1 Dis 2010

Interpol Keluar Arahan Tangkap Pengasas Wikileaks

Interpol keluar arahan penahanan pengasas WikiLeaks

LYON: Agensi polis antarabangsa INTERPOL menyatakan ia sudah mengeluarkan arahan kepada negara anggota untuk menahan pengasas WikiLeaks, Julian Assange, yang disyaki merogol berasaskan waran tangkap Sweden.

“Terdapat notis awam 'Red Notice' bagi pihak Sweden,” kata seorang jurucakap wanita yang mengesahkan INTERPOL sudah meletakkan permohonan bantuan Sweden bagi mengesan rakyat Australia berusia 39 tahun itu di laman webnya.

Pejabat Pendakwaraya Antarabangsa Sweden di Gothenburg mengeluarkan waran tangkap terhadap aktivis terbabit pada 18 November lalu kerana "disyaki merogol, mencabul dan memaksa".

Assange yang tidak diketahui di mana beliau berada, mencabar waran itu di mahkamah rayuan Sweden tetapi usaha pertama beliau ditolak minggu lalu dan beliau mengemukakan permohonan kedua.

Beliau kini berhadapan risiko ditangkap dan diekstradisi ke Sweden di seluruh dunia jika pihak berkuasa negara anggota bertindak terhadap waran itu. - AFP

Tiada ulasan: