28 Sep 2014

PAS Kini Pada Pandangan Seorang Bukan Islam


PAS yang saya kenali Oleh Lim Hong Siang

Gelombang "Reformasi" meledak sebelum saya memasuki dewan peperiksaan SPM. Saya tidak mengenali PAS ketika itu. Imej PAS dibentuk melalui bacaan komentar dalam media bahasa Cina. Negara Islam, hukum hudud, konservatif, ektremis dan sebagainya, antara inilah yang paling memahat dalam minda.

Pengalaman bersemuka dengan orang PAS hanya bermula selepas memasuki universiti. Kami dibawa senior untuk menghadiri ceramah politik. Ketika itu saya amat teruja dengan ucapan Mahfuz Omar yang berapi-api. Kemudian kami diatur untuk berdialog dengan Hu Pang Chaw (bekas Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS), melawat ke Kelantan untuk melihat dengan mata sendiri keadaan sebenarnya.

Pemikiran kami dipengaruhi senior pada ketika itu, yang aktif dalam DEMA - satu pertubuhan mahasiswa. Kami lebih cenderung untuk mempertahankan Barisan Alternatif, maka DAP dianggap sebagai "penghalang", yang menggagalkan pertukaran kerajaan. Kami berkempen untuk calon Parti KeADILan ketika PRU11 pada tahun 2004. Seringkali kami ditanya oleh pengundi Cina yang tebal prejudisnya terhadap agama, bagaimana ulamak boleh mentadbir negeri, sedangkan mereka tidak tahu apa-apa tentang ekonomi?

Terpegun juga kami di situ, kerana gagal memberi jawapan. Akhirnya kami dicelikkan seorang senior, "Padahal pemimpin tertinggi hanya memainkan peranan untuk memastikan agar halatuju pentadbiran tidak terpesong dari landasan demokrasi. Soal teknikal dalam pentadbiran boleh diuruskan oleh teknokrat dan birokrat." Kami menganggap jawapan itu memuaskan, lalu kita menggunakan jawapan skema ini berkali-kali untuk meyakinkan mereka yang masih keraguan.

Ini kisah lama. Generasi kami melalui proses kematangan secara berperingkat-peringkat. Pada satu peringkat saya mulai bersikap kritis terhadap PAS. Saya masih ingat pengalaman saya sebagai wartawan, hadir di sidang media Mujahid Yusof Rawa, yang pada ketika itu bersungguh-sungguh untuk berdialog dengan masyarakat Cina selepas PRU11.

Beberapa soalan dilontarkan oleh wartawan Cina lain, berdasarkan prejudisnya terhadap PAS. Mujahid ketika itu berjaya menyanggah tuduhan-tuduhan dalam soalan itu dengan fakta, kerana sememangnya PAS tidak seburuk sebagaimana yang digambarkan. Akhirnya saya mengajukan soalan, bagaimana PAS mendakwa dirinya mendukung kebebasan bersuara, sedangkan dirinya mengharamkan tulisan Farish Noor dan Khalid Jaafar di Harakah, ketika itu.

Giliran Mujahid terpegun seketika dengan soalan itu. Bagaimanapun soalan-soalan sedemikian kerap ditimbulkan pada zaman pasca PRU11 dan sebelum PRU12. Saya masih ingat pengalaman Dr.Dzulkefly Ahmad diasak oleh NGO dalam satu forum, bagaimana PAS mendakwa dirinya memperjuangkan kebebasan berpersatuan, sedangkan PAS mengambil sikap yang agak keras terhadap Sister-In-Islam, sehingga mencadangkan agar ianya diharamkan?

Namun saya sedar keperluan politik ketika itu. Saya nampak bagaimana sekumpulan pemimpin PAS, seperti Mohamad Sabu, Hatta Ramli, Dzulkefly Ahmad, Syed Azman dan lain-lain lagi, turun untuk memprotes kenaikan harga minyak. Maka semakin yakinlah saya bahawa adanya sekumpulan pemimpin dalam PAS yang memperjuangkan nasib rakyat. Lebih penting, susuk tubuh pemimpin inilah yang dijadikan contoh untuk meyakinkan masyarakat Cina bahawa PAS juga komited dalam perjuangan pendemokrasian politik dan ekonomi. Ikon-ikon ini digunakan untuk memecah imej stereotaip masyarakat Cina, bahawa pemimpin PAS hanya memperjuangkan isu agama semata-mata.

Ia memakan tempoh bertahun-tahun untuk membina semula keyakinan khalayak umum terhadap PAS. Ramai Cina yang masih ragu-ragu, takut bahawa PAS akan bersikap angkuh seperti UMNO setelah berkuasa. Mungkin PAS tidak mengambil pendekatan perkauman, tetapi diganti dengan agama. Maka kami cuba menonjolkan betapa indahnya Islam yang ditampilkan PAS. Tokoh-tokoh seperti Mat Sabu dijadikan jambatan, untuk membawa masyarakat Cina mengenali semula Islam yang ditampilkan PAS. Barulah masyarakat Cina mula menghayati nilai Islam, dan menyanjung Tok Guru Nik Aziz melalui kesederhanaan cara hidup beliau.

Kesemua ini dilonggok sedikit demi sedikit, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun - sehinggalah kita mengecapi hasilnya dalam PRU13. Hasil perjuangan ini bukan datang dengan tohmahan atau tuduhan tanpa bukti ke atas benda yang belum kita tahu. Ia datang dengan curahan titisan peluh mereka yang memperjuangkan perubahan dan pendemokrasian di Malaysia.

Secara terus-terang saya terkilan dengan apa yang berlaku dalam tempoh beberapa bulan ini, khususnya muktamar kali ini. Belum berkuasa sudah ada orang PAS yang menggunakan istilah "jentik" terhadap "non-muslim". Malah label-label dihamburkan begitu sahaja secara terbuka tanpa bukti. Ada pula yang secara angkuh mempertikaikan kelayakan Wan Azizah untuk mentadbir. Pemimpin yang selama ini menyumbang untuk menggilap imej PAS seperti Mat Sabu, cuba dihina. Malah muktamar PAS membenarkan perwakilan untuk membaca doa bagi mengutuk rakan seperjuangannya!

Saya tidak terdaya untuk mempertahankan gelagat sebegini. Molek bunyinya untuk mendakwa "kita meraih perbezaan pandangan", "mendengar luahan dari hati pemimpin" dan sebagainya. Namun orang umum tidak mempertikaikan perbezaan pandangan dalam PAS, yang dipertikaikan adalah cara untuk menangani perbezaan pandangan. Hatta Mahathir Mohamad, musuh politik kita sekalipun kita doakan agar beliau dipanjangkan umur, mengapa dibacakan doa untuk mengutuk pemimpin dalam parti?

Orang yang kuat agama sentiasa menyeru agar kita bersyukur. Bersyukur kepada Tuhan mempunyai maksud tersurat, bahawa apapun kejayaan kita padahalnya disempurnakan Tuhan, dengan mempertemukan kita dengan orang-orang yang sudi membantu kita. Maksud tersiratnya saya tafsirkan sebagai "padahal kehebatan kita tidak ke mana tanpa faktor-faktor lain yang turut sama menyumbang".

Hari ini kita menyaksikan bagaimana sekumpulan perwakilan cuba menyerang tokoh-tokoh yang membina semula keyakinan orang ramai terhadap PAS seketika dahulu. Mereka menyerang kedua-dua orang ADUN yang menyokong Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, seolah-olah tidak sedar bahawa dua orang inilah yang menjadi "penyelamat Pakatan Rakyat di Selangor" di mata kebanyakan penyokong.

Saya tidak pasti apakah ini PAS yang saya kenali. Hu Pang Chaw yang seketika dahulu cuba membuktikan bahawa masyarakat Cina boleh menyokong PAS - kini sudah tiada tempat di dalam parti. Tokoh yang seketika dahulu turun untuk bertembung dengan FRU, kini dijadikan sebagai musuh dan parasit dalam parti.

Loceng amaran membingitkan telinga, apabila saya membaca komen-komen dalam laman sosial. Ada yang kata lebih baik PKR dan DAP meninggalkan PAS sebelum diheret untuk tenggelam bersama PAS. Saya tidak terkata apa-apa, melainkan menterjemahkan semula apa yang saya nampak kepada kalian. (Harakah versi cetak, 26-28 September 2014, edisi Jumaat)










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





57 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

alangkan yg islam juga dibaruakan... inilah akibat keceluparan serg presiden pasyg x pernah hidup bercampur dgn org kaum islam. cukup memalukan & menyedihkan.

Tanpa Nama berkata...

Simple word, this is a pimps party. How can the president not knowing any open accusision (regardless to who) from his mouth mentioned "pimps" automatically downgrade his party as pimps party too. How long he is in politic? Yesterday? Or someone got his nail hence no choice he pull the whole party down with him as pimps?

Tanpa Nama berkata...

Setuju 200%
Bukan saja Presideng saja, malah kebykn dlm grup uztaz/ulama bersikap demikian. mereka menjauhkan kaum bukan Islam terhadap PAS. Mereka bertindak spt PAS4Ulama bukan PAS4All.

in response to
alangkan yg islam juga dibaruakan... inilah akibat keceluparan serg presiden pasyg x pernah hidup bercampur dgn org kaum islam. cukup memalukan & menyedihkan. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Ada juga beberapa org pimpinan PAS yang dah jadi YB bersikap anti terhadap bukan Islam terutama pemimpin UG. Mereka spt Hj Abd Hadi Awang, Idris Ahmad, Khairuddin At-Takiri, Nasrudin Tantawi, Nik Abduh. Mereka semua dijangka akan kalah dalam PRU14 nanti.

5sal berkata...

Aku pun cukup seronok pas kalah. sebabnya ramai sangat geng UG dan ustaz2 yang hanya pandai bercakap nak jawatan tapi tak tau wat krja.Saf kepimpinan hanya wat penafian ja.sikit2 nafi kalah kat prk pengkalan kubuq pun nak menafi lagi.silap haribulan kelantan akan jatuh kpd UBN.Apa salh bang mat sabu hinggakan geng tu keluaq dewan. jangan terkejut pas tak dapat lagi sokongan dari org cina. Parti PAS jgn perasan KUAT.Tanpa bantuan org cina dan gabungan pkr dan dap sapa pas ni?

Tanpa Nama berkata...

siapa berani singkirkan Hadi dalam muktamar?

Tanpa Nama berkata...

Pelik tapi benar. Pertama kali aku tak berasa sedih salah satu parti gabungan PR kalah dlm pilihan raya

Tanpa Nama berkata...

Saya pulak bukan tak terasa sedih mslah langsung tak ikuti kempen. Rasa kecewa dgn golongan ustaz muda dlm pas...

Tanpa Nama berkata...

Hanya Allah yang dapat singkirkan Hadi sebagaimana dia singkir Azizan di Kedah.

Tanpa Nama berkata...

tu la...sombong sngt. blum brkuasa d tunjuk belang. ni ke rupanya tokoh yg mimpi jumpa nabi saw tp tk boleh nk tunjukkn hikmah? maaf laa...pas is not my choice

Tanpa Nama berkata...

Ulamak dah tak ada NUR lagi kerana terpalit dgn kemurkaan Allah.
Apakah tanda seseorang itu dikasihi Allah? KASIH SEKELIAN MANUSIA TERHADAPNYA.

Tanpa Nama berkata...

Alahai, penulisan mcm ni pun dah boleh ubah minda anda sampai sanggup hina ulama?....fikirlah ...dgb mata hari sendiri, bkn terima bulat bulat pendapat org lain...

Tanpa Nama berkata...

Ular semak hellfire cakap semua pasar dap cina salah diktator macam pap spore.

Minta tuang president guna kuasa veto untuk menolak keputusan lge dan kerajaab pp.

Bukan besar Sangat kuasa veto dia yang menurut definasi ular semak di bahagian Mampus Semua Ular (Msu)?

Tanpa Nama berkata...

ulama itu sendiri yang menghinakan diri mereka kerana (termasuk penyokongnya) melakukan perbuatan yang hina menjauhkan bukan Islam terhadap islam. Rasulullah tidak pernah melakukan spt yg dilakukan oleh mereka.

in response to
Alahai, penulisan mcm ni pun dah boleh ubah minda anda sampai sanggup hina ulama?....fikirlah ...dgb mata hari sendiri, bkn terima bulat bulat pendapat org lain... by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.16pm,
Yg dihina tu ulamak barua dan broker.Ulamak betul mulut tak celupar.

Tanpa Nama berkata...

Apa yg diperjuangkan oleh PAS sebenarnya adalah yg terbaik untuk rakyat Malaysia. Masalah yg timbul akhir-akhir ini bukanlah perjuangan PAS yg tulen. Mereka yg berkepentingan sendiri ditambah dgn sifat angkuh itulah yg merosakkan nama PAS. Mereka telah tergelincir dari landasan perjuangan PAS yg sejati, tapi masih berpaut pd PAS kerana sebab dinyatakan tadi.

Tanpa Nama berkata...

Belum pun sampai setengah penggal ADUN dan MP PR menjadi YB pelbagai kemelut dan isue telah berlaku dan sekrang pengundi dan penyokong PR telah mula bersuara khususnya kepada PAS yang begitu ketara penonjolan pemimpin mereka membuat onak dalam gabungan PR apakah PAS tidak sedar dengan gejala ini atau presiden PAS masih bermimpi dengan dokongan penyokong yang hendak sangat berkompromi dengan UMNO untuk menguatkan kedudukan bangsa Melayu dan raja-raja itu,sekarang penyokong dan pengundi diatas pagar telah bersuara dan kita tunggu dan lihat PRU14 PAD hendak kemana halatuju mereka itulah soalan dari mereka , jika dilihat dari keputusan PRK pengkalan kubur dengan jelas petanda awal yang PAS telah hilang sokongan dari pengundi bukan melayu walaupun jumlahnya sedikit,manakan tidaknya PAS menang jumlah majority tapi kalah jumlah undi ,fahm dan fikirlah sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi sedar tak apa yg org sekeliling rasa thadap pas skrg? Pas mmg teruk skrg...geng ug dan ularmak suci mmg betul2 dah makin mjahanamkan pas... belum pun bergabung, pas pimpinan Hadi dah bperangai mcm umno...tokoh cerdik pandai dlm parti dipinggirkan, yg mengampu diangkat...mampuslah pas mcm ni pd pru akan dtg...sebelum nasi jadi bubur...harap Hj Hadi berundur atau diundurkan...

Tanpa Nama berkata...

Sy ingin bertanya... kenapa perlu dibuat langkah kajang??

Mana perginya PRinsip yg di War2kan Gahnya utk tetap dgn sokongan 1 calon shj??
INI semua adlh drama yg punya agenda rahsia??
Mungkin Tuhan nak tunjukkan kebenarannya yg perlu kita fikirkan dgn teliti dan bukan dgn emosi..
Hakikatnya.. langkah kajang tidak perlu dan pertukaran MB juga tidak diperlukan..
Kan elok diteruskan kecemerlangan barisan pentadbiran yg dulu serta fokus utk keselesaan, kemajuan negeri dan rakyat..
Kenapa perlu campurtangan orang luar??
Heran juga kenapa non muslim perlu takut??

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...sejak kebelakangan ini..komen negatif terhadap kepimpinan pas semakin menjadi-jadi..teringat kisah diceritakan oleh seorang ustaz pada zaman khalifah ali..yang membandingkan pemerintahan beliau dengan pemerintahan yang sebelumnya..kata saidina ali, pada masa pemerintahan sebelum ini yang begitu baik dan teratur,rakyat@penyokongnya adalah seperti aku@saidina ali sedangkan pada masa pemerintahan aku@saidina ali, rakyat@penyokongnya adalah seperti kamu...
saya tak nafikan jika ada ketidakpuasan hati..tapi bila baca dalam harakahdaily ok jer...takkanlah kita sayang dan cinta kepada PAS@PR hanya ketika kita kuat..maafkan saya..

Tanpa Nama berkata...

Tengok apa jadi Penang.. itu yg dia orang nak...
Tegur langsung tak boleh..
Terus kena tindakan.. Mana pergi KEADILAN????
Sah.. Hanya Kuda Tunggangan lagaknya..

Tanpa Nama berkata...

Pada saya, TG Hadi Awang dan puak UGnya mesti disingkirkan jika mahu PAS sentiasa relevan untuk semua termasuk juga orang bukan Islam.
Bila ditanya, Tidakkah kamu berasa PENAT membina berpuluh-puluh tahun organisasi seperti PAS untuk mendapat sokongan semua orang termasuk bukan Islam seperti sekarang, tiba-tiba dimusnahkan oleh Presiden dan sekumpulan penyokongnya? Tidakkah pembinaan organisasi seperti itu menjadi sia-sia?
Oleh itu, saya cadangkan supaya tidak perlulah lagi bersusah payah membinanya lagi apabila ia telah dimusnahkan.

Tanpa Nama berkata...

ulamak konon...ulamak wal haram mu wal halal ku, pil kuda satu...

Grand Marquis berkata...

Ini adalah salah satu contoh salah dakwah. Apabila kita mahu mendakwahkan Islam, kita cuba sesuaikan Islam dengan norma-norma masyarakat non-Muslim.

Bila orang non-Muslim menjerit hak assasi, kita pun seboleh nak tunjukkan Islam versi kita pun selaras dan menyokong hak assasi yang mereka dok perjuangkan.

Bila mereka jerit kebebasan suara, kita pun sibuk mencari alasan supaya Islam versi kita nampak macam selaras dengan kebebasan bersuara yang mereka laung-laungkan.

Akhirnya, orang non-Muslim yang kita cuba dakwah sokong Islam bukan kerana mereka melihat Islam mempunyai cara dan nilai sendiri yang lebih baik dan konsistent dalam menangani isu-isu semasa, tetapi mereka menyokong Islam kerana mereka melihat Islam secocok dengan agenda mereka. Hasilnya ialah mereka akan keliru bila isu-isu seperti Farish Noor, Sister in Islam ini timbul.

Adalah lebih penting untuk kita mempromosikan Islam yang betul, walaupun kita bakal kurang sokongan dari pada mempromosikan Islam yang disesuaikan dengan kehendak manusia supaya kita dapat sokongan ramai.

Tulisan ini adalah contoh kegagalan umat Islam yang berdakwa dengan pentas politik.

Tanpa Nama berkata...

Belum pernah Pas dihina sebegini rupa. Bagaimana ini boleh berlaku? Pas jangan ambil ringan situasi ini. Pas wajib muhasabah dan baiki kepercayaan penyokong yang tercalar. Jangan nafikan kelemahan diri.

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allh mngampuni pngkomen2 yg mnyebar ftnh d sini.

Tanpa Nama berkata...

Sdra Grand marquis

Anda silap.

PAS itu betul, yang tak betul ialah pemimpin PAS. Mereka yang menunjukkan tinkahlaku dan tindakan yang tidak Islamik. Contohnya berkata kasar seperti BARUA di khalayak ramai. Tak pernah dilakukan oleh rasulullah begitu walau terhadap musuh sekalipun, apatah lagi terhadap umat Islam sendiri.

Justeru itu orang bukan islam meemperhatikan kelakuan pemimpin PAS ini cakap tak serupa bikin sednagkan mereka tahu Islam itu agama yang mengajar kepada kebaikan. Mengapa pemimpin PAS lain pula tindakannya...

Isu farish noor dan sisters in islam yang membawa versi Islam cara mereka bukan salah PAS. Ia adalah acuan pendidikan sekular yang diterima. Berapa ramai lagi terutama di dalam parti kerajaan UMNO yang kehidupannya, tindakannya dan ucapannya terlepas lansung dari nilai-nilai Islam? Malah termasuk di kalangan orang2 yg berkuasa dalam hal agama seperti para mufti dan ulama mereka?

Usaha dakwah PAS adalah benar. Menonjolkan bahawa nilai-nilai sejagat itu memang ada di dalam Islam. Cuma Islam ada had di dalam setiap nilai tersebut seperti kebebasan bersuara dan seumpamanya.

Wallahu alam


Tanpa Nama berkata...

Allah Maha Tahu dan Maha Mendengar, Dia Melihat dan juga Mendengar keluhan hamba2nya yang mengadu tentang kesalahan pemimpin Parti Islam SeMalaysia yang menjauhkan bukan Islam terhadap Islam.

Maka Dialah yang menhukum kerana Dialah maha Hakim.

Tanpa Nama berkata...

Parti barua telah berjaya dalam dakwah.

Awang Chan berkata...

Islam adalah sempurna, mudah dan tak sepayah yg digambarkan... kalau nak ikut Islam sebagai Addin...ikutlah hukumnya yg sebenar...jgn mengelirukan orang yg sedia Islam dan yang bukan Islam...Islam bukan ikut masa, suasan dan ketika... benda yg haram tetap haram mana boleh di halalkan...MSU dan Ulama' lebih Arif dari anda semua...anda semua menilai ikut orang kebanyakan tanpa rujuk hukum...kesian pasma

Tanpa Nama berkata...

Kenapa Tak berani bidas pasal pembuatan percakapan UG?

Tanpa Nama berkata...

MSU dan ulama lebih arif? Sedang dalam MSU juga ulamanya ada kepentingan diri... spt menantu Presiden yang skrg terdedah rahsianya mendapat saham ESOS ratusan ribu... menggunakan MSU sbg platform untuk menyuruh ahli PAS wala supaya mereka dapat sapu semua hak rakyat?

in response to Islam adalah sempurna, mudah dan tak sepayah yg digambarkan... kalau nak ikut Islam sebagai Addin...ikutlah hukumnya yg sebenar...jgn mengelirukan orang yg sedia Islam dan yang bukan Islam...Islam bukan ikut masa, suasan dan ketika... benda yg haram tetap haram mana boleh di halalkan...MSU dan Ulama' lebih Arif dari anda semua...anda semua menilai ikut orang kebanyakan tanpa rujuk hukum...kesian pasma by Awang Chan

Tanpa Nama berkata...

Patutlah Ahli Majlis Pulau Pinang Dipecat Selepas Ucapan Di Muktamar PAS.. Ikuti Penjelasan Rakannya...

PETALING JAYA: Ucapan perwakilan PAS Pulau Pinang, Iszuree Ibrahim (gambar) di Muktamar PAS minggu lepas tidak disenangi oleh Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Mohd Hariszuan Jaharudin.

Iszuree mendakwa dasar pembangunan Kerajaan Pulau Pinang sama seperti Umno, tidak menggambarkan situasi sebenar di negeri ini.

Mohd Hariszuan berkata ucapan Saudara Iszuree langsung tidak menyebut berkenaan cadangan projek pemindahan pangkalan TUDM Butterworth yang jika direalisasikan akan menyebabkan 19 perkampungan serta pekan di kawasan sekitar Tasek Gelugor dan Kepala Batas di SPU lenyap, sekaligus mengubah demografi penduduk secara agresif.

“ Apakah sikap dan solusi yang boleh ditawarkan oleh Saudara Izuree dalam isu ini?

“Mengapakah Saudara Iszuree tidak mengkhabarkan kepada dewan muktamar betapa banyak kes mahkamah antara pemaju dan penduduk yang cuba dibantu oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan menjadi pemudahcara?

“Sebaliknya, Saudara Iszuree menyebut mengenai projek pembangunan Batu Uban. Siapa disebalik projek pembangunan di Batu Uban? Apakah Saudara Iszuree mencadangkan agar Kerajaan Negeri melanggar perjanjian yang dibuat awal sebelum ini?

“Sebagai rakan Ahli Majlis dalam MPPP, saya sentiasa cuba memahami segala kerisauan Saudara Iszuree mengenai isu pemilikan rumah dan status kampung Melayu di negeri ini.,” katanya.

Mohd Hariszuan berkata, malah, beliau antara yang menyokong kuat cadangan Saudara Iszuree untuk mengadakan sesi taklimat khas oleh pakar kebudayaan dan warisan Melayu di peringkat kerajaan tempatan bagi membolehkan dasar yang lebih inklusif dapat dirangka bagi menjaga perkampungan warisan Melayu.

“Namun, belum pun sempat taklimat ini diadakan, Saudara Iszuree telah dengan semberono memfitnah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengamalkan dasar pembangunan ala BN.

“Saya tiada masalah jika Saudara Iszuree mahu mencari populariti dalam muktamar, namun jangan sesekali mengkhianati persahabatan antara parti dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dengan tidak berkata benar

“Saya khuatir, jika kenyataan ini tidak diperbetulkan, akan wujud tanggapan bahawa sikap Saudara Izuree ini umpama musuh dalam selimut,” katanya. ~FMT


in response to
Tengok apa jadi Penang.. itu yg dia orang nak...
Tegur langsung tak boleh..
Terus kena tindakan.. Mana pergi KEADILAN????
Sah.. Hanya Kuda Tunggangan lagaknya..by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Saya menyertai pas kerana kagum dgn kepimpinan arwah fadil nor dan Nik Aziz tapi bukannya Hj Hadi yg sombong dan berbelit2.Tolonglah kasi buang mangkok ni yg merosakkan pas.

Tanpa Nama berkata...

hang tunggu sat...ini pasti dan wajib..

aznan eusoff berkata...

inilah politik paling BODOH dihasilkan oleh puak UG tidak mengikuti perkembangan permainan politik di alaf baru dunia baru orde baru dunia tanpa sempadan dan tidak dapat menterjemahkan tamadun masyarakat madani...hanya tersembunyi sikap ego riak jumud berada didalam kepompong pemikiran sempit yang tidak menjurus kemaslahatan ummah serta masyarakat global dalam mengenal dan memahami perspektif islam itu sendiri...mereka hanya menghukum seolah merekalah hakim ulama wala tatapi yang malang mereka merasakan seolah diri mereka MAKSUM sempurna ....malang perjuangan PAS yang ditunjangi dan dipandu oleh mereka yang berada dialam khayalan, zaman kuno batu yang masih berteriak melalak seolah orang yang berlainan pendapat dan fikiran dijatuhkan dengan pelbagai hukuman dan gelaran seolah berada dizaman jahiliah....

air gunung berkata...

Saje nak tanya.soerg yg berilmu tinggi atau senang crite mufti or yg bertaraf di panggil ulamak/ustz berbuat salah contoh :mencuri,rasuah,meraba perempuan,zina,pukul/bunuh org,siksa binatang dll then masyarakat or sesapa kutuk perbuatan tersebut adakah ia di kira mengutuk ulamak or mengutuk peribadinya yg x betul.dlm hal ni sy x lihat org kutuk tghh or any ulamak dlm PAS.tp org kutuk tindakan yg tidak tepat dan juga isu2 fitnah mcm pil kuddaa dsbgainya.adakah bila dpt title ustz or ulamak dr mana2 institusi melayakkan semua tindakan kita betul dan x boleh dikritik.imam2 besar dr zaman awal sudah biasa dikritik dlm pendapat dan tingkahlaku mereka.kalau dlm disiplin hadith lg dahsyat.konklusinya bkn kutuk keulamaan seseorg.tetapi tindakan seseorg ulamak tersebut.ia tak menjadi bekas or kesan atas institusi keilmuan or islam pasal kita bidas pelaksana yg tak bgus shj.pls..ia 2 benda yg berlainan.kalo tak senang btol kerja.jd geng ulamak jer x ley kutuk,dia mesti betul,takut hina nabi n islam.or nak lps diri dr kesalahan jer angkat sumpah.sumpah jd bukti yg x boleh dikritik akn kebenarannya krana kalo dikritik sprti kutuk islam.satu hal lagi pls laa.tlg jgn dok jaja crita mimpi jumpa nabi utk halalkan tindakan kita.ulamak dulu lbh kerap jumpa nabi dan dlm mimpi nabi membenarkan hadith yg diriwatkannya.Tp ada tak diaorg tulis n guna hujah tu dlm meriwayatkan kpd umum.

Tanpa Nama berkata...

Menyebar fitnah apa kebenda? Menantu dpt untung saham dlm syarikat fitnah ke? Isu pil kuda dan komunis fitnah ke? Awk ingat yg ada semua dlm ni taktau dosa pahala? Hadi dok kate org BARUA, BROKER tu masuk kategori apa? Pahala? Dosa? Wajib? Harus? Makruh? Haram?, pikir la sama.... jgn jadi BARUA!!! (meminjam kate2 Hadi Awang)

Tanpa Nama berkata...

Langkah kajang tu dibuat sebab khalid dah main blkg dgn umno...kau studylah sikit pasal isu settle utang bimb, kidex, langat 2, x dtg meeting, blkgkan majlis pimpinan pr dan bnyk lagi...rajin2lah sikit membaca dan gali maklumat...jgn jd mcm ularmak mulia suci...dia jea yg betul...org lain semua xbetul...

Tanpa Nama berkata...

Jahat2 geng non-muslim ni dia tak main tikam belakang kwn... ni ckp muslim tp perangaiiii...puiii... sibuk duk bjongkang jongkit di rmh umnoooo....puuiii...

Tanpa Nama berkata...

Parti PAS takde masalah, pemimpin PAS yg byk buat masalah. Harap maklum. Parti PAS masih boleh dipulihkan, buang pemimpin bermasalah, selesai.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa kita meluat dgn parti SETAN yg dikenali?

Nape kita benci dgn puak2 SETAN nih??

MAMPOS kita TAK kan caya lg dgn SETAN2 yg ngaku islam nih! nape???

Sbbnya..
sbbnya mudah..
Sbbnya sgt JELAS skali..
..krn tipuAUTA-belit-UGUT-tangkap
..lalu zalim-KHIANAT n FITNAH
Dan..
Dan semua kat atas itu..
semua kjahatan itu PUNCAnya..
PUNCAnya adalahhhh RASUAH RASUAH!!!

isu LIWAT LIWAT LIWAT itu dibuat utk menutup apa? bukan RASUAH kah??

Renongkan pula..
kes FITNAH pil kuda utk tutup apakah sbnrnya?
kes KHIANAT Lenin Karl Mark Kominis itu apakah yg dilindunginya??
kes2 AUTA-belit=U-Turn-TindihKerusi dan tuduh2 BARUA itu..nape???

Renong dlm2..
Sgl ONAR kejahatan adalah bermula drp RASUAH..berPUNCA dr RASUAH!
Demi menutup RASUAH..
-trgamak lakukan apa shj
-TAK jd hal hatta KHIANAT & FITNAH

Sbb itu..
sbb itulah..
Kenapa kita sgt2 BENCI dgn SETAN2 yg dikenali!!!?
Kenapa rkyt Flipina trajang Marcos?
Kenapa rkyt Indon tendang Suharto??
Nape rkyt Thai halau Thaksin???

Dan..
Dan kini..
Rakyat dah benci MUNTAH dgn Pas yg berTOPENG kopiah JUBAH dan sarban & syok brgelumang dgn ONAR tipAUTA u-turn BELIT....KHIANAT & FITNAH!!

Tentu GB,
dan anda semua..
Sgt2 PASTI tahu sbb2nya mengapa????
..jwpn nya HUDUDkan?..kah kah kah!

Tanpa Nama berkata...

Maaf la..saya bkn ahli pada mana2 parti politik tetapi sejak 1998 hingga sekarang, semua undi pergi ke Pakatan Rakyat. Pilihanraya kecil pengkalan kubor sememangnya saya berharao utk PAS kalah. Semoga kekalahan ini menjadi satu pengajaran berguna utk PAS. Itupun jika nak berubah. Pada saya, imej PAS sekarang terlalu teruk di mata rakyat. Jika tak berubah secara drastik, percayalah PAS akan kalah teruk dlm PRU14.

bat8 berkata...

Anon 11:53

Sebab kerana sayangkan PAS kita mengkritik.Masa PAS kuat, tidakkah kita telah semua bersatu untuk melonjak dan mempamerkan jatidiri Islam yang te4baik.

Apakah dalam keadaan sekarang PAS masih kuat? PAS sekarang dalam keadaan lemah angkara segelintir pemimpinnya yang cuba mengkhianati perjuangan PAS. Membelakangkan keputusan-keputusan jamaah dengan pelbagai cara diluar kerangka PAS.

Kerana kita sayangkan PAS semasa didalam keadaan yang kecoh sekaranglah kita mengkritik. Kita mengkritik atas dua tujuan. Pertama untuk menyedarkan pemimpin-pemimpin yang mengkhianati amanah jamaah kembali kepangkal jalan pe4juangan PAS. Kedua, untuk menyedarkan ahli-ahli dan penyokong PAS tentang apa yang berlaku dan m3minta sokongan mereka bagi memperbetulkan keadaan haru biru yang sedang melanda PAS sekarang angkara segelintir pemimpin2nya.

Hanya ahli-ahli yang menjadi barisan terakhir untuk mempertahankan perjuangan PAS dari dimusnahkan oleh tangan-tangan jahat dari dalam. Pemimpin datang dan pergi tetapi perjuangan PAS yang berdiri diatas Al Quraan, sunnah, ijmak dan Qias pe4lu dipertahankan. Pemimpin2 yang belok wajib diturunkan dari kepimpinan PAS samada s3cara terhormat atau sebaliknya.

Tanpa Nama berkata...

Untuk makluman, kalu letak dap atau pkr sekalipun, pasti akan tewas. Kalu letak pkr, majoriti bn boleh naik kpd lebih 5000

Tanpa Nama berkata...

Hudud wajib laksanakan sama ada pkr dan dap setuju atau tidak. Tak buat kita sama2 tanggung dosa. Masalahnya bukan kita tak mampu tapi sebab takut hilang kuasa

Tanpa Nama berkata...

Sabda Rasulullah s.a.w: "Seorang Muslim (yang baik) adalah yang tangan dan lisannya tidak menyakiti orang lain." (HR. Bukhari)

Agak2nya TGHH patuh tak hadith itu?

Tanpa Nama berkata...

Macai tuang president parti barua

Tanpa Nama berkata...

amanah dan tdak berbohong pun wajib dan merupakan asas yg kuat utk mewajibkan hudud

skg bukan masa utk berckp psl hudud Lebih sedih kita kena mulakan dr mula

In respond to
Hudud wajib laksanakan sama ada pkr dan dap setuju atau tidak. Tak buat kita sama2 tanggung dosa. Masalahnya bukan kita tak mampu tapi sebab takut hilang kuasa

bat8 berkata...

Anon 11:24

Woit samdol!.....PAS nak laksanakan hudud yang mana satu? ENAKMEN HUDUD TERENGGANU KE ENAKMEN HUDUD KELANTAN?

Nko tak tahu oe ENAKMEN HUDUD TERENGGANU YANG DIBUAT OL3H KERAJAANG TUANG PRESID3NG DULU, KINI DAH BERADA DIDALAM TANGANG KERAJAANG UMNO TERENGGANU! Kerajaang Terengganu dah buat keputusang tak akang melaksanakan enakm3n hudud Terengganu ini! Agak-agak dengan PAS menjadi pembangkang di DUN GANU, PAS b9leh ke laksanakan hudud di Ganu.

Siapa yang menghalang perlaksanaan enakmen hidud Terengganu di Terengganu? PKR dan DAP ke ? Bodoh nalmpus punya orang!

Atau PAS Nak laksanakan enaomen hudud di Kelantan? Nko lupa ke Nik Amar telah serah Enakmen Hudud Kelantan kepada UMNO/Kerajaan Najib semua sekali sampai dengan habuk2 hududnya. Sekarang Enakmen Hudud Kelantan pun PAS dah takde kontrol!.....yang pemimpin lelaki PAS ada hanya telor 2 bijik yang depa dok bawa kehulu kehilir je!

PAS MANA ADA HUDUD LAGI! S3MUA HUDUD PAS DAH ADA DALAM TANGAN UMNO!

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK KEPADA PUAK UG YANG TELAH MEMBERI HUDUD-HUDUD PAS KEPADA UMNO SEBAGAI " MAHAR PERKAHWANANG" DENGAN UMNO PADA SUATU HARI NANTI!

Tanpa Nama berkata...

Menkritik dan menegur pemimpin pas bkn bermakna kita membenci mereka ttp kita sayang mereka....mcm kita tegur anak2 kita yg buat salah....cuma para pemimpin atasan pas tu perlulah lihat sekeliling....ambil iktibar dr permasalahan yg timbul ini....jd kan panduan dn formatkan semula/ restructure semula ikatan dlm pas. ...bg mendpt sokongan jitu diperingkat akar umbi....otherwise....klu x buat....mgkin pas terkubur pd pru14 ....

Tanpa Nama berkata...

Di Ganu....majoriti islam pun tolak hudud. 2004....pas lulus hudud 2008...kalah teruk. Patutnya org Ganu terus undi pas.

Tanpa Nama berkata...

Yaa... setuju dgn tuan, PAS tak bersalah.. cuma segelintir pemimpin cari makan yg buat huru hara dlm Pas.. jgn burukkan nama Pas dikalangan pengundi islam dan bukan islam... singkirkan mereka!!!

Tanpa Nama berkata...

Kes mb masing2 ada hujah .yg nak kuatkan pakatan jgn saling menyalahkan. x selesai. Pas kalah tu biasa utk pilihanraya kecil.dap pun kalah di tk intan.yg waras ni kita kuatkan paktan.tinggalkan org yg asyik bersengketa.yg ikhlas tetap menang.adakah kita nak pilih umno dari pas. Pas mungkin persepsi nampak kasar tapi majoriti integritinya bagaimana.yg mana lebih utama kita pilih.alau tidak sampai bila bn berkuasa. Kita yg rugi.

air gunung berkata...

Tuan bat8.
Hebat sungguh pemimpin PAS sekarang.mcm sama taraf khalifah Ali karramallahuwajhahu.kira masa ustz asri YDP PAS dulu dia tahap abu bakr or umar r.anhuma.ahli2 parti dibwhnya mcm umar ali ustman dll.tp kena flying kick jgak almarhum dgn geng2 setahap sahabat.so tghh n the geng mcm sayyidina Ali ibnu abbas ibnu umar ibnu zubair.ahli n penyokong bawah serta rakyat ni mcm rakyat zaman tu lah.ala2 marwan bin hakam n the ummayyah geng.tp saidina ali masa dia berperang dgn muawwiyah ada dia tuduh lawannya itu khawarij or syiah lebih kurang ala2 komeneh n jual pil khudddaa kaa?

Tanpa Nama berkata...

Menang kalah prk itu biasa tp hakikatnya ramai yg kecewa dgn pas...

Tanpa Nama berkata...

Setuju....lain kali sebut PAS UG bukan PAS...

in response to Parti PAS takde masalah, pemimpin PAS yg byk buat masalah. Harap maklum. Parti PAS masih boleh dipulihkan, buang pemimpin bermasalah, selesai., by Anonymous.