23 Okt 2010

Nama Anak Rais Disebut Di dalam Satu Kes Melibatkan Sebuah Syarikat Telekomunikasi

Mahkamah Tinggi pagi semalam mendengar satu kes yang merlibatkan sebuah syarikat telokkonukasi, dimana nama anak seorang menteri yang bertanggungjawab terhadap industri berkenaan telah disebut.

Dino Rais (gambar), anak kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, telah dinamakan di dalam affidavit yang difailkan oleh ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Nor dan Nor Aishah Harun terhadap responden Magic Telecom Sdn Bhd, Sejahtera Saluran Sdn Bhd dan Looh Siong Chee.

Afidavit berkenaan menyatakan pada Januari tahun ini, Looh, seorang pemegang saham dan pengarah Magic Telecom, telah mengemukakan cadangan kepada Abdul Razak supaya Dino diberikan lima peratus pegangan saham di dalam Magic Telecom bagi memudahkan untuk memperolehi kelulusan dan lain-lain lesen yang diperlukan oleh syarikat berkenaan.

Afidavit berkenaan juga menyebut kedua-dua membenarkan penglibatan Dino untuk membantu pekerja-pekerja lain di dalam Magic Telecom dari Jan hingga Julai.

Di dalam petisyen yang difailkan, Abdul Razak dan Aishah telah mengemukakan sesalinan EGM bertarikh Okt 11, yang ditandatangi oleh Looh.

Abdul Razak, di dalam petisyen itu, juga menyatakan beliau percaya EGM tersebut telah dipanggil dengan niat yang tidak jujur.

Beliau menyatakan sekalipun memberi notis pada Okt 4 kepada Looh lain-lain pengarah Sejahtera untuk menghalang dari mengadakan sebarang EGM kerana Sejahtera bukan pemegang saham Magic Telecom yang sah tetapi hanya sekadar peminjam sementara, beiau tidak mendapat sebarang jawapan dari Looh.

Abdul Razak menyatakan beliau percaya tindakan Looh memanggil EGM adalah untuk memanjangkan tujuannya mengambil-alih Magic Telecom melalui Sejahtera.

Satu petisyen asal telah difailkan oleh Numix Engineering Sdn Bhd, Abdul Razak dan Aishah terhadap Magic Telecom, Sejahtera Saluran dan Looh pada Okt 8.

Kenyataan di dalam petisyen berkenaan termasuklah satu injunksi menghalang atau Sejahtera Saluran dan Looh dari menggunakan apa-apa kuasa dan hak sebagai pengarah atau pemegang saham Magic Telecom dan juga untuk mengisytiharkan penerbitan tambahan sebanyak RM4 juta, yang telah diperuntukkan pada 21 Julai, 2010 dalam saham biasa bentuk di dalam Magic Telecom sebagai batal dan tidak sah.

Beliau juga memohon satu perintah penetapan pendaftaran saham Magic Telecom untuk melupuskan pemegangan saham Sejahtera Saluran sebanyak RM4j di dalam Magic Telecom. -malaymail

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah den dak bilang dulu-dulu kek kamu Raik, esok lusa kita tahulah ceritonya. Namo pun dah hebat, kalau den, den pakso anak tu guna namo Melayu jo, ada jugok budayo kito. Tulah ... dah den kobarkan dulu maso d-zaman 46 lagi, nak berceramah tu sonang ajo, nak buek tu hoi kalah buek penganan. Cormat-cormat la sikik Raik, yang suko kito tu ramai, yang meluat pun apo kurang nyo. bawak-bawak lah besobar, insallah semuanya baik.

Silap anak bukan silap kito. Lagi pun anak sekarang bukan nak dongar cakap orang tuo. Dimain-mainkan sajo jadi eah.