23 Okt 2010

Polis Lepaskan Tembakan Selepas Keretanya Dipotong

Gara-gara cuba potong memotong ketika memandu kereta, seorang lelaki cedera di punggung selepas dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi semalam di Batu 2, Jalan Kuala Krai dekat sini, mangsa yang berusia 20-an itu terpaksa dikejarkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II akibat kecederaan yang dialaminya dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi (gambar) berkata, kejadian berlaku ketika mangsa bersama dua rakannya menaiki kereta jenis Perodua Kancil melalui Jalan Kuala Krai.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kereta Perodua Kelisa yang dinaiki dua anggota polis terbabit.

“Pada masa sama berlaku potong memotong dan secara tiba-tiba anggota polis terbabit dikatakan melepaskan beberapa das tembakan ke arah kereta mangsa. Tembakan itu mengena bahagian punggung dan mangsa mengalami luka,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, pemandu kereta yang dinaiki mangsa kemudian berhenti di tempat kejadian dan anggota polis terbabit kemudian keluar dari kenderaannya lalu memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Selepas kejadian anggota polis terbabit kemudian melarikan diri dan mangsa kemudian dibawa ke HRPZ II oleh rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Kota Bharu.

"Sebaik menerima laporan, polis Kelantan membuat semakan terhadap kereta Perodua Kelisa dan mendapati kenderaan itu milik seorang anggota polis yang berusia 28 tahun," katanya.

Menurutnya, anggota polis terbabit bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan datang ke Kelantan untuk urusan perbicaraan di mahkamah.

“Polis Kelantan juga sudah menghubungi IPD Pekan dan memaklumkan mengenai kejadian itu,” katanya.

Katanya, pihaknya kini mengesan anggota polis terbabit dan sudah mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota berkenaan.

Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh. Jika sabitkan kesalahan boleh dipenjarakan sehingga 20 tahun,” katanya. -SH

12 ulasan:

zaid Ampang berkata...

Nampak macam salah polis tapi ini kes terpencil, bukan memberikan gambaran keseluruhan perkhidmatan polis. Selamat menjalankan tugas.

Tanpa Nama berkata...

padan muka..

Tanpa Nama berkata...

kes terpencil pala hotak

Tanpa Nama berkata...

kes polis sebegini memang kes terpencil, tetapi kes polis tembak orang awam BUKAN kes terpencil.

Penyalahgunaan kuasa dan pistol semakin menjadi-jadi keblkgn ini. Perlu ada peraturan dan kawalan terhdp penggunaan senjata api.

z berkata...

Anon 1.18 kes ni memang terpencil, rasional la bro jangan ikut perasaan. Bro ada belajar matematik ka ?

Tanpa Nama berkata...

polis makin berani......sbb dilindungi oleh pemimpin.....melampau2 plak polis la ni....suka2 je nk tembak org...

Tanpa Nama berkata...

kerja kt kelantan..
tembak org kt kelantan..
ada kes perbicaraan kt kelantan..
naik kereta sendiri (kereta awam)
polis ni siapa... kenapa boleh bawa senjata. polis ni dalam tugas ka...
untuk menghadiri kes perbicaraan kena bawa senjata ka...
ketua balai tk tau ka anggota ke kelantan dan bawa senjata... naikan lagi elaun polis kerana boleh bawa senjata keluar stesyen

Tanpa Nama berkata...

Barangkali dia mabuk atau khayal. Walau bagaimanapun melepaskan tembakan sehingga mencederakan memang amat tidak patut sekali hanya kerana adegan potong memotong. Sekarang siapa yang susah tentu diri sendiri. Tak ada siapa nak cover.

Tanpa Nama berkata...

KPN baru atau lama perkara sama berulang, ganti kerajaan lagi baik...

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tak juga salah polis ni menembak...mungkin melindungi diri sendiri...cuma tak berbaloi tembak dgn pistol....sebab alang-alang je tu...lain kali bawak la mesingun ke tembak sampai hancur. Sebab polis ni depa punya kuasa buat apa saja sesuka hati, tak de masalah tembak je la apa-apa.
Lain kali jgn saja orang memotong tembak....asal ada je org guna jln raya ke. apa-apa saja lah tembak je...bagus juga tu boleh masuk dalam rekod acara latihan menembak tahunan.

Tanpa Nama berkata...

apa punya otak la.. dah bape byk org awam kena tembak masih kes terpencil. Gua penah skali potong memotong kete ada topi polis kat belakang cermin kete. Bila gua mahu potong third times dia tunjuk gari. tak tahu la polis ke tak tapi ada topi dan gari.. Polis Raja di Msia.

Lim pulau balik berkata...

Anon 11.09 memang la kes terpencil, awat tak tau ka nak gabungkan penggunaan matematik dan pengetahuan am. Kena kira la sama yg polis dok terpacak tengah panas, operasi tengah malam buta. Ni mesti sekolah tak abis ni.... anon memotong pada tempat garisan berkembar kot takpun anon melebihi had laju padan depa tunjuk gari....
Yang nyata depa berjaya membuatkan anon memperlahankan kenderaan, ok la tu.