Bapa Syafiah Humaira kena bela diri
Tiga anggota polis hadapi tuduhan bunuh warga Indonesia
SHAH ALAM: Bapa kepada Syafiah Humaira Sahari, kanak-kanak berusia tiga tahun yang mati dibunuh teman lelaki ibunya Februari lalu, Sahari Usul yang juga seorang anggota polis dan dua rakan sekerjanya diperintahkan membela diri atas dakwaan membunuh seorang lelaki Indonesia.
Hakim Mahkamah Tinggi, Dr Badariah Sahamid memerintahkan Sahari yang juga seorang konstabel, rakan sekerjanya, koperal Ailias Yahaya dan konstabel Saiful Azlan Shah Abdullah, membela diri selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, fakta bahawa mangsa ditembak sebanyak tiga kali menunjukkan kewujudan niat untuk membunuh dalam kes itu ataupun mens rea.
“Rancangan membunuh mangsa dibuat di Balai Polis Sungai Plong dan ia adalah satu rancangan yang efisien serta diatur terlebih dahulu,” katanya.
Beliau kemudian menetapkan 8 Disember ini untuk sebutan bagi menetapkan tarikh semua tertuduh membela diri.
Sahari, Ailias dan Saiful Azlan didakwa membunuh pekerja bengkel, Yusrizal Yusuf, 38, di Ladang Caledonia Kilometer 22, Jalan Kuala Lumpur-Kuala Selangor, Batu Arang, Gombak dekat sini antara 10 malam hingga 11.30 malam pada 13 Jan 2006.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Ketua Unit Pendakwaan Selangor, Mohd Azari Harun dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Mustaffa P Kunyalam manakala semua tertuduh diwakili peguam Kuldeep Kumar, M Athimulan serta Ravi Shankar Ghandi.
Seramai 35 saksi memberi keterangan sepanjang kes pendakwaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan