Azizan bidas Muhyiddin, dakwaan tidak berasas
ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini.
Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.
“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.
Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.
Mengulas kenyataan Muhyiddin kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik menangani bencana ini.
“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya.
Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.
“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya.
Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut.
“Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya. -SH

13 ulasan:
banjir berlaku kerana projek UMNO dan kroninya
UMNO nak politikkan isu, MB kedah Kedah siang dan malam redah banjir tak masuk TV pun?
memang UMNO barua yang menyusahkan rakyat, kemudian ambil kesempatan dari kesusahan rakyat, tunjuk TV macam hero, tapi sebenarnya pelakon handalan
kalau UMNO menang bukan cara tipu di Galas dan Batu Sapi, boleh bubar Parlimen sebab rasa rakyat dah sokong? sebenarnya UMNO pun tahu mereka menang secera helah SPR...
orang melayu busuk hati dalam umno tak mahu tenguk melayu selain umno memerintah malaysia..sbb melayu umno saja berhak jaga melayu di malaysia..itu yang TAR pesan..kot
sungguh pun kawasan yang terkena banjir banyak yang meyokong kerajaan Pusat kawasan Pas juga ada yang kena . Jadi apa yang diungkit sangat. Nampak MB banyak buat kerja.
memang itulah sikap segelintir pemimpin UMNO yg tak beradap bila berkunjung kenegeri orang dibubuh lagi dengan TV yg bnyk melaporkan berita fitnah dan palsu..mereka saja yg benar dan tahu buat kerja..kerja ape?
“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya.
.................................
bangang nye MB Kedah.. Polis, Tentera & Sekolah tu semua kan kerajaan pusat yang sediakan kemudahan..
Totok PAS je yang tak sedar diri ditolong pun macam2 bunyik.. Umpama melepaskan anjing tersepit..
Sebenar nya di Kedah semua agensi Kerajaan Negeri dan Pusat saling berkerjasama menurut bidang kuasa masing - masing, cuma nya orang yg bernama Mahyudin ni yg buat haru.
Org Umnogok & yg mengaku PAS TOTOK(padahal UMNOGOK TOTOK)saja yg tak paham & tak sedar diri...
Anon 10.16 kerjasama amendenyer ? Dah seminggu aku kat pusat penempatan mangsa banjir ni, hanya sekali aku nampak muka penghulu mukim aku tu, mai jengok sat saja lepas tu hilang tah ke mana.... kan ka pennghulu tu bawah kerajaan negeri ?
salam semua....ini smua secebis dugaan dari Allah.....awat nk kecoh2...tu x mai..ni x mai....kita tgk kt Indon..lg dasyat ujian...nisemua bala....bala mai dpt semua...x kira UMNO..PAS...PKR...apa yg berlaku kita kena tanggung...yg muhyiddin mai..lps tu membebel2 kata MB x buat kerja ..apa cerita..dh teruk banjir baru nkmai...buta ke kalian..Sultan Kedah pun dh bercakap..jgn main politik...pasal apa..dia tgk..kerajaan pusat x buat apa...memang celaka UMNO-BN ni...cuma ada segelintir melayu masih x nampak...sultan pun x mula nampak kecelakaan UMNO-BN ni...bantu org susah sbb nk habuan undi....kenapa masih ada melayu yg sayang n sokong lg umno ni..aku pun x paham..nk bantu org banjir...siap tunggunkrew tv...pemimpin PAS turun...jg bantu...ada krew tv kesah....
Penghulu mukim aku tak mai jugak. Ni dah 9 hari baru mai sekali. Macamana rakyat nak mengadu ? Non Gila pun buleh jadi penghulu macam ni ....
Catat Ulasan