Imigresen serbu flat Pantai Dalam
KUALA LUMPUR: Beberapa pemilik flat di Pantai Dalam, di sini, dikesan menyewakan rumah kepada warga asing dengan kadar RM100 seorang sebulan sebagai cara mudah mendapat pendapatan tambahan tanpa mengambil kira sama ada warga berkenaan memiliki dokumen atau tidak.
Malah, pendapatan itu meningkat jika kediaman asal diubah suai termasuk menyediakan ruang bilik yang mampu memuatkan sehingga lima orang dalam satu bilik.
Ini terbukti selepas lebih 20 lelaki dipercayai warga Indonesia ditahan selepas pemeriksaan mengejut dilakukan sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) di lokasi itu.
Ketua Unit Operasi Imigresen Malaysia WPKL, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata, dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, pihaknya terpaksa memecah beberapa pintu rumah disewa warga asing terbabit selepas mereka enggan memberi kerjasama dengan mengurung diri dalam rumah serta bilik. Hasilnya semua lelaki warga Indonesia berkenaan diberkas dengan ada antara mereka yang cuba meloloskan diri namun gagal.
Beliau berkata, rumah didiami warga asing terbabit disewa daripada penduduk tempatan yang sengaja menambah binaan bilik dalam rumah bagi membolehkan lebih ramai orang menyewa. “Semua warga asing itu ditahan kerana tiada dokumen pengenalan diri dan sebahagiannya ada pas lawatan sosial sementara, tetapi sudah tamat tempoh,” katanya. -BH

2 ulasan:
Kerja serbuan ni memang sudah lama diabaikan oleh pihak immegresen.Sepatutnya dilakukan selalu dan dibeberapa tempat lagi.Serbuan kerap wajar dibuat dikawasan Taman Melati,dirumah-rumah pangsa yang disewakan kepada warga Afrika.Bawa pihak DBKL sekali,sekiranya tuan punya flet telah melanggar syarat,tarik hak milik.Begitu juga dikawasan Medan Idaman dan beberapa condo diJalan Genting Kelang.Terlalu ramai gagak berterbangan dikawasan-kawasan yang tersebut diatas.Tak munkin dah tua bangka,ibu-ibu dan anak-anak kecil jadi pelajar IPT.
Matbotolkicap,
Tak baik gelar orang gagak dan sebaginya. Demer pun makhluk Allah gak. Yang lebih teruk ialah si sawo matang warga tempatan yang tamak haloba ni dan pegawai sawo matang yang malas buat serbuan. Kalau demer tak dapat cari tempat tinggal dengan mudah di Malysia ni, sudah tentu demer tak datng sini. Noktah.
Catat Ulasan