6 Jun 2015

[VIDEO] Usul Putus PAS-DAP, Mat Sabu Letak Jawatan Dalam K'jaan PP


Mat Sabu lepas jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang

Mohamad Sabu yang sering didakwa tidak sehaluan dengan presiden parti mengambil keputusan melepaskan jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan menggesa ahli PAS lain mengambil langkah sama, susulan keputusan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.

Bekas timbalan presiden PAS itu mengumumkan meletak jawatan sebagai pengarah dalam Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Penang International Halal Hub.

"Saya akan letak jawatan dalam PBAPP dan lembaga pengarah halal hub.

"Saya ikut cakap ulama, kalau tak, saya dikata tak ikut cakap ulama," katanya dalam ucapan penggulungannya pada Muktamar Tahunan PAS ke-61 di Kuala Selangor hari ini.

Semalam, muktamar tersebut meluluskan tanpa dibahas usul Dewan Ulama PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP dan pada masa sama, kekal kerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP berkata peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan negeri akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana ia tidak mempunyai sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri. -TMI


PP tak sabar tunggu peletakan jawatan PAS

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meminta semua wakil PAS yang menduduki jawatan dalam kerajaan negeri supaya meletak jawatan.

Kata Lim, tindakan itu perlu dibuat selepas muktamar PAS meluluskan usul supaya parti itu memutuskan semua hubungannya dengan DAP.

"Peletakan jawatan yang dijangkakan daripada wakil PAS dalam kerajaan Pulau Pinang akan diterima dengan segera tanpa soalan kerana tiada sebarang impak terhadap kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Lim, beliau menikmati hubungan kerja yang mesra dan baik dengan kebanyakan wakil PAS dalam kerajaan negeri.

Bagaimanapun, katanya, individu yang mewakili PAS terbabit perlu melepaskan jawatan masing-masing atas alasan etika dan moral.

"Adalah suatu yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik bagi mereka untuk kekal dalam kerajaan negeri yang diketuai oleh saya dalam kapasiti saya sebagai Setiausaha Agung DAP, apabila Muktamar PAS telah memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Usul ulama sensitif

Semalam muktamar menerima usul daripada Dewan Ulama PAS untuk parti itu memutuskan hubungannya dengan DAP.

Bagaimanapun PAS mendakwa mereka akan kekal dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Usul berkenaan diterima tanpa dibahaskan atas alasan ianya "sensitif".

Kata Lim, walaupun tiada perdebatan dibenarkan semasa muktamar untuk usul "sedemikian penting", kepimpinan PAS yang baru berhak untuk mengemudi parti mereka dengan cara yang difikirkan wajar, sama ada melalui demokrasi atau autokrasi.

"Saya tidak akan mengulas tetapi menyerahkannya kepada PAS untuk menjawab kedudukan bercanggah mereka apabila PAS memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal dalam PR sedangkan PR terdiri daripada ketiga-tiga parti DAP, PKR dan PAS.

"PR berfungsi atas konsensus semua tiga parti dan tidak ada satu parti pun boleh membuat keputusan bagi pihak PR.

"Namun PAS mempunyai kebebasan dan hak untuk memutuskan hubungan dengan DAP," katanya.

Antara lantikan dinikmati ahli PAS di Pulau Pinang ketika ini ialah di peringkat kerajaan tempatan dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK).

"Kestabilan, kesinambungan dan kredibiliti kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan terjejas akibat ketiadaan wakil PAS dalam kerajaan. DAP dan PKR masih menikmati majoriti dua pertiga," katanya.
-mk



ULASAN GB

Tahniah Mat Sabu. Sekalipun beliau mempunyai hubungan akrab dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, tetapi di atas rasa tanggungjawab dan bertika, dengan usul Dewan Ulamak yang memutuskan hubungan PAS dan DAP, Mat Sabu mengambil langkah meletak semua jawatannya di dalam kerajaan Pulau Pinang.

Itu membuktikan kejujuran di dalam perjuangan.

Kita menunggu mereka di Pulau Pinang dari kumpulan yang mehokong Haji Hadi berbuat perkara yang sama.

52 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hbs punah ranah...kasihan ahli pas penang dh la satu seat saje d pmtg pasir, bahana usul x fikir implikasi oleh ulmak tarbus nie....slmt cari kja baru ahli pas penang

mohd shahran berkata...

mana golongan ulama di pp. kenapa tak letak jawatan tak malu ke makan duit cina laknatullah dap. cakap beria2 tapi takut kantong kosong. ulama macam ni perlu wala?

Sam Sung berkata...

Salam gb,
Ulamak2 sampul berani ke hilang puluh2 ribu..kahkahkah
Abg mat terbaiiikkkkk

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Tuan Mat Sabu. Dalam konteks usul yang dibawa dupp maka inilah contoh tindakan bijak merealisasikan hasrat pas menerima usul tersebut tanpa bahas.

sewajarnya yang pertama buat ialah wakil pemuda pp yang jd ahli lembaga pengarah sebuah kolej kerajaan negeri ygbukan main berdegar mempertikaikn kerajaan pp...

Dupp ni macam tk melihat realiti apa keuntungan yg pas dpt di pp...perkembangan dakwah melaui masjid dan surau makin hebat di bawah kerajaan pr pp. Inilah peluang besar pas dalam usaha dakwah.

Nak buat usul ikut kehendak dan demi memuaskan hati sendiri mmg mudah...usul sudah diterima...puas hati dan sekarang mat sabu telah menunjukkan jalan politik beretika dan berhemah...ayuh ikutlah.

Tanpa Nama berkata...

Salute Tuan MAT SABU Tunjukkan Orang-orang Prfessional LEBIH Faham akan makna MENGHAYATI ISLAM YG SEBENARNYA:

Sepatutnya geng-geng UG Lah buat Dulu,Tapi mereka terlalu TAMAKKAN KEBENDAAN,Orang utara kata KEMARUK/KEBULUQ PIANG.

Saya akan Tengok ,Tunggu Geng UG kat selangor ISKANDAR SAMAD,Hang Kemarok Tak jAWATAN EXCO (MERANGKAP TIMBALAN MENTERI BESAR SELAGOR).
diHARAP Jawatan-jawatan ini di berikan kepada orang-orang profesional yg bena-benar jujur mebantu rakyat/PR. TAK GUNA KITA BERSANGKA BAIK ,LAGI TAKUT "NGERI" PR11 MENGHANTUI PR14 KELAK.

SYABAS,SYABAS,SYABAS...ABG MAT SABU...TUAN "CAKAP SERUPA BIKIN" Kita nak tengok pulak ulamak (CHAI) yg dipulau pinang..kenapa tunggu MAT SABU Dulu...

Malaysiabaru berkata...

Nasihat iklas saya kepada y.a.b azmin Ali

Esok hari Isnin mohon minta suarat perletakan jawatan semua ajk exco glc PAS

P.s jgn jadi pondan jgn jadi TSKI

Lakukan sebelum PKR memecat azmin Ali !

Tanpa Nama berkata...

Kami ahli Pas meminta semua ahli Pas yg memegang jawatan dalam kerajaan Dap sila letak jawatan, minta presiden Pas istihar keluar terus dari gabungan PR, kita minta Pas berdiri sendiri tampa gabungan dengan mane2 parti termasuk umno, kalau Pas hendak juga bergabung dengan umno, maka jelas Pas bukan lagi parti Islam, tapi parti sekular yang berkulitkan Islam, kami ahli biasa dibawah ini sangat keciwa dengan apa yg berlaku dalam muktamar yg lepas, rasanye setakat ini sajalah kerja dan susah payah kami dlm gerak kerje Pas selama ini. Selamat menjalankan kerja pada wakil yg baru.

Tanpa Nama berkata...

Langkah abg mat membuktikan beliau berjuang bukan kerana wang dan pangkat..terbaik abg mat..

Saiful berkata...

abang mat jgn risau rezeki ada dimana..makan rumag saya pun boleh...la ni nak tgk geng serban..datuk man..dok jaga duit berjuta2..jkkk..ahli majlis..segala macam letak jawatan..lepas ni nak buat majlis agama..dah kena isi borang..hanatq komtar..apa ra..punya akai...

Tanpa Nama berkata...

Benar...seoatutnya gang UG dari masa kempen dulu letak jawatan...ini tidak....Abg Mat Sabu yg letak jawatan dulu. Gang2 UG cakap begitu
itu pandai mau putuskan hubungan dgn PAS tapi bila bab melantak/jawatan...tak...tolak pulak.

Mmg jenis bahana ularmamak ni...

air gunung berkata...

Kah kah kah.kena main dgn abg mat jer pepuak nuuunnn.paaaadan muka.tp ade ker reti malu geng tuu..tgok la nanti..ader laa sabdaan dan firmanan serta hujjah qias putar serban terbalik kopiah.tak caye tunggu laaaa

Omar Daud berkata...

Langkah pertama Mokhtar Senik ulamak (CHAI) yg mengusulkan perkara ini, sudah memakan diri sendiri, baru diistihar menang dgn bongkaknya mengusulkannya. Tapi pelik dgn PKR boleh pula,ooops terlupa di selangor ramai exco ugPAS.Nak discuss dlm mesyuarat tertup pulak. Nampak sangat pelik bin ajaib. Woww rupa-rupanya di Selangor ada lubuk EMAS,

TGHH SELALU KATA KITA KENA IKUT DASAR ISLAM, DAP TAK IKUT DASAR,PKR ADA IKUT PERLEMBAGAAN ISLAM KA!!PKR PARTI SECULAR MACAM DAP semua mengarah ka GOOD GOVERMANCE ,Menerapkan nilai-nilai suci murni islam,membela rakyat.memajukan ekonomi negara,menghapuskan rasuah, bezanya, DAP MELAYU SIKIT/PKR MELAYU RAMAI, samanya parti pelbagai bangsa.

SEBENARNYA KALAU ULAMAK2 (CHAI) TAK TAMAK,MEBERI LALUAN PRO ISLAM BUAT KERJA INSYALLAH MUNGKIN 50 TAHUN ATAU 100 TAHUN LAGI...BARU BERJAYA. Takkan ULAMAK-ULAMAK (CHAI) TAK MEMAHAMI AL-QURAN KOT NABI IBRAHIM DAPAT MERIALISASIKAN "DOANYA" SELEPAS 3800 TAHUN MUNCULNYA SAORNG RASUL YG MENDAPAT RAHMAT ALLAH DAN SEMENANJUNG ARAB YG KERING KONTANG TERDAPATNYA TANAMAN YG SUBUR,AIR ZAM-ZAM DARI LANGIT,DAN MUTIARA HITAM YG TAK KERING KONTANG SEHINGGA HARI INI. TUGAS ULAMAK SEBENARNYA (PEWARIS NABI) dan diumpamakan QURAN BERGERAK.. MELAKUKAN APA NABI2-BUAT MENJADI CONTOH TAULADAN DAN "BERDOA" DGN IKHLAS INSYALLAH ALLAH AKAN MAKBULKAN.INI TIDAK ULAMAK BEREBUT-REBUT DGN JAWATAN DUNIA YG SEDIKIT MACAMANA DOA ALLAH NAK MAKBULKA, SEDANGKAN ULAMAK(CHAI) SENDIRI MEMIJAK-MIJAK AL-QURAN DGN MELAKUKAN LARANGANNYA. WASSALAM.
'""

Tanpa Nama berkata...

Tar Snake punya kerja.... ha ha ha.... ulama mercun punya kerja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Abang Mat letak jawatan semasa DAP sedang attack Presiden Hj Hadi SEBELUM Muktamar dulu, rasa2nya undi Abang Mat taklah seteruk dan sepelik undi Abang Mat dapat baru2 ni.

Malahan, ada can menang pun.. Lawan dia tu bukan sehebat Abang Mat pun. Mistake Abang Mat ialah Abang Mat tidak tunjuk 'protes' diatas penghinaan yang LGE lakukan terhadap Presiden Pas dengan meletak jawatan, walaupun pada dasarnya Abang Mat tidak suka cari gaduh dengan Dap.

Apapun, saya mengharapkan Abang Mat akan membuat comeback satu hari nanti.

Tanpa Nama berkata...

Puncanya sebab malas datang mesyuarat.lepas tu buat keputusan suka hati dia.org pun ada hak nak marah.sekarang ni sama2 kem dah gaduh.geng marang pun tak setuju usul tanpa bahas.dupp ni awat akal panjang sejengkal jer.

Tanpa Nama berkata...

Jika lakukn sesuatu itu kerana Allah pasti Allah bersama orang yg benar tetapi jika selaian dari itu tunggu sahajalah azab Allah akan datang menimpa orang2 yg zalim..

Tanpa Nama berkata...

minggu depan isytihar tinggalkan PAS, bawa sekali bekas-bekas pimpinan.
Selepas letak jawatan bawa Kak Wan ke pentas dan isytihar masuk PKR.
Sokongan golongan muda 100% dikaut abe Mat. Biarlah pentas PAS ditinggalkan, dari kita mati kering sakit jiwa.
Pastikan PR gabungan PKR/DAP membuat kejutan dalam PRU 14.

Tanpa Nama berkata...

Dah lama aku perhatikan Abang Nat. Ada kelas. Ahli-ahli PAs yang lain memegang pelbagai jawatan di Pulau Pinang tak rasa malu ka? Sayang no nak lepaskan jawatan yang ada gaji atau elaun ratus-ratus dan ribu-ribu. Takpa kalau takda kerja boleh berhijrah ke KT meniaga kepok leko!!

Tanpa Nama berkata...

Good decision abg mat ..apa macam UG silakan
Inilah dikatakan buat sesuatu tanpa guna akal waras..otak letak kat lutut..
menang sorak jawatan terbang..
so geng ug pp sila ikut mat sabu,,jgn tangguh ..berani buat tanggung sensiri.
akibat mulut pulus terbang.. sayonara

Tanpa Nama berkata...



Apa lg mau tunggu chao chao CHAO lorrr!

Abg Mat wajib wajib & WAJIB lari jauh2 drp "AKIDAH" sikakiFITNAH itu!!

Aku berDOA' & beharap..

Abg Mat dpt ajar sbnr7MAKNA-ajar kpd walaon2-FITNAH yg jjik itu

Suruh depa semua KELUAR drp PR

Suru depa angkat kaki diPenang & diSelangor

Sbbnya.. sikaki-FITNAH-tolol itu tlhpon sgt2 kuat brsendirian!

Inilah jd nya..apb otak2-TOLOL gred3 pon tak lepas mmbuat prhitungan



Seandainya

Seandainya diadakan IQ-test diantara Abg Mat & Hadi Awang, aku sgt7YAKIN bhw IQ Abg Mat jauh berCAHAYA & dpt mngatasi dgn sgt7MUDAH trhadap IQ pmFITNAH yg sgt7GELAP lg sgt7TOLOL itu



PERCAYAlah..

Disisi ALLAH hakikat diri Abg Mat jauh lebih mulia & tinggi berCAHAYA brkali2 ganda brbanding dgn kehinaan-GELAP "akhlak-AKIDAH" pmbawaFITNAH yg mnjd bapakFITNAH yg berBELIT2 serta berPUTAR ddlm lobang yg sgt7GELAP yg sgt7PENOH dgn dendam kesumat itu!

DASAR

DASAR kpd FITNAH itu adalah RASUAH!

Abg Mat sgt7BENCI & mlawan RASUAH habis2an..sbaliknya Hadi tak habis2 DAP DAP DAP & DAP..BARUA & pilkuda sbg-FITNAH yg mnjd musuh ilusinya utk mnipu mngkaburi ummah..

syabas Abg Mat..amiinn

Tanpa Nama berkata...



Apa lg mau tunggu chao chao CHAO lorrr!

Abg Mat wajib wajib & WAJIB lari jauh2 drp "AKIDAH" sikakiFITNAH itu!!

Aku berDOA' & beharap..

Abg Mat dpt ajar sbnr7MAKNA-ajar kpd walaon2-FITNAH yg jjik itu

Suruh depa semua KELUAR drp PR

Suru depa angkat kaki diPenang & diSelangor

Sbbnya.. sikaki-FITNAH-tolol itu tlhpon sgt2 kuat brsendirian!

Inilah jd nya..apb otak2-TOLOL gred3 pon tak lepas mmbuat prhitungan



Seandainya

Seandainya diadakan IQ-test diantara Abg Mat & Hadi Awang, aku sgt7YAKIN bhw IQ Abg Mat jauh berCAHAYA & dpt mngatasi dgn sgt7MUDAH trhadap IQ pmFITNAH yg sgt7GELAP lg sgt7TOLOL itu



PERCAYAlah..

Disisi ALLAH hakikat diri Abg Mat jauh lebih mulia & tinggi berCAHAYA brkali2 ganda brbanding dgn kehinaan-GELAP "akhlak-AKIDAH" pmbawaFITNAH yg mnjd bapakFITNAH yg berBELIT2 serta berPUTAR ddlm lobang yg sgt7GELAP yg sgt7PENOH dgn dendam kesumat itu!

DASAR

DASAR kpd FITNAH itu adalah RASUAH!

Abg Mat sgt7BENCI & mlawan RASUAH habis2an..sbaliknya Hadi tak habis2 DAP DAP DAP & DAP..BARUA & pilkuda sbg-FITNAH yg mnjd musuh ilusinya utk mnipu mngkaburi ummah..

syabas Abg Mat..amiinn

Tanpa Nama berkata...

Bravo Mat Sabu mu lah sebenar2 pejuang.[Mat Indra].Kami aktivis Pas akan tetap bersama kamu.Maruah kena pertahankan.Puak2 lebai bila lagi nak letak jawatan?Kalu puak2mu ada maruah letak jawatan segara.Jangan sampai ore kata puak mu lapar pitis.

Tanpa Nama berkata...

Presiden dan ulama baruanya punya kerja... menyesal bagi undi pada pas

faqqirulkhoir berkata...

Mad, salaam. Nampak macam HANG dok layan perasaan sangat. Jgn dok ingat apa yg jadi ni teruk sangat, kan seluruh dunia ni andainya senilai harganya dengan sayap nyamuk, sudah tentu Allah s.w.t. tidak akan memberi barang seteguk pada orang2 kafir: lebih korang maksud hadith, riwayat Attirmidzi. Mai Mad, kita ni pon musafir saja, berehat sat sebelum teruih jalan. Kita ni tua dlm perjuangan, berehat sat, dan akan teruih berjuang... mohon InsyaAllah Dia akan ambik kira sebagai 'amal solih. Ma'a salamah.

Anti Fitnah berkata...

Helloooooooooo Anon June 6, 5:43 PM,

DAP kata depa tak mahu berkawan dengan Presiden hangpa yang khianat pada perjuangan PR dan bukannya parti PAS. Ini hangpa bukan nak putus hubungan dengan LGE atau LKS tapi dengan parti DAP. Aku dah kata dah. TG Hadi tu bukan PAS dan ianya salah satu unit dalam PAS. Kalau tak ada TG Hadi pun, PAS tetap bergerak dengan izin Allah swt. PAS bukan Hadi dan Hadi bukan PAS. Begitu juga Melayu tu bukan Islam dan Islam tu bukan Melayu.
Tapi nak buat macam mana, orang yang usulkan perpisahan tu pun tengah dok makan habuan dengan kerajaan DAP. Haramjadah sungguh. Dasar munafikun. Orang inilah yang sepatutnya letak jawatan terlebih dahulu apabila DAP tak mahu berkawan dengan TGHH. Tapi ini tidak, cakap macam guruh di langit tapi hujan tak turun-turun.
Ulama bagus tapi ulama yang mana tu bagus? Ulama yang tuduh tanpa siasat, memberi gelaran dengan tujuan mengaibkan orang lain, .... Ini ulama maksumkah atau ulama pewaris nabi? Nabi mana yang diwarisi tu? Kulup bin Peliaq??????

Ridd berkata...

The legend MAT SABU ...Salute...! Terbaeek , berkualiti...dan di Segani parti lawan.

What next abg Mat....we have to move tapi bukan dgn kapal Hadi dan Abduh.....nanti "aduh" sakit nya kita kembali. Do something ....... I always supporting you..! Greta job..well done....be Gentle...that is Mat Sabu

Tanpa Nama berkata...

Tahu tak ...sape punca kecelaruan ini semua... punca nya adalah MOKHTAR SENIK........dia la musibat yg bawa usul.....hahhh...kan dah terlajak perahu.....ehhhh..bole gostan kot......puiiiiii

Tanpa Nama berkata...

Geng ug penang.....letak sekali ydp majlis agama islam...ahli dewan bandaran..ahli majlis perbandaran....jkk....imam masjid....jwtn glc negeri....

ape!!!!! Awat hang kelupoq....letakla .....x malu ke

wan amero berkata...

Kpd abg mat sabu kami menunggu tindakan susulan abg mat.Percayalah benih yg baik dibuang di laut menjadi pulau dibuang di hutan menjadi bukit.Teruskan perjuanganmu.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak PAS tuduh Pulau Pinang pinggirkan orang PAS tak bagi jawatan. Ah....sekarang PAS sendiri dah putuskan hubugan dgn DAP, apa lagi nak tunggu - letak jawatan saja le.

wan amero berkata...

Puak2 ustat tok cukup inci memang jenis lapar pitis guuu.
Mohd haniff harun Din Ayam Iskandarpuki samad solehan terencat tolong letak jawatan kalu tidak sah jenis pelahap lapar pitis...bual besar bulehlah

Tanpa Nama berkata...

Hasil pertama usul ulama2 PAS telah menampakkan hasil dari Abang Mat! Syabas Bang Mat Sabu! I love you very much!

Tanpa Nama berkata...

Salut bg Mat terbaek!!! Sekarang kita nk tgk grouo UG /ulama kat Selangor sanggup ke lepaskan jawatan mereka kat Selangor jugak...yelahhh GLC kt selangor dorang pegang jawatan beso tapi amboi mak dok kutuk YAB bukan main ,malahan boleh ek dengan kami ahli PKR bawahan ni,lagi satu nk buat meeting ngan EXCO PAS kemain lagi susah....piidah ,konon nk putus ngan DAP,tp dgn PR masih lagi.dok peluk tak lepas jawatan beso kt SUK..aitttt boleh lagi spin pasal takut elaun EXCO atau kerusi empuk kt GLC hilang,YAB Azmin,mohon anda tunjuk kebijaksanaan,kasi ajar talam dua muka...kami ahli dn penyokong bawahan dh muak dengan pemimpin 2 sarban dan jubah,tp dlm jubah ada lutut dn siku tajam yg nk menyondol saje,bahasa pun lansung tak mencerminkan akhlak seorang yg kononnya bergelar ostaz..malu malu !tambahan tuan tuan dan puan semua ,satu lagi golongan Pemimpin 2 UG ni siap bila meeting ngan kita rakyat marhaen ni,ie ala la sorang tu yang dok pegang bawah sikit jawatan dari MB,bila meeting ngan dia,amboiii siap peluk tubuh semedang,20 tahun saya dok keja korporat first time tengok,bahasa badan macam ni...terkedu,begitulah sombong,ego dan bongkak nya golongan ni,yg dolu dolu keja cikgu la,jual komputer la,keja biasa -biasa tetiba la ni jd beso nye jawatan..huhuhu haru haru negeri kami dibuat dek geng ostad ni gila doit dan pangkat ni!!!ingat PRU14 kami humban mereka yg beso kapla tak kira dari parti mana pun...

Tanpa Nama berkata...

Inilah jiwa pahlawan sebenar

Tanpa Nama berkata...

Correction sikit, tiada timbalan mb di selagor.

Juga pas selangor mesti pemgecut pula kata dap yang jahat kena Letak jawatan. Pas semua orang baik. Butktiya, pas Ada ulama suci mulia, satu satu parti di negara AJK semua ulama ulama suci mulia.

Dap, sila Cepat Letak jawatan exco selangor, biar pas suci mulia dan umno ambil alih

jojoe berkata...

Makan dalam tu Abg Mad..he2.. Sabar dgn ujian ini. Ada hikmah yg besar Allah nk tunjukkan. Wait n see..

Tanpa Nama berkata...

Bila lagi berhambuslah tak tau malu.... kalau tak tau malu, ini bukan akhlak ulamak tetapi ulam makan

hussain lempoyang berkata...

Tahniah hj mat, inilah lambang orang yang ikhlas dalam perjuangan dan pejuang tulen bukannya pejuang kantong berisi, pada saya yang bodoh politik ini ,apa yang saya nampak yang berlaku dalam pas hari ini adalah perebutan jawatan demi kuasa yang nampak sinar cahaya dimasa depan, dan bukannya soal dasar atau soal hudud,takkan dalam ramai-ramai pro ulama tak tahu rang undang- undang hudud persendirian yang di bawa hj hadi akan tersekat oleh perlembagaan malaysia. Apa yang saya nampak dia orang memang bentangkan undang-undang hudud yang tak lengkap hanya sebagai satu umpan untuk golongan profesional dan rakan pakatan buka mulut bagi meraih sokongan perwakilan..dan jelas sekarang ianya dah berlaku dan pro ulama menguasai parti,sama ada ug akan terlaksana demi jawatan yang diimpikan kita akan tunggu dan lihat...tapi saya percaya jawatan dengan niat tak ikhlas paling tidak hanya akan selepas pru ke 14, dan pada masa itu mereka ini akan hilang lenyap dan yang tertinggal hanya orang seperti hj mat sabu yang akan bertungkus lumus membaiki kerosakan yang ditinggalkan......

Hafetz Ali berkata...

Pkr=umno...2x5...patut nye post la citer umno...yang GB ni bukak pekong...bukan main sokong cina nampak...apa yg ulama buat semua salah.komen aje boleh la bro,ckp diorg xpndai politik...ko pndai ke GB??

otoote berkata...

sapa yg kata cek kena letsa jawatan tuh....berani habaq mai depan cek nih....esok cek kuar PAS...isi jorang Dap...
hehehehahshaHAHSHSHAHA....padan muka cek

Tanpa Nama berkata...

Next... PKR + DAP + Parti baru yg diketuai oleh Ahmad Awang, Mat Sabu dan Husam - PASCHAI = Gabungan Pakatan Rakyat yg baru... apa mcm?

Tanpa Nama berkata...

Nok protes mcmana kalu doh memang betul perangai dia huduh...

Tanpa Nama berkata...

Org dah herdik, letaklah jwatan. Org herdik kerana jawstan dlm parti dah tiada, tak berbaloi jika dibelai pun, tak memberi laba. Budi dan jasa terdahulu org tak kenang. Politik berniaga tak kenal saudara. Bila tiada sengat utk diperguna, bye bye lah.
Cubalah faham dan kenali warna wahai anak cucu cicit. Ibu bapa kandung jua akhirnya yg ikhlas mendakap kita.

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal PASCHAI...satu jea nak tanya...din ayam bila nak letak jawatan?

Tanpa Nama berkata...

Selepas Mat Sabu umum Letak Jawatan Dalam Kerajaan DAP Pulau Pinang, Selepas LGE suruh orang2 PAS letak jawatan Dalam Kerajaan Pulau Pinang,.. PAS kata pulak, TAK BUAT KEPUTUSAN RASMI LAGI untuk MEMUTUSKAN Kerjasama dengan DAP.

Berat 66, Berat 66, Berat 66.

Doh nok putus....putus laa, kalau dah rasa hebat sangat..
Takut hilang Jawatan dan Kepentingan pulak ker.

Di Selangor menyusul...

Kalau berfikir dengan kepala LUTUT....
ALLAH beri OTAK untuk berfikir, Bagaimana islam tersepit dan mengalah di perjanjian hudaibiah...akhir nyer menang. Nabi guna Akal walaupun Baginda seorang Rasul yang sesuci2nya...kalau nak bandingkan dengan kita hamba kebanyakan

Tanpa Nama berkata...



.
Dewan Ulama PAS Pusat memutuskan hubungan dengan DAP dan pada masa sama, kekal kerjasama dengan PKR dalam Pakatan Rakyat (PR).
Sepetutnya...
Kalau DUPP bijak dan ikhlas usul tersebut berbunyi begini ' PAS memutus kan hubungan dengan DAP tetapi kekal dalam Pakatan Rakyat'

Jangan nak babitkan PKR dalam pertelangahan PAS DAP. Dan jangan jadikan satu alasan bodoh, konon kerana PKR, DUPP putuskan untuk masih bersama PR. Apa DUPP buat bila Anwar menghadapi tuduhan liwat di mahkamah.? Selama dalam menghadapi dugaan berat ini, siapa dan berapa kali ahli DUPP telah hadir bacaan yasin dan doa selamat di kediaman Anwar?

Orang yang handal tafsir Al Quran akan menguna kemampuannya dengan mencari ayat-ayat lain yang dapat menjelas kan sesuatu itu dengan lebih tepat. Malah sehingga mereka merujuk pada kejadian yang terjadi pada ketika ayat tersebut di wahyukan.

Bukan sahaja hal agama tak boleh di bahas malah hal dunia pun dah tak boleh di bahas. Seolah-olah perkataan dunia pun hanya ulama yang layak mentafsirkannya.

Apa tafsiran dan maksud Pakatan Rakyat ? Pakatan Rakyat bukan nya hubungan antara Presiden dengan Presiden parti tetapi pakatan antara parti. Memutuskan PAS berkerjasama dengan PKR bukan bermaksud PR boleh terima PAS. PR ialah PR, PKR ialah PKR.

Nak senang cerita PKR kena membuat pendirian mengenai hudud dengan menjelaska hudud tidak mengikut perlembangaan seperti yang Menteri UMNO katakan. PKR kena minta PAS menangguhkan hudud, Kita tenguk adakah PAS akan meneruskan kerjasama dengan PKR.

Atau sebaik-baik nya PKR dan DAP melantik Ustad Ahmad Awang sebagai Penasihat PR sementara Anwar menjalani hukuman penjara.

Jika PKR berani PKR terpaksa terang-terang menolak kerjasama dengan PAS kerana PAS tidak menyokong keputusan PKR dalam perlantikan MB dan memulaukan prk Permatang Pauh.

Azmin adalah MB PR dan bukan nya MB PKR. PKR tidak akan dapat kerusi MB tanpa sokongan DAP dan dua ahli PAS..

Kepada Allah kita kembalikan.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Mat Sabu jilat kaki presiden sekalipun, kalau nama tak keluar dalam chai... memang jawat tak tak dapat juga... ingat tuan berahim nak sangat potong kambing ke kalau kalah?

Tanpa Nama berkata...

Adat Lebai Malang yang tamak... terlajak perahu bolehlah buat u turn, telajak kata buat dan terima usul tanpa bahas dalam muktamar... soru missssss.

Ha ha ha chai lagi.... dapatlah kepimpinan cacamarba..... padan muka lu padan muka aku sebab masih jadi ahli PAS.... tapi prinsip aku kalau pemimpin tak betul aku hentam serupa saja.

Tanpa Nama berkata...

Xde beza ulamak pro umno dgn parasit...semuanya ad dunya

Tanpa Nama berkata...

BANG MAT BIJAK NK MENGAJAR UG DAN MEREKA YG PUTUSKAN HUBUNGAN DGN RAKAN2 PR.

BANG MAT PERLI PEDIH DAN BISA TU PADA GOLONGAN YG MENYOKONG UG BAWA REBAH.

KALAU TK NNTI BANG MAT AKAN DITUDUH SEKONGKOL DGN DAP PENANG. LGE FAHAM NIAT BANG MAT LETAK JAWATAN TU.

selepas PAS memmutus semua hubungan dgn PR, kita nk tgk pula adakah umno akan membuka pintu kepentingan2 mereka utk dianggotai UG PAS.

kita tunggu je. siaplah anda semua menanti tayangan video2 lucah masing2 yg disediakan oleh umno. akan ramai lagi saifool2 utk pemimpin2 PAS nnti.

hadi kata dia menilai umno apa hyg nyata dizahirkan.

wah hebatnya. bila masa ada kenyataan dan bukti kukuh dizahirkan yg 2 adun PAS selangor itu dibeli?

patutlah hadi boleh baik dgn iran syiah sebb hadi menilai dpd mulut manis mereka yg mengkafir sahabat2 Nabi rdh dan membunuh umat Islam.

Tanpa Nama berkata...

Yg Masih tak letak jawatan mula tak Malu /
Kuasa besar dlm perlembagaan Pas dah sebulan Suara putus hubungan dgn DAP .
Nak tunggu Suara umno pulak ke .

dr moyuma berkata...

Amru al as akan turun bersama.