blogger PR dah gendangkan konon ada PRK sejak dua tahun dulu lagi.
Tentang hal Anwar ini, sebenarnya sebelum ini GB telah mengulas hal ini di SINI. Petikan:
Siapa yang berdusta. Anwar atau Saiful?
Jika saya berkesempatan untuk bertemu Anwar, saya akan bertanya: "Benarkah dakwaan Saiful itu? Katakan "Ya" atau "Tidak" sahaja.
Jika "Ya", maka tiada siapa yang berdusta. Jika "Tidak" maka salah seorangnya berdusta atau kedua-dua sekali pendusta.
Tiba-tiba Anwar berkata, "Najib akan paggil pilihanraya mengejut", untuk menghentikan soalan GB itu supaya ahli-ahli PR jangan sibuk-sibuk cungkil halnya.
Sadangkan di luar sana, tidak ada ribut, tidak ada taufan, untuk Najib memanggil pilihanraya umum secara mengejut itu.
Dengan ramalan pilihanraya lebih awal, ahli-ahli Pakatan Rakyat dibebankan dengan memikul "stress" - sedangkan ia tidak perlu penyakit itu boleh dielakkan.
Apa guna memikul balak di dalam perjalanan yang panjang untuk membina jembatan sedangkan sungainya belum kelihatan? Bukankah itu kerja si Bebal?
Bukankah masa ini sebaik-baiknya digunakan memperkukohkan dan membersihkan parti, menyusun strategi dan menjalankan aktiviti untuk meningkatkan kualiti ilmu dan kemantapan berorganisasi supaya PR "benar-benar" memenuhi fungsi kerajaan menanti?
14 ulasan:
Greenboc...,
Tidak semesti bila kena serang saja baru nak meramalkan tarikh pilihanraya. Ahli politik boleh cakap apa saja yang ingin dia cakapkan asalkan apa yang dicakapkan itu dipercayai oleh orang ramai. Soal benar atau tipu terpulang kepada si pendengarnya.
Sebagai contoh, lihat sejarah Mohd. Najib membuat kenyataan dihadapan media massa, berapa banyak yang dia cakap itu memang benar dan berapa banyak pula yang dia cakapkan itu kosong dan bohong...?
Ada ahli UMNO Baru kisah Mohd. Najib bercakap bohong..? Sokong lagi ada lahh kerana sebahagian besar ahli UMNO Baru tidak dapat bezakan percakapan pemimpin mereka yang mana benar dan yang mana bohong...
Tahukah anda... greenboc..!
Dengan adanya kejadian menipu undi dalam pemilihan parti PKR 2010 telah membuat pemimpin UMNO Baru jadi takut. Kini mereka sedang belajar mencipta penipuan lebih hebat dan canggih dari apa yang dibuat oleh JPP PKR.
Najib Razak mengumumkan bahawa pemilihan parti UMNO Baru pada 2011 akan ditunda selama 18 bulan bagi memberi ruang untuk mengukuhkan parti.
Apa kata Najib melakukan penangguhan itu...
"Kita tidak mahu berlaku keadaan yang begitu tertekan seperti mana berlaku pada sebuah parti politik yang lain, jadi kita ambil keputusan supaya tangguh pemilihan berdasarkan kepada perlembagaan parti,"
Lihat, betapa hebatnya PKR...? Parti itu hebat bukan kerana pemimpin yang dipilih 2010 tapi kerana ahlinya yang sebahagiannya ingin menjahanamkan dan sebahagian lagi mahu mempertahankan parti nya.
Sekarang giliran UMNO Baru pula tunjuk egonya menguruskan pemilihan pemimpin dalam parti mereka.
Pernahkan anda bertanya kepada Najib Razak berapa ramai ahli UMNO Baru ketika ini..? Adakah dia menunjukkan jumlah ahli UMNO Baru secara detail. Atau dia hanya cakap mengikut suka dia saja...?
Apa kah pada pemikiran anda, wujudnya parti PKR yang diterajui oleh Anuar Ibrahim maka dengan sendiri parti itu menjadi lengkap hebat tanpa perlu ada susunannya tanpa apa-apa masaalah...?
Kita tidak boleh layan emosi sendiri sedangkan PKR melibatkan ramai orang. Pentadbiran PKR memang banyak kelemahannya. Dan mesti dipantau dan diperbaiki dari masa kesemasa mengikut keperluannya.
Cuba lihat sekali lagi UMNO Baru... setelah parti lama diharamkan kemudian wujud parti baru... apakah parti itu sudah lengkap dan hebat sehingga ahli yang ada didalamnya begitu gembira menerima pakai segala peraturan dan undang-undangnya..?
Kalau UMNO Baru parti yang bagus kenapa Najib terpaksa melakukan penangguhan sehingga 18 bulan...?
UMNO tu UMNO punya pasal.
Kita bicara soal Pakatan Rakyat.
Tiba-tiba anda dengan bangganya buat pengakuan bahawa "Dengan adanya kejadian menipu undi dalam pemilihan parti PKR 2010 telah membuat pemimpin UMNO Baru jadi takut. Kini mereka sedang belajar mencipta penipuan lebih hebat dan canggih dari apa yang dibuat oleh JPP PKR."
Jika demikian, memang saya tak boleh terima, kerana ia tetap berdosa di sisi Allah. Jika menang pun menang yang tidak diberkati malah akan dilaknati.
Geenboc,
Menceritakan tentang penipuan yang dilakukan oleh JPP PKR itu bukan satu kebanggaan. Tapi itu adalah satu petunjuk kelemahan dalam pengurusan yang perlu diperbaiki oleh pihak PKR.
Penipuan yang dilakukan oleh JPP PKR bukan atas pandai sendiri kecuali belajar dari orang yang telah melakukannya terlebih dahulu.
Yang salah tetap bersalah dan yang benar mesti diakui kebenarannya.
Greenboc lu jgn ikut perasaan...ada sesuatun yg tak kena dgn kamu kebelakangan ini...kami mengikuti perkembangan dan komen bias anda...cara anda memang umno ngok suka...
Saya setuju ulasan GB.
Apa guna canang pilihanraya dah hampir? Nanti semua disibukkan dgn urusan yang berkaitan pilihanraya sedangkan aktiviti membantu rakyat, aktiviti membangunkan Islam, aktiviti memperkukuhkan parti diabaikan semata-mata dah fokus kepada pilihanraya yang tak sampai-sampai.
Akibatnya jadilah Galas.
Buat kerja kebajikan saat akhir, akibatnya dipanah musuh sebagai bermotifkan pilihanraya sekalipun berzakat.
Buat kerja, jgn pedulikan pilihanraya itu bila. Jgn terpedaya dgn panggilan pilihanraya semata-mata. Nanti kesilapan fokus menyebabkan anda sudah letih sebelum tiba masa yg sebenarnya.
sudah jelas dan nyata GB ada lah penulis yang di bayar oleh zaid ibrahim selama ini.kerana itu GB tidak akan berhenti menikam Anwar dan PKR..Bagi GB Biarlah UMNO BN terus berkuasa asalkan kantung GB tetap penuh dengan bayaran dr sponsor-sponsornya.Dah banyak komen saya yang menghentam GB dan zaid tidak GB siarkan.terlalu ketara GB sendiri tak mampu berlaku adil.tak berani untuk ketengahkan komen2 yang menghentam Zaid.biar pembaca tidak dapat membaca komen saya ini saya tak kisah kerana komen ini saya tujukan untuk GB sang penulis upahan yang tidak bermaruah.yang boleh di beli dan hanya menulis untuk kepentingan sponsor-sponsornya.apa yang GB tulis sekarang ibarat GB menentang apa yang GB pernah tuliskan semasa GB masih menyokong PR dan semasa zaid masih bersama PKR.sudah terang dan nyata semenjak Zaid tersingkir dendam GB pada Anwar dan PKR membuak-buak.kini GB menulis berlandaskan rasa kebencian dan dendam bukan lagi berdasarkan pemikiran yang waras.
anon 10:50
UMNO suka cara GB?
Itu hal mereka. Yang penting penipuan Anwar perlu dihentikan. Itu adalah kesalah besar di dalam Islam, seorang pemimpin umat menipu rakyatnya.
Ia bukan kesalahan furu' tetapi kesalahan pokok yang perlu ditentang habis-habisan.
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Bukan daripada hamba yang mati di mana Allah meminta dia menjaga rakyat dimana pada hari kematiannya sedangkan dia menipu rakyatnya melainkan Allah mengharamkan ke atasnya syurga.
Siapa yang mahu bersekongkol dengan Anwar, silakan. GB tidak halang. GB tetap tidak akan bersubahat dengan penipuan dan mana-mana pemimpin yang menipu bukan sahaja Anwar malah dari parti PAS pun jika ada, apatah lagi UMNO BN.
Walaupun seluruh blogger PR menyokong Anwar sekalipun, GB akan tetap dengan pendirian GB sekalipun (mengikut mafhum hadith) terpaksa menggit akar kayu keseorangan.
Anon 1:17 menuduh
sudah jelas dan nyata GB ada lah penulis yang di bayar oleh zaid ibrahim selama ini.kerana itu GB tidak akan berhenti menikam Anwar dan PKR
Oleh kerana sdra telah menuduh dengan tuduhan yang berat, maka berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan dari Abdullah r.a, Nabi SAW bersabda:”Sesiapa yang bersumpah hendaklah bersumpah dengan nama Allah atau hendaklah diam sahaja.” (al-Bukhari)
jika sebelum ini GB bersikap "diam sahaja", tetapi kerana anon di atas masih terus ingin menuduh, maka GB lafaz sumpah seperti mana dikehendaki oleh hadith di atas
Wallahi, wabillahi, wataalahi, GB tidak menerima sesen pun sponsor dari Zaid
Bahawa penentang GB terhadap Anwar adalah demi menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak mahu bersuhabat terhadap penipuan yang dilakukan oleh beliau dan kumpulannya.
GB tidak siarkan komen-komen kamu kerana untuk menyelamatkan kamu dari dosa kerana terus memfitnah.
Sepatutnya kamu bersyukur, tetapi kamu bersungguh-sungguh ingin memfitnah GB, maka tanggung sendiri dosa itu. GB berlepas tangan perbuatan kamu.
Sebagai hamba Allah, GB bukan bodoh untuk mengikut arus yang bersubahat dengan penipuan Anwar.
Semua akan ditanya kelak mengapa kamu mengikutnya dan mengapa kamu bersubahat sedangkan kamu-kamu mengetahui penipuan itu berlaku.
Begitulah komen-komen orang lain, ada yang GB tak siarkan, selain dari ianya melanggar peraturan supaya tidak mencaci, memaki dan memfitnah, GB berkewajipan menjaga blog GB dari menjaja tulisan dan komen mereka yang tidak berakhlak kerana ia berpotensi mendatang dosa kepada GB sendiri kerana menyiarkan komen yang tiada roh Islami di dalamnya.
Jsngsn lah GB bercakap pasal roh islam kerana tulisan-tulisan GB sekarang tidak lagi mempunyai roh islam itu sendiri malah dipenuhi dengan dendam.terlalu ketara tulisan-tulisan GB kini banyak mencaci cerca. fitnah atau tidak pembaca sendiri boleh menilainya.apakah mencaci,menghina itu ROH ISLAM?
Anon 8:46,
Perkara yang patut dicaci kita caci, yang patut dihina kena hinakan.
Sama seperti perbuatan-[erbuatan UMNO. Jangan bila UMNO buat kita caci, puak sendiri buat tak mengapa.
Al-Imam An-Nawawi berkata:
“Ketahuilah bahwa perbuatan ghibah diperbolehkan untuk maksud yang benar dan syar’i, yang tidak memungkinkan untuk sampai pada tujuan tersebut kecuali dengan melakukan ghibah."
Kamu anon 4:46, mana dalil kamu?
GB, takkan Anwar ingatkan pilihanraya awal pun salah. Ko ni ada apa hal? Kalo betul2 dibuatnya pilihanraya Mac ni, PR dah sedia ke? Apa yg karut? Kalo aku jadi PM, memang time ni la aku nak call for election. PR pun tgh lemah, kucar-kacir. Komen aku yang semalam pun ko tak berani nak pamerkan. Boleh sebut dalil mcm2 tak bererti ko betul. Matlamat tidak menghalalkan cara.
Dulu zaman ko jadi mahazalim, berbuih ko maki hamun Dr. M. Skrg ni pulak ko sibuk hentam Anwar. Maksudnya selama ni Dr. M betul la? Skrg nada ko pun seolah-olah memang betul Anwar wat benda tu. Ko ada bukti ke nak berprasangka dan berspekulasi? Kalo betul pun dia buat, yg rugi selama ni ko la. Ko yg sibuk maki hamun sana sini. Hari ni ko yg jilat balik ludah ko.
Orang BN gembira sebab diorang tak payah buat apa2. Orang2 PR mcm ko pun dah cukup untuk musnahkan semuanya. Dulu ko maki hamun Tuan Guru Haji Hadi pasal UG, sampai kebanyakan pembaca blog ni meluat dengan beliau. Skrg bila ko nak hentam Anwar, ko asyik2 quote apa yg TGHH cakap. Ko tak malu ke? Apa yang ko tulis kat blog ni dah rosakkan dengan teruk imej TGHH dan Dr Harun Din. Jgn fikir pembaca semua dah lupa.
Memang kita parti Islam bukan parti yang boleh dipinggirkan mudah-mudah, tapi ko ni dah mcm "sokongan membawa rebah". Blog ni ada ke memaparkan aktiviti-aktiviti PR? Aku rasa skrg ni ko fokus nak hentam PKR dan Anwar je. Hati ko ni penuh dendam je skrg. Yang betul pun nak dimaki hamun jugak. Whatever la GB.
Hehehe... roh Islami tu maksudnya mcm mana GB..? Bila kita maki hamun dan back up dgn sumber2 keagamaan, kira ada roh Islami la ye...? Hehehe... Bagus2...
anon 10:21
Enam keadaan yang diperbolehkan padanya seseorang menyebutkan kejelekan atau aib saudaranya sesama muslim sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam An-Nawawi di atas terangkum dalam sebuah bait syair berikut ini:
القَدَحُ لَيْسَ بِغِيْبَةٍ فِيْ سِتَّةٍ مُتَظَلِّمٍ وَمُعَرَّفٍ وَمُحَذِّرٍ
وَمُهَاجِرٍ فِسْقاً وَمُسْتَفْتٍ وَمَنْ طَلَبَ الإِعَانَةَ فِيْ إِزَالَةِ مُنْكَرٍ
Celaan tidaklah tergolong ghibah dalam enam perkara
Seorang yang mengadu, atau memperkenalkan, dan memberi peringatan
Atau seorang yang melakukan kefasikan secara terang-terangan dan seorang yang minta fatwa
Serta orang yang meminta pertolongan dalam upaya menghilangkan kemungkaran.
anon 10:18
suka hati awaklah.
blog GB takder siarkan aktiviti PR?
baca dari arkib blog GB betul2.
malah blog GB paling byk menyiarkan aktiviti PR termasuklah yg terbaru, ekspo cheng ho di Kelantan.
Catat Ulasan