Mayat Peneroka Rentung Dalam Ladang Sawit
JEMPOL: Seorang lelaki berusia 60 tahun, peneroka Felda Raja Alias 1 di sini maut dalam satu tragedi misteri apabila kereta yang dipandunya terbakar di satu lorong terpencil dalam kebun sawit dekat rancangan Felda itu pada pukul 9.30 pagi Jumaat.
Menurut Ketua Polis Daerah Jempol Supreitendan Mohd Sabri Muhamad, mayat Abd Aziz Hashim ditemui rentung dalam kereta Proton Iswara yang sudah hangus dalam keadaan tertiarap di bahagian pemandu. "Kematian Abd Aziz diklasifikasi sebagai kes kematian mengejut kerana tidak ada unsur jenayah yang ditemui buat masa sekarang," katanya.
Katanya, ada saksi yang mendengar letupan kuat dari kawasan itu yang terletak kira-kira 1.5 km dari jalan utama.
Ketika disiasat, kereta mangsa telah pun terbakar, katanya.
Mayat Abd Aziz dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat. - BERNAMA
Ulasan GB
Ada sesuatu yang meresahkan rakyat mutakhir ini - iaitu - di dalam beberapa kes yang melibatkan kemalangan kenderaan jalanraya terutama kereta, didapati kebanyakannya berkesudahan dengan kereta "terbakar".
Banyak pihak kini meletakkan terhadap wujudnya hubungkait penggunaan minyak RON95 dengan kebakaran kenderaan yang berlaku itu.
Berikut ialah beberapa insiden kebakaran yang berlaku mutakhir ini.
Walaupun setakat ini belum ada sebarang bukti untuk mengesahkan wujudnya hubungkait diantara kebakaran kenderaan dengan penggunaan minyak RON95, namun ianya perlu sangat diberikan perhatian oleh pihak berwajib.

1 ulasan:
RON95 membunuh rakyat
Catat Ulasan