Syed Husin: Saya Tak Akan Layan
SHAH ALAM 23 SEPT: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali berkata beliau tidak akan melayan sebarang kenyataan Zaid Ibrahim terhadapnya, selepas bekas Menteri Undang-undang itu melabelkan beliau sebagai nyanyu yang bermaksud merepek.
Zaid juga dilaporkan menuduh Syed Husin sebagai "nyanyuk" kerana kononnya memperkecilkan peranan beliau dalam Pakatan Rakyat.
Zaid kemudian menafikan mengguna ungkapan itu dan berkata apa yang dimaksudkannya ialah Syed Husin adalah nyanyu dan bukan nyanyuk. Kedua-dua kenyataan Zaid yang melabelkan Syed Husin nyanyuk dan nyanyu disiarkan oleh portal Free Malaysia Today.
Zaid adalah antara pencabar untuk jawatan Timbalan Presiden PKR yang akan dilepaskan oleh Syed Husin pada pemilihan PKR November depan.
Syed Husin memberitahu TV Selangor, beliau tidak akan memberikan sebarang reaksi kepada tuduhan Zaid ataupun penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu.
"Dia (Zaid) sentiasa (beri kenyataan) berubah-ubah. Biarlah apa alasan yang dia hendak bagi. Tidak mengapa," kata Syed Husin yang berkecimpung dalam politik untuk lebih lima dekad.
Dalam pada itu Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa mendesak Zaid menarik balik kenyataan beliau terhadap Syed Husin yang disiarkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT).
Kenyataan Zaid melabelkan Timbalan Presiden PKR itu sebagai 'nyanyu' atau 'nyanyuk' adalah kritikan peribadi yang harus dielak dalam keghairahan mengejar jawatan dalam parti pada pemilihan November depan.
"Zaid Ibrahim harus menarik balik kenyataan tersebut sama ada 'nyanyu' atau 'nyanyuk' kerana mempunyai makna dan maksud yang lebih kurang sama yang memperlihatkan seolah-olah Syed Husin tidak diperlukan dan jasa dan pengorbanan beliau dinafikan sebegitu sahaja," tegas beliau.
Fariz juga menyatakakan kekesalan beliau terhadap laman portal FMT dan sesetengah penulis blog yang dilihat cenderung ke arah menyerang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
Akhbar The Star sebelum ini melaporkan bahawa FMT dibiayai oleh jutawan Soh Chee Wen yang dilihat sebagai penggerak utama kempen Zaid untuk meraih jawatan timbalan presiden PKR.
"Kita melihat ini merupakan satu tindakan terdesak oleh pembiaya FMT yang sanggup mempergunakan media bagi menyerang parti dan kepimpinan parti dengan fakta yang menyimpang dan ianya bersifat murahan," jelas Fariz lagi. -tvs
Ulasan GB
Sebagai Timbalan Presiden yang akan melepaskan jawatannya, Syed Husin sepatutnya bertindak berkecuali di dalam ertikata mencontohi sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim. Namun awal-awal lagi Syed Husin telah memperlihatkan kecenderungannya untuk memihak kepada Azmin.
Di dalam apa-apa pemilihan, unsur demokrasi sepatutnya dihormati dan pemimpin atasan tidaklah wajar dilihat cuba mempengaruhi perwakilan untuk menentukan siapa yang sepatutnya dipilih.
Jika saya Syed Husin, saya akan jawab dengan pra-sangka baik, "Betulkah dia kata saya nyanyuk? Saya rasa itu tersalah lapor," atau "Di dalam persaingan macam-macam perkataan boleh keluar, kemungkinan beliau tersasul dan tiada niat menghina".
Seandainya pemimpin-pemimpin PKR tidak suka kepada Zaid, sepatutnya kemasukan Zaid dahulu tidak diterima atau tendang saja Zaid keluar daripada parti awal-awal lagi. Tidak perlu perburukkan beliau dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyerang beliau seperti "... kesetiaan Zaid diragui" dan seumpamanya.
Ingin saja saya menelefon Zaid sekarang ini, saya akan kata "Ok brother, ramai pemimpin PKR sudah tak suka anda, biarkan mereka, tinggalkan saja PKR kerana mereka tidak perlukan sumbangan kita lagi, mereka sudah ramai orang-orang lama era reformasi kononnya."
Akibat daripada tidak adanya penghormatan terhadap demokrasi di dalam pemilihan, wujud YB-YB bebal yang terang-terang membuat kenyataan menyokong Azmin sebelum ini. Ini kerja bodoh, ini kerja pemimpin bermentaliti rendah, kerja pemimpin "captive mind" atau "bebalisma".
"Bebalisma" satu istilah yang pernah dikemukakan oleh seorang lagi yang bernama Syed Hussein, iaitu Prof Syed Hussein Al-Attas.
"How do the fools and bebalisma act to stifle the growth of the intellectual spirit? The fools block the development of the public demand for intellectual labour. The intellectuals do not have access to the means of creating a public demand for the results of their labour." - dari buku beliau 'The intellectuals and developing socities'.
Pemimpin berfikiran terbuka dan pemimpin sejati adalah umpama sang bapa yang tidak pilih-kasih kepada anak-anaknya sekalipun ada anaknya yang mungkin nakal, malah OKU sekalipun.
Biarlah suasana pemilihan disuburkan dengan kebebasan perwakilan menentukan sendiri calon yang mereka mahu, bukan yang ditunjukkan oleh kumpulan tertentu.
Pertingkatkan intellektualisme untuk kukuhkan PKR supaya nantinya PR turut kukuh. Itu harapan GB.
Kalau nak berkecil hati, tentulah GB manusia yang paling awal dan telah lama berkecil hati dengan seluruh keluarga Anwar ini, kerana GB boleh mendabik dada bahawa GB adalah perintis perjuangan reformasi mempertahankan Anwar di alam siber ini.
Sekarang ramai yang dapat menuai apa yang kita semai, namun alhamdulillah, sedikit pun GB tidak terkilan malah terus berada di siber ini kerana GB yakin perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan perlu diteruskan tanpa memperdulikan samada kita diingati atau pun tidak. Manusia boleh pelupa (nisyan), tapi bukankah Dia tidak pernah lupa dan bukankah Dia itu Lebih Faham dan Maha Membalasi Segala-galanya? Semua dah besar panjang dan dah nampak sendiri.
Kembali ke kisah Zaid, jika beliau tinggalkan PKR, apa jadi? Menangis tak berlagu PKR. Tapi GB jadi susah. Susah sebab pertama, dia tak kenal GB, yang kedua nak fahamkan atau nak debatkan dasar Islam dengan beliau sebelum dapat memimpin tangan beliau ke rumah Tok Guru, samada ke Pulau Melaka ataupun ke Rusila, isi borang, almaklum kita kenal Zaid, seorang yang mendapat pendidikan vernakular, kemudian dibesarkan dalam lingkungan sekular pila... sama ler macam GB juga.
Tetapi ia tidak pula sesuatu yang mustahil. Ingat dulu GB ada ceritakan tentang, kisah Umar Al-Khattab yang menjadi musuh Islam yang amat nyata, sampaikan Rasulullah s.a.w. nak dibunuhnya, tetapi apabila menyertai saf Islam, beliau diangkat Allah sebagai salah seorang khalifah Islam yang ternama!
Jadi ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kutukan yang beliau dapat dari pimpinan PKR sendiri sekarang ini.
Jangan sampai ditempelak orang, belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat!

Siapa pengganti pilihan Syed Husin?
Timbalan presiden PKR Syed Husin Ali berkata tempoh perkhidmatan yang lama di dalam parti sahaja tidak mencukupi untuk merebut jawatan yang bakal dikosongkannya itu.
Calon yang bertanding bagi jawatan itu sebaliknya perlulah teruji dalam persaingan dan juga berpegang teguh kepada dasar-dasar parti, katanya.
Beliau turut berharap agar tidak ada pemimpin yang akan keluar daripada parti selepas pemilihan kali ini.
"Saya harap tak adalah. Tapi ada juga misalnya yang mungkin keluar, atau mungkin tidak. Entah-entah dia hendak keluar sebab dia kalah, mana kita tahu.
"Tapi kalau ada calon keluar kerana kalah, itu menunjukkan lebih baik dia keluarlah. Ertinya dia tidak berpegang teguh kepada dasar parti," katanya ketika ditanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas komentar yang disuarakan penyokong calon-calon yang telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan itu setakat ini.
Antaranya, komentar daripada pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad semalam berhubung ikrar calon timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim untuk untuk memelihara kuasa presiden parti.
Nik Nazmi berkata, ikrar tersebut hanya satu gimik memandangkan Zaid masih berada dalam parti Umno dan belum menyertai PKR ketika jawatan ketua umum dibentuk untuk Anwar dalam kongres parti itu pada 2007.
Mengulas pandangan tersebut, Syed Husin berkata tuduhan-tuduhan seperti itu timbul disebabkan pemilihan yang berlangsung.
"Itu adalah hak orang untuk mengatakan. Kadang-kadang orang yang tak ada pada waktu itu mungkin dalam parti musuh jadi terutama sekali apabila ada persaingan akan timbul tuduh menuduh dan pandangan berbeza.
Azizah dibayangi
"Benda itu tak perlu, sama juga tak perlu misalnya orang mengatakan 'oh dia tak nafikan pun bila media mengatakan dia jadi ini, jadi itu,' macam-macam lagi.
"Padahal benda itu tidak betul... Jadi ini berlaku dalam pertandingan, ini timbul banyak semasa pemilihan," katanya lagi.
Syed Husin bagaimanapun mengakui bahawa presiden parti itu sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail kelihatan seolah-olah dibayangi oleh ketua umum Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Memang dari segi politik Anwar lebih terkenal daripada yang lain termasuk presiden. Kadang-kadang media juga memberikan secara positif atau negatif, liputan yang luas. Jadi kelihatan seolah-olah dia lebih menyerlah (berbanding Wan Azizah). Dan ada kalanya dia memang lebih menyerlah.
"Misalnya dalam ceramah umum. Beliau seorang penceramah yang efektif, yang menarik dengan mudah saja dia boleh menyerlah berbanding sesiapa yang lain. Sebab itu dia merupakan tarikan kepada orang ramai dalam ceramah.
"(Tapi) mesyuarat parti sentiasa dipimpin oleh presiden parti. Kalau tak ada presiden parti, oleh timbalan," katanya lagi.
Ketika ditanya, beliau berkata persepsi bahawa PKR hanyalah perjuangan untuk Anwar adalah direka oleh media dan musuh tertentu kepada parti.
"Memang dulu bila Anwar ditahan, perjuangannya merupakan satu perjuangan penting yang (utama) waktu itu bagi membebaskan Anwar daripada tahanan.
"Tapi pada waktu itu, walaupun dia ditahan, parti tidak mati, tapi berkembang. Sekarang ini kita lihat bahawa Anwar (sebagai ketua umum). Tapi (ketika) membicarakan dalam kongres, atau dalam mesyuarat atau latihan parti, ia bukan lagi soal Anwar," katanya lagi.
'Jeneral Anwar'
Mengulas mengenai Azmin Ali yang dikatakan sebagai 'jeneral Anwar' dalam PKR, Syed Husin berkata Azmin tidak selalunya menyebelahi Anwar.
"Jika anda tengok dia dalam mesyuarat dengan parti, anda akan lihat bahawa dia ada kekuatan sendiri. Dan tidak benar, sejauh mana yang saya lihat, bahawa dia sentiasa (menyokong) Anwar atau dia sememangnya pengganti terpilih untuk Anwar," katanya lagi.
Ketika ditanya lanjut mengenai kriteria yang perlu bagi penggantinya di jawatan tersebut, Syed Husin berkata parti itu juga memerlukan seseorang yang berdisiplin dalam menjalankan fungsi organisasi.
"Jika dia dilantik ahli dalam satu jawatankuasa biro, dia perlu hadir mesyuarat dan bukannya membuat aduan tanpa menghadiri mesyuarat. Pertama sekali, dia perlu buat aduan melalui parti.
"Ini saya tujukan kepada semua anggota jawatankuasa, bukan seorang saja," katanya.
Tambahnya, persaingan di antara kumpulan dan anggota parti juga merupakan satu perkembangan sihat, tetapi ia menjadi sebaliknya apabila mereka meraih sokongan melalui media.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan media arus perdana dan juga di laman web yang "tidak mesra dengan parti" dan memburuk-burukkan PKR serta pemimpinnya.
"Kita selalu nasihatkan anggota kita, media perlu menjadi langkah terakhir (untuk suarakan pandangan). Semua media akan cuba mendapatkan berita (sensasi), tapi kita akan sentiasa maklumkan kepada kepada ahli kita supaya selesaikan (masalah mereka) di dalam parti terlebih dahulu," katanya lagi.
Syed Husin juga berharap, pemilihan parti kali ini tidak akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan anggota parti.
Katanya, pemilihan bukanlah sesuatu yang asing dalam parti itu dan anggotanya akan kembali bersatu selepas setiap kali pemilihan.
"Saya sangsi sekiranya akan berlaku perpecahan dalam parti. Hanya sebab seorang (pemimpin) bertanding melawan seorang lagi tidak akan wujudkan perpecahan," katanya lagi. -mk
Ulasan GB
Sebagai Timbalan Presiden yang akan melepaskan jawatannya, Syed Husin sepatutnya bertindak berkecuali di dalam ertikata mencontohi sikap Datuk Sri Anwar Ibrahim. Namun awal-awal lagi Syed Husin telah memperlihatkan kecenderungannya untuk memihak kepada Azmin.
Di dalam apa-apa pemilihan, unsur demokrasi sepatutnya dihormati dan pemimpin atasan tidaklah wajar dilihat cuba mempengaruhi perwakilan untuk menentukan siapa yang sepatutnya dipilih.
Jika saya Syed Husin, saya akan jawab dengan pra-sangka baik, "Betulkah dia kata saya nyanyuk? Saya rasa itu tersalah lapor," atau "Di dalam persaingan macam-macam perkataan boleh keluar, kemungkinan beliau tersasul dan tiada niat menghina".
Seandainya pemimpin-pemimpin PKR tidak suka kepada Zaid, sepatutnya kemasukan Zaid dahulu tidak diterima atau tendang saja Zaid keluar daripada parti awal-awal lagi. Tidak perlu perburukkan beliau dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyerang beliau seperti "... kesetiaan Zaid diragui" dan seumpamanya.
Ingin saja saya menelefon Zaid sekarang ini, saya akan kata "Ok brother, ramai pemimpin PKR sudah tak suka anda, biarkan mereka, tinggalkan saja PKR kerana mereka tidak perlukan sumbangan kita lagi, mereka sudah ramai orang-orang lama era reformasi kononnya."
Akibat daripada tidak adanya penghormatan terhadap demokrasi di dalam pemilihan, wujud YB-YB bebal yang terang-terang membuat kenyataan menyokong Azmin sebelum ini. Ini kerja bodoh, ini kerja pemimpin bermentaliti rendah, kerja pemimpin "captive mind" atau "bebalisma".
"Bebalisma" satu istilah yang pernah dikemukakan oleh seorang lagi yang bernama Syed Hussein, iaitu Prof Syed Hussein Al-Attas.
"How do the fools and bebalisma act to stifle the growth of the intellectual spirit? The fools block the development of the public demand for intellectual labour. The intellectuals do not have access to the means of creating a public demand for the results of their labour." - dari buku beliau 'The intellectuals and developing socities'.
Pemimpin berfikiran terbuka dan pemimpin sejati adalah umpama sang bapa yang tidak pilih-kasih kepada anak-anaknya sekalipun ada anaknya yang mungkin nakal, malah OKU sekalipun.
Biarlah suasana pemilihan disuburkan dengan kebebasan perwakilan menentukan sendiri calon yang mereka mahu, bukan yang ditunjukkan oleh kumpulan tertentu.
Pertingkatkan intellektualisme untuk kukuhkan PKR supaya nantinya PR turut kukuh. Itu harapan GB.
Kalau nak berkecil hati, tentulah GB manusia yang paling awal dan telah lama berkecil hati dengan seluruh keluarga Anwar ini, kerana GB boleh mendabik dada bahawa GB adalah perintis perjuangan reformasi mempertahankan Anwar di alam siber ini.
Sekarang ramai yang dapat menuai apa yang kita semai, namun alhamdulillah, sedikit pun GB tidak terkilan malah terus berada di siber ini kerana GB yakin perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan perlu diteruskan tanpa memperdulikan samada kita diingati atau pun tidak. Manusia boleh pelupa (nisyan), tapi bukankah Dia tidak pernah lupa dan bukankah Dia itu Lebih Faham dan Maha Membalasi Segala-galanya? Semua dah besar panjang dan dah nampak sendiri.
Kembali ke kisah Zaid, jika beliau tinggalkan PKR, apa jadi? Menangis tak berlagu PKR. Tapi GB jadi susah. Susah sebab pertama, dia tak kenal GB, yang kedua nak fahamkan atau nak debatkan dasar Islam dengan beliau sebelum dapat memimpin tangan beliau ke rumah Tok Guru, samada ke Pulau Melaka ataupun ke Rusila, isi borang, almaklum kita kenal Zaid, seorang yang mendapat pendidikan vernakular, kemudian dibesarkan dalam lingkungan sekular pila... sama ler macam GB juga.
Tetapi ia tidak pula sesuatu yang mustahil. Ingat dulu GB ada ceritakan tentang, kisah Umar Al-Khattab yang menjadi musuh Islam yang amat nyata, sampaikan Rasulullah s.a.w. nak dibunuhnya, tetapi apabila menyertai saf Islam, beliau diangkat Allah sebagai salah seorang khalifah Islam yang ternama!
Jadi ada hikmah yang tersembunyi di sebalik kutukan yang beliau dapat dari pimpinan PKR sendiri sekarang ini.
Jangan sampai ditempelak orang, belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat!
23 ulasan:
Bro, sebaik saja Datuk Zaid meletak jawatan sebagai Menteri antara perkara pertama yang dia buat ialah berkunjung ke rumah Tok Guru Nik Aziz di Pulau Melaka. Tok Guru ucap tahniah kepadanya kerana letak jawatan dan kata "tak apa la, lepas ini kita akan lantik jadi Menteri wakili kita pula". Apa maksudnya tu? Tak berbangkit soal Datuk Zaid perlu dipimpin ke Pulau Melaka sebab dia memang selalu jumpa Tok Guru.
Baca biar lengkap.
memimpin tangan beliau ke rumah Tok Guru, samada ke Pulau Melaka ataupun ke Rusila, isi borang....
Saudara GB,
Adakah saudara akan memberikan ulasan yang sama seperti di atas jika Azmin Ali yang memanggil Dr Syed Husin Ali sebagai "nyanyu" atau "nyanyuk"? Saya fikir, saudara sudah tentu akan menulis dalam nada yang berbeza.
Saya tidak pasti apakah persepsi dan konflik peribadi saudara dengan Azmin, tapi gaya laporan seperti ini tidak akan menguntungkan PR. Saudara menunjukkan bahawa saudara terang-terangan menyokong Zaid Ibrahim. Jika saudara boleh memaparkan laporan yang negatif tentang Azmin di sini, kenapa pula penyokong Azmin seperti Nik Nazmi tidak boleh berbuat yang sama terhadap Zaid Ibrahim?
Saya rasa polemik dan pertelingkahan seperti ini hendaklah dihentikan. Biarlah ahli PKR membuat pemilihan secara bebas. Apa guna menang sorak, kampung tergadai? Apa guna menang pemilihan, hilang saudara?
Ikhlasnya saya tidak fikir Zaid Ibrahim perlu ditatang seperti minyak yang penuh semata-mata kerana beliau seorang bekas menteri dari UMNO. Beliau juga perlu belajar menyesuaikan dirinya menjadi orang kebanyakan di dalam PKR kerana beliau kini bukan lagi seorang menteri. Percakapannya juga harus dijaga. Jika kerana isu ini, beliau ingin tinggalkan PKR dan PR, teruskan saja. Beliau bukan yang pertama berbuat demikian, nothing to lose. Tapi untuk kami penyokong PR menangis tak berlagu, itu adalah mustahil.
bro- berhati2 sokong zaid.. aku mulanya rasa baik utk zaid...tp setelah lihat betul2 tingkah laku dia, amat bahaya bg parti utk lantik jadi org no 2. and maybe gak org atasan keadilan tau ape yg kita tak tau gak....
zaid masih belum sesuai utk jadi org no1 dan no2 pkr sebab2 tertentu. kalau tgk tingkah laku beliau dr dulu sampai sekrg; bila dia rasa dia betul aje dia hentam suka hati saje especially thru media. serog yg nak memimpin sebuah parti politik tak boleh ade tingkah laku mcm ni.nanti habis rosak parti; especially pulak org no1 dan no2. kalau yg bawah2 nak perangai mcm ni ok. tp kalau yg dok top2 tuh buat perangai mcm budak2 baru masuk politik , kucar kacir parti nanti. walaupun ape dia ckp itu mungkin benar tp adalah kurang baik utk umumkan terus kemedia kekurangan parti. cuba selesaikan secara dalaman dulu baru diluar. ini suka cari publisity dkt luar.. ditambah lagi kesempatan yg akan diambil oleh lawan nanti.. habis parti.. sebab aku masih have strong feeling zaid belum sesuai (igt aku tak ckp dia tak sesuai tp belum sesuai sehingga dia tau control situation baru dia boleh jadi top leader.)
sama gak masa kes dia saman kes hudud kelantan dulu adalah tindakan yg kurang bijak lebih2 lagi dikelantan yg memang sensitif ttg hukum2 ni. memang tindakan yg terburu dan mengikut shj buku yg dia baca pasal perlembagaan takde amik kira sensitity masyarakat islam dan melayu kelantan langsung.. takder org islam lain berani ambil tindakan undang mcm2 tuh.. umno-bn hanya brani ckp tak sesuai dan berlapik2 lagi… dia terus hentam saja..itu satu cth ler..:)..
Anon di atas menulis
Adakah saudara akan memberikan ulasan yang sama seperti di atas jika Azmin Ali yang memanggil Dr Syed Husin Ali sebagai "nyanyu" atau "nyanyuk"? Saya fikir, saudara sudah tentu akan menulis dalam nada yang berbeza.
Benda yang tak ada, kini diandaikan untuk ada. Itu bebal namanya.
audara menunjukkan bahawa saudara terang-terangan menyokong Zaid Ibrahim. Jika saudara boleh memaparkan laporan yang negatif tentang Azmin di sini, kenapa pula penyokong Azmin seperti Nik Nazmi tidak boleh berbuat yang sama terhadap Zaid Ibrahim?
Sebab Zaid telah diserang lebih awal oleh kumpulan Azmin. Nampak sangat ada komplot untuk menjatuhkan Zaid sejak dari awal lagi. Tugas kami blogger, menegakkan "kebenaran dan keadilan", membela mereka yang teraniaya.
Jika kerana isu ini, beliau ingin tinggalkan PKR dan PR, teruskan saja. Beliau bukan yang pertama berbuat demikian, nothing to lose. Tapi untuk kami penyokong PR menangis tak berlagu, itu adalah mustahil.
Bukan beliau yang nak tinggalkan parti. Tetapi mungkin GB yang desak sebab tak guna kalau duduk di tempat orang yang tak suka kita. Berhijrah ke tempat lain, mungkin itu jawapannya.
salam sdr mz di atas.
Apakah Azmin terlalu bagus utk org no 2?
Sedangkan beliau lebih terang2kan lagi mengkritik wakil-wakil rakyat PR satu ketika dulu.. di atas nama kebebasan untuk mengkritik! mengapa Zaid yang saja yang anda lihat "hentam melalui media"?
Saudara GB,
Terima kasih atas reply yg pantas terhadap komen sy di atas.
Tentang isu pertama, saya rasa agak kasar memanggil orang lain bebal semata-mata kerana tidak sependapat dengan kita. Saya tidak fikir Islam ada mengajar begitu. Saya membuat andaian di atas kerana saudara tidak bersifat berkecuali dalam hal ini.
Tentang isu kedua, adakah blogger perlu bertindak memanaskan lagi keadaan atau menjadi pendamai antara kedua-dua pihak ini? Saudara perlu ingat, blog saudara adalah blog yang popular dan sering diikuti oleh penyokong PR seperti saya. Bukankah lebih baik saudara mendamaikan keadaan dengan pengaruh yang ada pada saudara itu? Apa untungnya jika kita akhirnya berpecah? Team A dan Team B seperti UMNO?
Pada pendapat saya, daripada saudara menyarankan agar Zaid Ibrahim berhijrah ke tempat lain, adalah lebih baik menasihatkan agar kedua-dua beliau dan Azmin supaya berhati-hati mengeluarkan kenyataan. Zaid ada potensi untuk terus menjadi pemimpin besar dalam PKR dan Azmin adalah individu yang telah terbukti sanggup turun dan naik dengan parti.
Saya ulangi pendirian saya, tidak ada gunanya menang pemilihan, tetapi hilang saudara seperjuangan.
Bagi gua Azmin tak kata apa pon Gua tetap tak sokong Azmin lagi,coz kami sama sama maraih keringat sejak thun 1999,smpi 2008,membantu nya,Hari nie nak jumpa dia punya susah,kami bukan nak duit,kami bukan nak pangkat,kami bukan nak Tanah,hanya sekadar berbincang masalah ramai kepentingan penduduk terutama lorong,jln jln di 8ukit Antarabangsa/Hulu Kelang ,tapi haram X di layannya.,.ada tak der cuma banner gambar nya terpampang ucapan itu ini ikut suasana,Puasa ker,Raya ker.Porrah! time mengundi nnati kami sepakat,nak buat kaeadah yg.sama, letak banner kami ucapkan selamat menghadapi Piliihan Raya, .Mengundi sorry aaaaaa....... jgn maree!!!
ya kasar bunyinya perkataan bebal itu.
bukan kerana tak sependapat tetapi mengada-adakan perkara yang tiada. tidak berjejak di bumi yg nyata. itu kerja untuk membebalkan orang. dan tak lain hanya dilakukan oleh orang yang bebal sahaja. GB takkan dpt dibebalkan lantarannya.
Berkecuali? GB sudah cukup berkecuali selama ini. tetapi nampaknya pihak yang bertanding terutama kumpulan Azmin yang terdiri dari kumpulan ketuanan Melayu (UMNO) di dalam PKR masih berkomplot dan kerklik.
GB pernah menulis sebelum ini:
Bagi GB, PKR perlukan kedua-duanya dan PKR tidak mampu kehilangan salah seorang dari mereka. Tetapi ingat, PKR berdiri tegak selama ini kerana perjuangan "keadilan"nya bukan kerana perjuangan menegakkan "bangsa"nya. Jika kerana "bangsa" dah lama PKR dihumbankan orang ke longkang seperti yang menimpa UMNO, MCA dan MIC. Tetapi masih ada pemimpin PKR sendiri yang masih tertambat dengan sentimen "bangsa" ini.
Sila baca artikel sebelum ini di SINI
Kumpulkan semua mereka dari kumpulan ketuanan Melayu di dalam PKR dan PAS pun, insyaAllah GB mampu untuk sekolahkan mereka.
GB.. ini lah ujian dari Allah apabila mereka merasai PKR sudah kuat dan diterima Rakyat Malaysia. Mulailah hilang pertimbangan..
Masa Zaid Ibrahim mula-mula menyertai PKR dulu.. semuanya baik-baik, bagus, berani dan berprinsip. Berbagai jawatan di serahkan.
Akan tetapi apabila tiba saat pemilihan kepimpinan.. dah berkocoh.
Adakah ini timbul dari perasaan dengki dan irihati.
Adakah masih berbaki roh UMNO dalam diri mereka.
Saya amat bersetuju jika sekiranya ZI beraleh arah perjuangan dan bersama dengan PAS yang sentiasa berlapang dada walaupun satu ketika dahulu beliau pernah melukai PAS.
Apa-apapun objektif perjuanganNya masih sama... Selamatkan Malaysia dan musnahkan UMNO/BN.
Bang....nak bagitau sat.,.kami ahli PKR bukan macam ahli UMNO..lantak la pemimpin kami nak sokong sapa pun..tak semestinya ahli bawah akan undi orang tu utk jawatan parti...hatta Nurul Izzah sekali pun..tak bermakna dia anak Anwar Ibrahim kami akan undi dia..kami pun macam rakyat biasa sentiasa nilai yg mana elok dan mana tidak..macam selalu kita mintak rakyat nilai antara PAKATAN dan BN!!Biarlah Syed Husin nak sokong sapa pun..itu hak dia!! Yg nak mengundi dan nak memilih kami ni kat bawah!! Ahli PKR bukan bodoh dan pak angguk!!
Ahli PRK tak berjawatan!!
Syabas GB.
Saya kagum hujjah tuan. Tuan memang konsisten dari dulu, menegakkan kebenaran dan keadilan.
Cuma satu, minta GB dedahkan lebih byk hal pembohongan dan kezaliman UMNO kerana mereka adalah musuh yang lebih nyata
tahniah anon 3.28
anda seorang ahli PKR yang bijak.
tetapi masih ramai yang tidak, maka itu rencana pedas di atas ditulis.
anon 3.34
terima kasih. segala pujian teruntuk bagi Allah s.w.t.
InsyaAllah, memang pun kita perlu menentang UMNO. Tetapi sekali-sekala kita juga bersihkan rumah kita dan jiran dari segala sampah sarap.
azmin tuh...
2 x 5 ngan ezam jek..
susah saya nak terima dia...
kata MB Selangor, banyak lagi si Azmin tu kena belajar.... apa maksud dia?
cuma azmin jer perasan dia dah cukup bagus... semata2 kerana menang parlimen dan adun..
kali ni jgn haraplah....
GB,
ade ckp azmin bagus..? dan azmin condem tuh bila? dan boleh pecahkan parti dan pr ke?.. langsung aku tak cakap pasal azmin bagus.. cuma hati kecil aku tetap rasa zaid masih belum sesuai jadi org no2 atas sebab yg dinyatakan. kalau bukan azmin ambil mustapha.. tp pls bukan zaid hura hara PKR and PR nanti..-- tak caya kita sama tgk nanti GB.... dan details lagi kat bawah..
demokrasi, demokrasi juga bro--itu hak demokrasi syed hussain utk bg nasihat kepada dua2 belah pihak especially zaid sebab dia tgtk zaid ade kelemahan. so dia bgtau agar zaid berubah.. tiu pon demokrasi-tp nampak penyokong zaid melenting bila org bgtau kelemhan zaid.. tp bila penyokong zaid condem pihak lain pula takpe kononnya for demokrasi dan utk kepentingan parti..itu yg aku kurang setuju double standard berlkau here.. tak caya pergi baca blog2 yg sokong zaid mcm mane kepusan dia tgk.. free malaysia today, ureka dan sbgnya semuanya bias dkt zaid..kononnya utk demokrasi tp bila org lain buat demokrasi sokong azmin tak boleh sebab bukan demokrasi-lawak thp gaban geng2 zaid ni.. aku suka zaid dan azmin tp bg aku zaid takleh jadi no2 lagi sebab dia suka ikut suka dia hentam org.. tgk kes dia hentam PR kononya tak sokong dkt parlimen benda baik oleh BN- dap dan pas dah condem dia balik.. sebab dia ckp ikut suka hati dia aje especially kat media.. org mcm ni nak jadi no2 - no way rosak parti--- memang semua parti mesti ade cacatnya tp bukan dkt media utk dedahkannya.. itu kerja org tak cerdik lebih2 lagi kalau pemimpin atasan.. nak cari glamour peribadi aje tuh... pls semua penyokong pr check betul2 dan tak mustahil BN hantar org utk kucar kacirkan PR selepas PR 12 yg lalu...pls jgn dah teruk baru realise--sekrg pr ade harapan yg cukup besar utk memang pr 13 (walaupun tanpda zaid)- dan jgn jadikan PR huru hara kerana zaid seorg.. tgk tian chua yg dikatakan team zadi,, dia juga dah tak bersetuju dgn tindakan zaid.. pls penyokong PR jgn terpedaya... bg aku zaid bagus tp bukan utk org no2 lagi dan harap2 dia bukan mole.. kalau mole habis parti.
... salam mz
mz said
memang semua parti mesti ade cacatnya tp bukan dkt media utk dedahkannya.. itu kerja org tak cerdik lebih2 lagi kalau pemimpin atasan.. nak cari glamour peribadi aje tuh...
Azmin masa kritik pemimpin PR dahulu terang-terangan dalam media apasal sdra tak bising? cerdik kerr tu?
Dan ini ulasan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim pula:
"Saya rasa beliau (Azmin) perlu belajar banyak. Pengalamannya masih terhad pada tahap tertentu.
sekrg pr ade harapan yg cukup besar utk memang pr 13 (walaupun tanpda Azmin)- dan jgn jadikan PR huru hara kerana Azmin seorg.
GB and the zaid geng,
like i said i don't care about azmin, but i care about zaid, i just had a bad feeling about zaid, especially dgn kelakuan dia. i still pegang dgn may hard feeling dan zaid is not good to be no2 yet. and kalau dia menang i think akan pecahkan pkr. we wait and see later.. i berani bet on this.. and btw i,m pas supporter but since pkr ade kaitan dgn pr so i,m very concern about that.. and i,m also hard core endorgan pas supporter too. but this time regarding zaid i bet too different dgn GB.. let see GB..:).. normally my hard feeling is always come true..but it can be not true too..let see laa bro....
one more thing dlm politik especially nak lawan BIN yg penuh tipu daya kena ade strategy yg berkesan especially utk layan tipu daya BN tuh.. Kalau asyik betul mcm sodek saje, susah nak lawan BN nie.. dan paling penting kemenangan PR lepas nie adalah ditangan melayu.. dan atas dasar ini juga yg zaid ni jenis lepas ckp especially hal2 melayu, aku tak sokong dia jadi org no2. tp kalau naib president aku sokong. org no1 dan no2 kena pandai cover bukan mulut laser saje.. org peringkat lain nak lser lantaklah....itu aku punya pandangan dr segi strategy utk kemenagan pr bg dptkan undi melayu.
kesimpulan kes zaid,
aku tak tolak zaid terus dan aku menyokong utk dia jadi org no3 -naib president..dan aku juga amat harap dia bukan mole BN dlm pkr. sebab samaada no2 atau no3 kalau moleh habis PKR.. lebih2 lagi no2-hancur terus..sama gak kes jefrey sabah-aku gak ade bad feeling about him especially PBS tgh offer dia-silap2 kalau abg dia turun offer dia jadi president PBS terus dia lari pkr dgn org2nya- habis pkr sabah...harap this scenario tak berlaku--tp ak nampak dgn sabah sekrg sokongan kepada jefrey dkt akar umbi bukan majority seperti yg semua org fikir..kita akan dpt tgk dgn lebih jelas nanti berapa org jefrey yg menag ketua cbg sabah...let wait and see too
p/s: tp aku tgk geng zaid yg anti azmin memang mcm nak nyahkan azmin dlm pkr--i think its not good..... satu lagi fakta penting utk share disini pasal bussinesmman cina yg taja free malaysia today yg zaid ckp adalah shbt karib anwar--bab kata syen hussain mamak tuh DULU betul dia byk bantu parti tp lepas salehudin belah dia sudah hilang dr parti--dulu shbt sekrg sudah jauh maa-- sebab tuh org yg iskimah dlm parti amat penting..bukan senag utk jadikan pkr dan pr kua mcm sekrg-- dan takut2 mole2 yg bn hantar ke PR selepas PR12 lalu berjaya kucar kacirkan PR-- harap2 tidak..
mz, firstly got to improve your english
secondly try to abstain yourselves from name-calling such as mamak etc.
discuss this matter intellectually.
mz last reply:
GB said...
mz, firstly got to improve your english:
--- aku memang tak berapa reti grammer.
secondly try to abstain yourselves from name-calling such as mamak etc.
--- mamak kat sini adalah penggunaan bahasa pasar kat seseorg.mcm bahasa ytk saya, pakai aku-- dan mamak kat sini refer to chinesse dan takder kaintan dgn races...itu hanay penggunaan bahasa pasar shj..common penggunaan nya..
discuss this matter intellectually.
- is i,m discuss here not intelectual. i have give my reason why i,m not agreed zaid no2..aku bukan hentam sesuka hati atau mahu hapuskan seseorg- mcm zaid aku kata aku sokong utk selian bukan no1 dan 2 disebabkan kekurangan yg dia perlu baiki dulu..dan kalau dah ok and proven aku gak sokong dia nak malahan jadi president pon ok.. no hard feeling to him bro... can you compare geng2 yg sokong zaid utk no 2, mcm mane diorg buat ulasan double standard..
but as i said let wait and see about this. wether your are true or me true.. but ape2pon harap PR akan berjaya nanti.
Catat Ulasan