8 Nov 2010

Zaid Isytihar Tarik Diri Dari Pemilihan dan Letak Semua Jawatan Dalam Parti

Datuk Zaid Ibrahim akhirnya mengumumkan penarikan dirinya sebagai calon Timbalan Presiden PKR disamping meletakkan semua jawatannya dalam parti.

Perkembangan ini berlaku selepas minggu kedua pengundian Pemilihan parti berjalan.

Menurut Zaid, beliau ditawarkan untuk menyertai PKR dengan kepercayaan bahawa beliau boleh membawa pembaharuan dan politik yang progresif, menyubur dan membangunkan nilai-nilai dan budaya politik yang berprinsip yang beliau kira amat penting untuk pembangunan demokrasi dan governance yang baik untuk negara. Namun katanya beliau tersilap.

Melihat kepada perjalanan pemilihan yang sedang berlansung, terdapat keadaan di mana pihak pimpinan secara aktif melakukan kegiatan salahlaku dan penipuan untuk mencapai objektif yang mereka sasarkan. Katanya, beliau yakin bahawa mana-mana parti politik yang mengamalkan nilai-nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya untuk menawarkan pembaharuan yang bermakna untuk rakyat di negara ini.

Beliau menambah keputusannya untuk menarik diri dari pemilihan dan perletakan semua jawatannya di dalam PKR diambil kerana kerana tidak terdapat kesungguhan di pihak pimpinan parti untuk menyelesaikan beberapa isu manipulasi dan amalan salahlaku pengundian, sekali isu berkenaan telah didedahkan berkali-kali.

Beliau berterima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong beliau dan yang menberikan kepercayaan kepadanya untuk perubahan. Amat menyedihkan katanya, beliau tidak mampu untuk meneruskannya di dalam proses pemilihan yang kotor.

Walau bagaimanapun, Zaid berkata beliau tetap komited dengan matlamat pembangkang dan akan terus bercakap mengenai isu-isu masyarakat terbanyak. Bersama katanya, kita berjuang untuk sebuah kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.

Akhirnya beliau berkata, diharapnya keputusannya itu, pihak penyokong tegar Anwar tidak lagi akan melihatnya sebagai "penghalang" mereka untuk berarak ke Putrajaya.

Ulasan GB

1. GB mengalu-alukan keputusan Datuk Zaid Ibrahim. Sebelum ini pun GB sudah meminta Zaid untuk berfikir bukan sahaja menarik diri atau melepaskan semua jawatannya di dalam parti, malah GB meminta beliau tinggalkan PKR. Petikan:


Seandainya pemimpin-pemimpin PKR tidak suka kepada Zaid, sepatutnya kemasukan Zaid dahulu tidak diterima atau tendang saja Zaid keluar daripada parti awal-awal lagi. Tidak perlu perburukkan beliau dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyerang beliau seperti "... kesetiaan Zaid diragui" dan seumpamanya.

Ingin saja saya menelefon Zaid sekarang ini, saya akan kata "Ok brother, ramai pemimpin PKR sudah tak suka anda, biarkan mereka, tinggalkan saja PKR kerana mereka tidak perlukan sumbangan kita lagi, mereka sudah ramai orang-orang lama era reformasi kononnya."


2) GB muak dan geli dengan perlakuan "hero-hero" palsu di dalam PKR, terutama Azmin dan sekalian YB-YB patung dari PKR yang berdiri di belakangnya. YB-YB yang sepatutnya bertindak berkecuali tetapi dihinggapi dengan sikap cenderung untuk memihak yang kelak mereka akan segera dikalahkan di dalam pilihanraya nanti.


Akibat daripada tidak adanya penghormatan terhadap demokrasi di dalam pemilihan, wujud YB-YB bebal yang terang-terang membuat kenyataan menyokong Azmin sebelum ini. Ini kerja bodoh, ini kerja pemimpin bermentaliti rendah, kerja pemimpin "captive mind" atau "bebalisma".


3) Anwar sebagai Ketua fe facto ternyata cuba untuk menjadi seorang diktator, gagal untuk berkecuali, gagal untuk menunjukkan ciri-ciri pemimpin adil dan bersih. Beberapa kenyataannya dilihat menghentam Zaid dan membela Azmin, satu perlakuan buruk untuk dicontohi dari seorang ketua. GB semalam menyatakan di SINI, petikan:


Memalukan sebagai pemimpin yang telah berpuluh tahun berada di pentas politik mengambil sikap yang tidak adil terhadap ahli-ahli parti sendiri. Berwibawakah tindakan sebegitu? Kerana sikap anda yang tidak berkecualilah maka wujud rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli. Bukan kecil bilangan mereka itu.


4) Pihak pimpinan tertinggi PKR ternyata jelas memejamkan matanya terhadap perbuatan salahlaku Azmin di dalam kempen-kempennya, tetapi mereka (terutama Anwar, Saifuddin dan Syed Husin) menyerang Zaid habis-habisan.

5) Apa yang berlaku kini, Saifuddin nampaknya lebih hebat dari sekalian yang ada di dalam PKR. Tanpa segan-silu beliau menunjukkan sikap "biased"nya walaupun sepatutnya beliau tidak boleh memainkan apa-apa peranan di dalam Pemilihan. Beliau terus-terusan membonekakan Presiden PKR dan Ketua JPP, Dr. Molly Cheah.

6) GB amat yakin dan percaya tindakan Zaid ini akan meruntuhkan sebahagian besar kesombongan dan keegoan PKR dimana penyokong-penyokong Zaid terutama dari kalangan yang berprinsip dan moderate di dalam PKR akan mengikut langkah Zaid tersebut, atau setidak-tidaknya tidak menjadikan mereka kerbau yang dicucuk hidungnya di dalam parti.


24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keputusan zaid untuk menarik diri telah di jangka kerana jumlah undian semakain meleber, zaid tidak mungkin menang, zaid terlalu gopoh dan andai kata dia bertanding di penggal akan datang sudah tentu menang mudah, sebenarnya zaid layak jadi kuasa ketiga sbb dia mempunyai buah pemikiran yg tersendiri dan tidak layak untuk berjemaah, apa kata klu zaid menang parlimen hulu selangor hari tu dan istihar keluar parti?

Tanpa Nama berkata...

Salam...tahniah....anda memang seorg yg berprinsip.....pasti tindakan ini bakal memberi impaks yg besar dlm senario politik tanahair....saya sbg ahli biasa PAS...mengalu2kan kemasukan anda ke dlm PAS.....hanya PAS yg konsisten memperjuangkan keadilan politik......kelemahan ..di mana2 ada....boleh sama2 kita perbaiki...namun ..matlamat menamatkan pengkhianatan dan penyelewngan UMNO-BN...perlu segera kita lakukan....dan tanpa pembangkang yg kukuh...matlamat hanya menjadi angan2 yg entah bila akan tercapai....ayuh..ZAID IBrahhim.....

Unknown berkata...

TAHNIAH!!! Hebat Posting ni, tidak seperti saya & kawan-kawan yang nak jaga org sekeliling pinggang, anda menyatakan kebenaran melalui tulisan-tulisan dan ulasan yg jujur, telus dan ikhlas. Anda benar

Tanpa Nama berkata...

Saya amat yakin PKR akan hancur lebur selepas ini!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin datang dan pergi... jangan risau jika Zaid tarik diri... jangan risau jika Anwar dipenjara... kukuhkan Pakatan Rakyat .... matlamat kita ialah.... HANCURKAN UMNO....

Tanpa Nama berkata...

mmg patot pun tarik diri sb da kalah jauh da..

lagi pn, terlalu awal utk Zaid bertanding jawatan yg tinggi dalam parti..

Keadilan mmg memerlukan Zaid tp Zaid terlalu mengejar jawatan dalam parti..

Tanpa Nama berkata...

Ulasan GB benar dan saya kagumi tulisan tuan. Tak terjawab oleh pemimpin-pemimpin PKR dan para blogger pengampu Anwar & Azmin kecuali memaki hamun.

Tanpa Nama berkata...

nanti kalau pi kat pas, buat hal pulak nih

otaklunyai berkata...

Itu sebabnya tidak keterlaluan jika kita mengatakan dalam 26 juta rakyat malaysia hanya ada segelintir sahaja manusia yang berjiwa pejuang seperti Anuar Ibrahim... Zaid kena faham bahawa sumbangan orang2 berilmu sepertinya amat diperlukan dalam perjuangan Pakatan yang baru berusia setahun jagung. Memang banyak masalah yang perlu diperbetulkan dalam Pakatan kerana Zaid kena faham bahawa orang2 yang didalam Pakatan itu sendiri adalah orang2 yang telah dididik secara songsang dalam berpolitik oleh umgok termasuk beliau sendiri. Jadi kalau zaid mengharapkan sesuatu yang drastik dari Pakatan dengan segala macam pengkhianatan dan sabotaj dari umgok laknatullah beliau silap. Beliau bukanlah seorang yang berperinsip atau fahan dengan apa yang diperjuangkan.. beliau sebenarnya masih lagi tidak ikhlas 100% dalam perjuangan dan mungkin dalam hati kecil zaid, beliau masih lagi berharap sesuatu yang peribadi dalam perjuangannya biarpun dalam bentuk sanjungan atau pujian dari ahli parti.

Zaid sepatutnya berfikir dengan ilmu yang ada padanya bagaimana untuk mengatasi masalah dalam Pakatan yang mana beliau sendiri sedar dan tahu masalah yang melanda itu seperti yang beliau sebutkan.

Susahlah kalau semua pemimpin nak merajuk... senang sangat nak berasa hati dan kecil hati bila sesuatu perkara berlaku tidak mengikut apa yang diharapkan. Beliau sepatutnya memandu dan merancang hasil untuk beliau dan Pakatan perolehi dalam konteks rakyat.

Ini sikit2 merajuk, sikit2 merajuk dan cari publisiti, buat kenyataan keluar parti, tetapi dalam masa yang sama buat kenyataan akan terus berjuang demi perinsip. Ini semua kata2 kekecewaan dari seorang pejuang yang telah putus asa yang akan merosakkan orang lain. Zaid telah membuka peluang kepada musuh Pakatan untuk bertindak dan dalam masa yang sama zaid dapat memuaskan hati dan melepaskan sakit hatinya melalui cara itu... tanyalah hati kecil sendiri zaid.. betulkan... kamu lemah zaid.

Zaid pun nampaknya mempunyai mentaliti yang setaraf dengan rakyat biasa... mungkin sedikit atas tetapi tidak cukup untuk membawa aspirasi perjuangan untuk menentang kezaliman yang telah bertapak dalam negara ini selama 53 tahun.

berfikirlah guna otak yang Allah beri bukannya guna kepala lutut wahai Zaid Ibni Ibrahim..

Hanya perjuangan kerana Allah S.W.T dan AgamaNya sahaja mampu bertahan kerana perjuang itu diasaskan oleh Keimanan kepada Allah S.W.T. bukan kerana manusia dan nafsu sendiri.. ALLAH HUAKBAR!!!

Tanpa Nama berkata...

Kerana perebutan kuasa tanpa memikirkan kepentingan rakyat pemilihan PKR menjadi duri dalam daging terhadap PR untuk menuju Putrajaya... Kita bimbang ikatan yang terjalin erat ini akhirnya tumbang menjelang PRU 13. Mengapa Anwar begitu membisu terhadap pemilihan ini yang mana miripnya lebih sama dengan umno... Di mana keikhlasan pemimpin yang mengutamakan rakyat daripada jawatan sebagaimana kita war-warkan sebelum ini.. Tidak bolehkan pemilihan PAS dijadikan model untuk PKR..

Tanpa Nama berkata...

otaklunyai (9.18),

apabila anda menyedari diri anda sebenarnya berada di dalam tong tahi yang sebelumnya anda menyangka ia bersih, apakah yg anda akan lakukan...?

terus duduk di dalamnya atau keluar meninggalkannya?

berfikirlah guna otak jangan guna kepala lutut wahai otaklunyai!

Tanpa Nama berkata...

PKR sudah hilang integritinya sebagai parti yang menguasai PR. Benar, Anwar telalu bersifat diktator, terlalu ingin Azmin menjadi Timbalan Presiden PKR.

Anwar tidak mempunyai apa-apa kekuatan selain dari berucap secara retorika. Apa tah lagi peribadinya sentiasa dipersoalkan.

Di dalam Islam, seseorang pemimpin itu bukan saja perlu bersih tetapi dilihat bersih.

Begitulah parti. Bukan sahaja perlu adil, tetapi perli dilihat menjalankan keadilan.

Anwar dan PKR tidak ada ciri-ciri asas itu.

Tanpa Nama berkata...

salam semua...semua komen bagus....kita ni rakyat..melihat dan memerhati apa yg pemimpin buat....ingat...rakyat ada kuasa memilih...rakyat ari ni bijak ...hanya yg terbaik akan dipilih..jgn pandang mudah kuasa rakyat...jgn asyik nk berebut jawatan....sekarang waktu bekerja..cubalah berkompromi...musyawarrah....berbncang elok2....buat malu je dgn rakyat...mcm mana nk memimpin...pemimpin pun bergaduh nk jd pemimpin....ish...malulah aku sbg rakyat....x kira samada PAS..UMNO..PKR....khasnya yg islam....dlm PKR...kembali kpd kaedah islam dlm memilih pemimpin...demokrasi adalah kaedah....ad yg lbh baik..musyawarah....pilih yg terbaik....insyaallah...

Tanpa Nama berkata...

Tindakan Zaid adalah tepat kerana tidak perlu bagi beliau utk terus bertanding sekiranya ada keraguan. Tetapi tindakan beliau melepaskan semua jawatan adalah tindakan beremosi dan mengikut jejak bekas ahli PKR yang telah keluar parti.

Zaid patut maklum bahawa di malaysia mahupun di dunia TIDAK ada satupun parti yang sempurna termasuklah parti PAS sendiri.

Sekiranya dia komited tentang urus tadbir yang begitu bersih, beliau patut tubuhkan parti politik sendiri ataupun NGO seperti Ibrahim Ali.

Budak Jelebu berkata...

Zaid seharusnya tidak bertanding merebut jawatan Timbalan sejak awal-awal lagi bukannya menarik diri apabila kekalahan sudah di ambang mata. Zaid terlalu gopoh mengejar kedudukan dalam PKR.Beliau seharusnya istiqomah dengan jawatan yang telah diserahkan kepada beliau sebagai Ketua PKR wilayah dan penyelaras PR.Keikhlasannya memang akan bertambah diragui dengan tindakan2 yang sentiasa mendatangkan masalah pada parti.pemimpin datang dan pergi..namun perjuangan harus diteruskan.kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai. lawan tetap lawan..

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum,

Tahniah saya kepada Dato' Zaid kerana cepat menghidu bau kain buruk terbakar dari jerangan air di dapur gas sebelum api merebak. Kalau cerek letrik tentunya tidak perlu dipantau rapi. Bila mendidih auto-switch-nya terpadam sendiri.

Tetapi hampa dan sedih di atas pendirian Dato' menarik diri. Mengapa ?. Bukankah itu suatu cabaran dalam politik. Kalau dulu Dato' boleh meninggalkan keselesaan yang ada di tangan mengapa dengan gangguan sekecil ini Dato' perlu meyerah.

PKR bukan lagi kepunyaaan milik terbesar seseorang. Kemenangan PKR bukanlah atas kekuatan ahlinya sahaja. Buktinya, cuba dihitung jumlah ahlinya dengan kemenangan undi yang diterima dalam Pilihan Raya Umum dahulu. Jestru itu, pemimpin dan ahli PKR janganlah sombong dan rakus, kerana sikap tersebut itulah yang akan menjerumuskan parti kita.

Renungilah, rakyat mimpikan keadilan dari pemerintah. Saya yakin Dato' tetap berjuang di atas landasan kebenaran. Jangan disia-siakah hajat rakyat, kerana Dato' memiliki kemampuan itu. InsaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Apa yang Dato Zaid hendakkan??? Keadilan @ kehancuran PKR. Perbuatan Dato Zaid betul2 mengecewakan rakyat..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dengan tindakan Datuk Zaid. Biar semua pimpinan PKR buka mata dan buang egonya.

Terutama DSAI. benci aku kat dia skrg ni.

Tanpa Nama berkata...

Masih terlalu awal buat Zaid utk memasang impian menjadi Timbalan Presiden, baru setahun jagung jadi anggota PKR, pasang impian setinggi gunung...

Anggota bawahan PKR takut undi Zaid sebab kepala umngoknya belum dicuci sepenuhnya...suka melanggar arahan parti contohnya, suka menggunakan media umngok...

Azmin memang wajar di kerusi Timbalan Presiden kerana kesetiaan dan pengorbanannya sudah begitu lama teruji...

Tanpa Nama berkata...

kalau ikhlas berjuang kenapa letak jawatan?

Tanpa Nama berkata...

nampaknya stail zaid dah macam Ibrahim Ali... perlu istiqamah dalam perjuangan

Tanpa Nama berkata...

UMNO dan medianya tak boleh diopercayai, kalau percaya akan jadi mangsa, lihat bagaimana kesudahan kemasukan Anwar dan Pas dalam UMNO/BN, bila boleh guna dipakai, habis madu sepah diterajang....

Tanpa Nama berkata...

jika pkr hancur, 3 manusia mabuk ini, anwar, saifuddin dan azmin puncanya.

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Dato Zaid.Dato sepatutnya buat pengumuman lebih awal lagi,ketika Saifuddin Nasuton umumkan terdapat technical human error.Itulah bezanya sebuah parti yang tidak punya "ideologi" sekadar maukan keadilan saje.Parti komunis pun mau keadilan.Keadilan yang dituntut adalah untuk keadilan Annuar sahaja,semasa dipenjarakan.Dinasihatkan Dato carilah parti yang punya "ideologi" sebagai dasar perjuangan.