Wakil Melaka dakwa 7 kelemahan program transformasi
UMNO Melaka semalam mendakwa tujuh kelemahan dikenal pasti dalam program transformasi negara, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang dijangka merugikan bangsa Melayu pada masa depan.
Wakilnya, Datuk Hasnoor Sidang Husin, berkata antaranya tidak ada agenda khusus dan mantap bagi memastikan ekonomi Melayu dilaksana secara berkesan, tidak mengambil kira faktor keadilan sosial dan keharmonian kaum serta menetapkan 40 peratus orang Melayu berpendapatan rendah.
Selain itu, katanya, dasar baru itu mengamalkan konsep liberalisasi dalam semua sektor yang akan menguntungkan golongan yang kuat iaitu bukan Melayu, mengurangkan peranan kerajaan dengan memberi keutamaan kepada sektor swasta dan lebih kepada kadar pertumbuhan berbanding pengagihan.
"Sebarang model, rancangan yang ingin dilaksanakan, ia perlu mengambil kira kepentingan orang Melayu. Dalam kita mengejar kemajuan dalam negara, jangan sampai orang Melayu jadi pengemis dalam negara sendiri, membiarkan daging dinikmati orang lain sedangkan bangsa Melayu dapat tulang sebagai makanan," katanya membahaskan usul ekonomi di sini, semalam.
Katanya, pasaran terlalu bebas akan meninggalkan kesan kebencian kepada kaum yang memonopoli sehingga menimbulkan keadaan negara yang tidak stabil.
Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meneliti pelaksanaan dasar itu secara berkesan tanpa kompromi dengan membentuk satu sistem ekonomi bersandar kepada keadilan sosial dan komposisi kaum iaitu Bumiputera 67 peratus dan bukan Bumiputera 33 peratus.

4 ulasan:
Adakah yang dok cakap tu sanggup "mendermakan" sedikit hartanya kepada Melayu yang miskin? Yang AKU risaukan ialah kita senantiasa mengucap, berkata, menyatakan pendirian kita yang kita sayangkan Melayu tapi bila bertembung kepentingan terutamanya dalam bidang ekonomi, kita yang sapu dulu sehingga kita lupa "sedekah" sedikit kepada saudara kita. Selepas kita salahkan kaum lain atas kemiskinan Melayu kita.
AKU dah muak dengan pandangan puak UMNO yang selalunya cakap tak serupa bikin. Cakap bagi sedap dengar bagaimana mendengar lagu alunan M. Nasir. Sedap dengar aja.
Dalam soal keadilan, kita sendiri tak mampu berlaku adil kepada saudara kita. Jadi di mana letaknya hak kita berbincang tentang keadilan sejagat? Dah lebih 50 tahun kita berusaha, kita masih tidak mampu berubah. Bukankah itu adalah takdir Allah swt? Adakah kita nak berlagak seperti Tuhan? Lebih-lebih kita bukan saja Melayu tapi ISLAM sebenarnya. LU FIKIRLAH SENDIRI.
Satu lagi usaha menyalahkan orang lain - Sindrom Mengelak dan Menuduh.
Banyak kali AKU dah nyatakan, jangan sekali-kali kita menyalahkan orang lain kalau kita sendiri tidak mampu berbuat sesuatu.
Kita dah diberi kuasa memerintah begitu lama dan masih tak mampu membantu bangsa kita, sepatutnya kita bagilah peluang itu kat orang lain seperti PAS atau PKR untuk memerintah. Mungkin mereka ni ada ilham dan tindakan yang lebih baik yang dapat membantu Melayu kita. Daripada kita dok asyik menyalahkan bangsa lain, kan lebih baik kita undur dengan terhormat. Bangsa lain pun macam bangsa kita juga, masing-masing ingin menjaga kepentingan bangsa masing-masing. Kalaulah kita menyalahkan mereka atas kegagalan kita, sudah tentu kita akan dipandang hina dan dipandang rendah (mamat subsidi). Bukankah kita yang memegang tampuk pemerintahan. Kalau dengan kuasa yang ada pun, kita tak mampu menolong bangsa kita. Tak ada alasan untuk kegagalan tu?
hanya lakonan dalam persidangan UMNO rakyat ditindas dahulu, pemimpin utama hidup senang
bantu rakyat dianggap cari populariti, bila bantu kroni dan keluarga dianggap bantu negara?
Catat Ulasan