22 Nov 2010

Campurtangan Serius Dalam Pemilihan, Anwar Tidak Lagi Layak Meneraju PR

Laporan pemilihan: Ada 'campurtangan serius' Anwar

Satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Datuk Seri Anwar Ibrahim kini tersebar di internet.

Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November itu, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Badrul Hisham ketika dihubungi mengakui ia salinan surat sebenar yang ditulisnya tetapi ia bukan aduan pertama.

Bagaimanapun, katanya, surat itu seharusnya tidak didedah pada umum.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.

Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

* Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".

* Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).

* Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

* Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.

* Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".

* Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan." -malaysiakini


Ahli Parlimen Ipoh Timur (Lim Kit Siang) berkata PR juga berhadapan dengan risiko jika pakatan itu terlalu yakin dengan menganggap bahawa perjalanan mereka untuk menawan Putrajaya daripada penguasaan BN sudah tidak boleh “dihalang lagi.”

“Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti dengan segera memulihkan kehilangan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat, bukan sahaja ekoran kekalahan di Galas dan Batu Sapi, tetapi juga daripada masalah-masalah dan pergolakan dalamalam parti-parti Pakatan Rakyat,” tegas Lim.

Lim berkata pemimpin-pemimpin PR sewajarnya dengan segera mengatasi kesemua masalah yang wujud sekarang dan mengembalikan keyakinan awam yang terhakis.

Justeru kata beliau, PR tidak boleh selesa atau memandang mudah cabaran serius dan ancaman yang diperlihatkan oleh BN sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
-petikan TMI


Ulasan GB

Jika di dalam partinya sendiri beliau boleh menipu, apatah lagi nanti apabila berkuasa di Putrajaya. Bukn saja PKR, PAS dan DAP pun akan ditipu sama. Ini amat merbahaya.

Justeru itu, Anwar sudah hilang kredibilitinya sebagai Pemimpin PR. Beliau perlu digantikan segera.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn saranan GB, DSAI perlu ditukar.

Anwar sama macam Ibrahim Ali, menipu TGNA.

Apabila telah dapat apa yg dikehendakinya, TGNA akan dikencingkannya.

Kita lihat isu Galas. Sewaktu PRK Galas, PKR lansung tidak membatalkan kempen Pemilihannya sedangkan TGNA siap beri cuti lagi kepada suluruh Kelantan utk rakyat Kelantan tunaikan tgjwbnya utk mengundi.

PKR sibuk dengan kempen pemilihan partinya menyebabkan PR tewas di Galas.

Tanpa Nama berkata...

tengok muka 3 orang tu pun aku dah menyampah...

Tanpa Nama berkata...

Sekarang, semua media memainkan peranan, untuk menentang & menjahanamkan PR, dgn attack PKR, dgn pelbagai berita, termasuk Blogger, yg pro PR, semakin hari dah semakin lain nadanya, cuba muhasabah, & tarbiah semula, apa perjuangan sebenar, jika ada masalah, gunakan saluran yg sbnrnya, jgn kita lupa ape yg terjadi sblm2 ni..