22 Nov 2010

Peluru Dari Langit 2 : Anwar Gagal Dapatkan Laporan perubatan

Mahkamah halang Anwar dapatkan laporan perubatan

Perbicaraan kes sodomi melibatkan Datuk Seri Anwar bersambung hari ini selepas ditangguhkan selama sebulan dengan satu keputusan oleh hakim Mahkamah Tinggi Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk tidak memberikan nota klinikal oleh tiga doktor yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada pembelaan.

Mohamad Zabidin berkata beliau memutuskan demikian memandangkan pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan untuk mendapatkan nota berkenaan.

Permohonan yang dikemukakan pembelaan itu hanya berdasarkan gerak hati untuk menonjolkan percanggahan dalam keterangan Mohd Saiful, saksi utama dalam kes berkenaan, katanya.

Mohamad Zabidin juga memutuskan bahawa laporan perubatan daripada doktor HKL itu diterima sebagai bahan bukti walaupun menerima bantahan daripada peguam Karpal Singh.

Karpal berkata beliau akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan dan memohon penangguhan kerana perlu mengemukakan satu usul di Dewan Rakyat hari ini.

Permohonan berkenaan dibenarkan Mohamad Zabidin yang menangguhkan perbicaraan sehingga jam 12.30 petang. -mk


Ulasan GB

Kita tunggu lagi selepas ini kerana Al-Quran menegaskan:

"dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi.. Ya Tuhan Kami tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau..” (Ali Imraan: 191)

"Dan apa saja musibah (kecelakaan) yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan allah mema'afkan sebagian besar (dari kesalahan kesalahanmu)." (As-Syuura' : 30)


GB dah kata pun sebelum ini, peluru dari langit ini akan tiba juga:

Menang Tapi Takkan Senang Sampai Kiamat

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wah... GB pun gembira bila DSAI hadapi kesukaran. bagus GB, bagus. :) Kami semua memerhati.

Edyes berkata...

Pemilihan 2010 Tidak BERSIH !!

Unknown berkata...

Anon 4:37

Siapa cakap begitu kecuali anda?

GB hanya peringatkan sudah bahawa apa yang menimpa DSAI itu adalah hasil perbuatan tangannya sendiri, bukan orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya bersetuju dgn ulasan GB di atas. Hanya yg beriman tak menipu. Yang tak beriman akan sentiasa memikirkan penipuan dan Allah akan menipudaya kembali.

Apa yang menimpa DSAI sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua.

Tanpa Nama berkata...

setuju dengan anon 4:37... kita sentiasa memerhati tulisan GB

Tanpa Nama berkata...

Kenapa GB nampak menggelabah dan nak marah2 bila Anon 4:37 cakap macam tu..? Relax la. Takkan kena kritik sekali dah menyirap satu muka. Anda fikir anda peringatkan orang. Tapi sy rasa anda menghentam orang. Bak kata Anon 9:04, kita sentiasa memerhati tulisan GB.