23 Nov 2010

Ahmedinajad Lelong Kereta Peugeotnya

Presiden Iran lelong kereta Peugeot miliknya

TEHERAN - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad akan melelong kereta Peugeot 504 yang dimilikinya pada 1977 untuk tujuan kebajikan, lapor sebuah stesen televisyen semalam.

Wang hasil lelongan kereta itu akan diserahkan kepada projek perumahan Mehr untuk penduduk yang berpendapatan rendah.

"Kereta itu akan dijual dalam satu lelongan antarabangsa," kata Menteri Kebajikan dan Keselamatan Sosial, Sadeq Mahsouli dalam laman web televisyen tersebut.

Selepas beliau dipilih menjadi Presiden Iran pada 2005, antara aset yang diisytiharkannya ialah rumah di kawasan kelas pertengahan berusia 40 tahun di timur Teheran dan kereta Peugeot berwarna putih.

Pada Februari lalu, Menteri Perumahan, Ali Nikzad menyatakan, kira-kira satu juta penduduk Iran layak untuk mendapatkan rumah kos murah itu. - AFP

Ulasan GB

Sekadar itu dua asset milik seorang yang bergelar Presiden iaitu sebuah rumah sederhana berusia 40 tahun dan sebuah kereta Peugeot seperti gambar tertera.

Bandingkan harta yang dimiliki oleh ADUN-ADUN atau MP-MP di negara kita...

4 ulasan:

cicit ngah layor berkata...

GB, Jangan ler dibandingkan dengan MP dan ADUN kiter jer, kalau dibandingkan dgn ketuer bahagian kiter pon Presiden Iran tu kalah.

Tanpa Nama berkata...

GB, apa kata kita bandingkan pulak berapa jumlah bini menteri kita dgn bini presiden iran ni.

Termasuklah bini haram dan kekasih gelap semua tu....

Tanpa Nama berkata...

kalau Bini PM nak lelong apa pula agaknya?

Unknown berkata...

Bini PM kita cukup dengan lelong Beg tangan dah cukup dah....