Segamat: Seorang anggota polis parah dengan 30 peratus badan melecur selepas van yang membawa seorang suspek kes dadah berlanggar sebuah treler minyak sawit menyebabkan kenderaan pihak berkuasa itu hangus dalam kejadian di Kilometer 63, Jalan Muar-Segamat, dekat sini semalam.
Kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu turut menyebabkan suspek kes berkenaan serta dua lagi anggota polis cedera ringan, manakala pemandu treler tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Mohd Ali, berkata kejadian berlaku ketika van terbabit membawa seorang suspek kes dadah dari Mahkamah Tinggi Muar ke Mahkamah Sesyen Segamat.
Katanya, Koperal Mat Kamarul Rosli Nordin, 46, yang parah kini dirawat di Hospital Segamat, manakala Lans Koperal Badaruddin Hashim, 26, yang memandu van dan Lans Koperal Shuib Borhan, 45, cedera ringan dan menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.
“Pemeriksaan awal mendapati Mat Kamarul Rosli terbakar kira-kira 30 peratus, tetapi keadaannya dilaporkan stabil. Turut dirawat di hospital sama suspek kes dadah berusia 49 tahun yang cedera ringan di tangan kanan dan kaki kiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, kejadian berlaku ketika anggota polis membawa suspek kes dadah yang sebelum itu menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Muar mengikut Seksyen 39B tetapi dipinda kepada Sesyen 39A menyebabkan kes dibawa semula ke Mahkamah Sesyen Segamat.
Abdul Majid berkata, siasatan awal mendapati van polis cuba memotong treler membawa muatan minyak sawit itu tetapi gagal lalu cuba masuk semula ke laluan, tetapi melanggar bahagian sisi lori terbabit sebelum terbakar sebaik semua mangsa keluar dari van berkenaan. -BH

4 ulasan:
kebaikan RON95, biar rakyat mampus, bila kemalangan kenderaan akan terbakar?
pemimpin UMNO guna kereta mewah tak guna RON95, rakyat guna RON95 mudah terbakar..
dah banyak kemalangan kenderan terbakar dan kemalangan jiwa, BN masih pertahan RON95
ramai terkorban kereta terbakar bila kalangan guna RON95, hanya rakyat mati bukan pemimpin?
Catat Ulasan