29 Sep 2010

Media Keadilan Juga Hentam Zaid, Mana JPP?

Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naib

Seperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Manakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini.

Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini.

Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16) manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan.

Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini.

Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan.

Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (26), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor,
Datuk Chua Jui Meng (11).

Dr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden.
Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan.


KEADILAN Boikot Utusan Tapi Zaid Beri Pujian
Oleh Wfauzdin NS

Nasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim agar semua calon yang bertanding di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hendaklah berhemah, beradab dan berdisiplin nampaknya masih tidak didengari oleh beberapa calon yang menawarkan diri. Sebelum ini terdapat calon yang memperlekehkan pucuk pimpinan parti, mencipta berbagai isu yang tidak masuk akal tanpa bukti yang jelas semata-mata untuk menunjukkan kehebatannya agar dipilih memegang jawatan yang ingin ditandinginya.

Saya fokus kepada Datuk Zaid Ibrahim, kerana bagi saya beliau banyak menimbulkan kontroversi sepanjang kempen pemilihan di dalam KEADILAN.

Lebih-lebih lagi beliau akan bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden kononnya untuk memulihkan 'kuasa' Presiden yang dikatakan olehnya sebagai 'boneka' itu.

Itulah hebatnya Zaid kerana dengan jawatan Timbalan Presiden boleh menentukan 'kuasa' Presiden!

Kehebatan Zaid diserlahkan lagi oleh beliau sendiri yang menganggap Anwar hanyalah 'ahli biasa' di dalam parti kerana jawatannya selaku Ketua Umum tiada termaktub di dalam perlembagaan dan organisasi parti.

Bukan beliau tidak sedar mengapa jawatan Ketua Umum itu wujud di dalam parti dan semenjak bila ianya wujud.

Anwar diiktiraf sebagai Ketua Umum bukan sahaja oleh ahli-ahli parti bahkan oleh rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat. Benar, jawatan itu tidak wujud di dalam parti tetapi beradabkah Zaid apabila menganggap Anwar hanya 'ahli biasa'?

Persoalannya, jika Presiden KEADILAN itu 'boneka' dan Ketua Umum ibarat 'ahli biasa', siapakah yang selama ini berkuasa di dalam KEADILAN?

Di dalam kita semua berkempen untuk memboikot Utusan Malaysia, akhbar kepunyaan Umno yang tidak pernah duduk diam untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, tiba-tiba Zaid memberi kredit kepada akhbar pencacai itu di dalam wawancaranya.

Inikah sikap seorang pemimpin yang bakal mewarisi kerusi No 2 di dalam parti? Tokoh seperti inikah yang boleh kita harapkan untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya?

Di dalam wawancaranya bersama akhbar tersebut, beliau tanpa berselindung menyebut bahawa stail atau caranya tidak akan berubah semenjak dari Umno hinggalah kini berada di dalam KEADILAN.

Ini bermakna, Zaid tidak mampu untuk menyesuaikan dirinya bersama KEADILAN yang sama sekali jauh berbeza dari politik Umno. Beliau seharusnya sedar di dalam KEADILAN ruang mengkritik pemimpin terbuka luas tetapi mestilah dengan hujah dan fakta yang jelas.

Hentam kromo ikut sesedap rasa bukan amalan di dalam KEADILAN.

Melabelkan Timbalan Presiden Senator Dr Syed Husin Ali sebagai 'nyanyok' bukan cara mengkritik pemimpin. Nampaknya Zaid masih gagal mengubati 'penyakit' yang diwarisinya sewaktu berada lama di dalam Umno.

Hari ini terbukti kita lihat bagaimana akhbar Utusan mengeksploitasikan 'kredit' yang diberi oleh Zaid. Maka berebut-rebut jugalah media TV3 dan RTM untuk menganyang parti yang didukung oleh Zaid ini.

Setakat ini kita patut bersyukur kerana semakin banyak Zaid 'merapu' tentang partinya sendiri, ahli-ahli KEADILAN yang diberi kuasa memilih siapa yang wajar dipilih untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden bijak untuk membuat keputusan.

Kita tidak akan izinkan sesiapa sahaja yang memasuki parti ini dengan membawa 'penyakit' lamanya sewaktu berada di dalam Umno, apatah lagi mengaku tidak akan berubah walau sedikit pun untuk terus merosakkan parti kesayangan kita ini.

Walau bagaimanapun, Zaid boleh terus bertanding kerana beliau pastinya tidak akan di'pancung' seperti dakwaannya. Beliau tidak perlu takut kepada bayang-bayangnya sendiri kerana KEADILAN bukan Umno yang ingin meng'Ghafar Baba'kan sesiapa.

Walaupun beliau sebelum ini berkali-kali berjanji tidak akan bertanding atau merebut jawatan di dalam KEADILAN, tetapi kita masih boleh terima keinginannya untuk bertanding sekarang.

Soalnya, siapakah yang tergamak yang akan memilih pemimpin yang tidak boleh mengubah dirinya sendiri? Bagaimana beliau ingin mengubah ahli-ahli bawahannya? -SK


Ulasan GB

Terlalu ketara kini media PKR sendiri mengambil sikap partisan dengan menyiarkan tulisan seorang blogger anti-Zaid di dalam Suara Keadilan.

Ini satu perlanggaran etika. Mana JPP?


Sepatutnya sebagai media parti, Suara Keadilan tidak sepatutnya menyiarkan apa-apa rencana atau tulisan yang menghentam mana-mana calon.

Zaid diwawancara oleh Utusan jadi isu dan masalah besar. Sepatutnya Suara keadilan atau TVS yang mengorak langkah terlebih dahulu mewawancara setiap calon yang bertanding. Mengapa itu tidak dilakukan?


Utusan pernah mewancara Presiden PAS, tapi bukan bererti Presiden PAS itu memberi kredit kepada akhbar pencacai itu. Utusan juga pernah membuat liputan terhadap kenyataan-kenyataan pimimpin Pakatan (sekalipun senget), namun tidak bererti pemimpin PR memberi kredit atau mengesahkan akhbar rakan karib PR. Beballah jika membuat induksi yang kononnya Zaid memberi kredit kepada Utusan.

Saya bukan menyebelahi Zaid, tetapi saya lihat dari awal lagi Zaid telah cuba disisihkan dan cuba ditekan oleh pihak tertentu yang bersaing dengannya.

Yang cuba menyisihkannya bertindak berlebih-lebihan dimana serangan dilakukan tak ubah serangan UMNO walaupun mereka menuduh Zaid membawa perangai UMNO.

Zaid cuma mengkritik Presiden parti sebagai boneka, itu yang dijadikan sasaran menghentam Zaid semula. Jika pemimpin tak boleh dikritik, itulah budaya UMNO yang sebenarnya.

Ingat, Azmin sendiri pernah mengkritik bekas Ketua PKR Negeri ialah MB Selangor sendiri. Kenapa membisu?

Pencalonan yang banyak diterima oleh Dr. Wan Azizah sebagai Presiden adalah kerana Datuk Seri Anwar telah mengumumkan tidak akan bertanding bagi jawatan tersebut. Datuk Seri Anwar mengambil sikap yang bijak kerana persediaan awal untuk beliau tumpukan terhadap kesnya di mahkamah.

Cabang-cabang menghormati pendirian DSAI, lantas mencalonkan Dr. Wan Azizah yang dilihat "pengganti" terhampir kepada DSAI, untuk menghormati DSAI, bukan pula bererti Dr. Wan Azizah terlebih kanan di dalam hal-hal kepimpinan. Saya rasa Dr. Wan Azizah sendiri mengakui fakta ini dan bersetuju dengan pendapat saya bahawa sebagai "wanita" beliau lebih rela suaminya itu yang menjadi Presiden.

Di dalam hal kepimpinan, Firman Allah. "Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan". (Surah an-Nisa' 34) dima apara ulamak menekankan bahawa al-qiwamah/kepimpinan adalah terlebih utama diserahkan kepada lelaki dengan sebab faktor kekuatan aqal, jiwa dan tubuh badan.

Antara cerita lain pula, kisah sesebuah negara yang diperintah oleh dua orang ratu sehingga negara mereka musnah dan bagi konteks sesebuah negara hari ini, wanita tidak boleh memegang jawatan Presiden sesebuah negara. Dari sirah ini, kita juga dapat mengambil iktibar bahawa wanita tidak berkemampuan untuk menjadi 'ketua' contohnya seperti mereka tidak boleh dilantik untuk "menetapkan perkara-perkara dasar" sesuatu organisasi besar, namun mereka boleh membantu untuk "menggubal perkara-perkara dasar" itu bersama-sama.

Dan saya kata Dr. Wan Azizah akan bersetuju dengan saya bahawa dalam banyak keadaan sebelum ini beliau sentiasa "tersepit" dengan dilemma "decision-making" kerana ada banyak "hati-hati" yang terpaksa dijaga. Ketegasan seorang Presiden tidak dapat digunakan sepenuhnya lantaran beliau seorang wanita. Kelemahan ini dieksploitasikan oleh mereka yang berkepentingan. Kes Chandra Muzaffar dahulu telah menjadi sejarah.

Dan inilah mesej yang hendak disampaikan oleh Zaid apabila beliau menyatakan beliau ingin meletakkan kuasa Presiden di tempat yang sepatutnya.

Zaid bakal tewas hasil perencanaan rapi peringkat tertinggi parti. Apa yang tersiar di Suara Keadilan hari ini adalah bukti.

GB apa peduli, hanya sebagai pemerhati. GB lebih menyukai Mustafa Kamil daripada dua yang lain. Tetapi Zaid teraniaya, maka itu GB membelanya. Pencak Mustafa pula tak berapa menjadi. Tetapi doaku untuk PKR supaya sentiasa tenang mengharungi gelombang. Kita ada tugas yang lebih besar selepas ini. Harapan yang mesti dipenuhi. Putrajaya mesti ditawan tak lama lagi.

"Allahumma, arinal haqqa haqqan, warzuqnattiba'ah, wa warinal batila batilaan, warzuqnajtinabah".

Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kami kebenaran itu kebenaran dan bimbinglah kami untuk menghampirinya dan tunjukkanlah kami kebatilan itu kebatilan dan bimbinglah kami untuk menjauhinya.

"Allahumma kun lanaa wa laa takun alainaa"

Ya Allah berada Engkau di pihak kami bukan di pihak lawan kami

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sekadar mencelah, dalam demokrasi, pemenang adalah individu yang popular, bukan individu yang terbaik. Jika majoriti adalah orang fasik, maka yang menang pun adalah fasik. Jika majoriti yang beriman, maka yang menang adalah yang beriman.

Tanpa Nama berkata...

Selama ni aku selalu bace blog tu,tetapi semakin lame semakin melalut dan haprak dan berat sebelah...penulis tu lah yg bwa perangai umno...

Tanpa Nama berkata...

aku pun, aku dulu respect tulis wfauzdin tuh, tapi skrg ni aku tgk dia lain macam sikit....

hentam orang tak tentu pasal tanpa isi.

aku rasa macam blogger upahan jek

Tanpa Nama berkata...

salam, wfauzdin hanya memetik suara keadilan (SK). beliau seperti juga GB adalah waras dan kritikal terhadap isu-isu pakatan yang menjadi kepentingan umum. saya ada mengulas isu DSAi di sebuah laman pro-DSAI/Azmin dan pengunjung2 blog itu menempelak persis gaya bahasa pemikiran 'gerombolan' - meminjam ungkapan tersohor Hisham Rais dalam merujuk perilaku, sikap UMNO-BN. mengapa begitu jadinya dalam memahami pandangan orang yang ingin berorganisasi seperti zaid. peribadi, menanggap DSAI akan mengulang nasib buruknya, saya kira tidak wajar pesimisme ini dibiar menguasai pandangan partisan pro-DSAI/Azmin semasa tempoh pencalonan PKR. Walhal selagi ia tidak menjadi kenyataan, adalah wajar jika ahli2 PKR dan sekutunya mahu melihat DSAI bertanding jika tidak mahu presiden partinya dilabel boneka segala - suatu persepsi yang bukan persepsi lagi. patah tumbuh hilang berganti - mengingat kata harapan DSAI sendiri - dan hipotesis ini perlu diuji dan dicabar oleh DSAI dan ahli2 partinya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Keputusan pemilihan pemimpin PKR 2010 tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana terdapat usaha menyelamatkan kedudukan pemimpin-pemimpinn tertentu sehingga hak ahli lain dinafikan.

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan.. minta izin cnp komen tuan ini..

Tanpa Nama berkata...

Pendapat sy pula tidak salah bagi blogger wfauzdin menyokong Azmin seperti juga blogger GB menyokong Zaid. Tak de salahnya juga sekiranya media keadilan menyokong Asmin kerana selepas Zaid mendapat liputan media kebangsaan. Siapa yg bersikap partisan kalau hanya setakat menyokong cslon2 masing-masing.

Blogger Wfauzdin bertindak begitu pun selepas Zaid tidak tahu menghormati ketua dan mempertikaikan Presiden dan Ketua Umum. Dan pada pendapat saya juga Zaid bukan seorang team player dan sekiranya beliau dilantik ke jawatan no. 2 saya kira akan berlaku ketidaktentuan dlm PKR.

Zaid bukan tak tahu siapa pengasas PKR...kenapa PKR ditubuhkan dan pada pendapat saya kalau Zaid nak menunjukkan kekuatannya naiklah dari hairaki pertengahan (meminjam kata dari blogger Lubuk Kawah). Biarlah org respek dulu kerja kita dan menilai kerja kita dan dah kekuatan tersemdiri barulah bukak gelanggang.

Dan ingin sy perjelaskan lagi sekali yang Zaid bukan seorang team player yang baik dan sebenarnya beliau tetap dengan keegoannya yang tinggi itu. Semua orang salah, semua orang tak betul. Hanya dia sorang sj yang pandai, hanya sorang dia yg betul dan orang lain mesti ikut.

Kalau orang mcm ni ada dalam parti hanya akan merosakkan parti saja.

Sekian, pendapat saya.

anak klate berkata...

slm semua..cuti raya bru2 ni ana blk ke kelantan.sempat bercerita dgn kenalan ttg isu zaid lwn azmin ni..rata2 kenalan (yg semuanya bencikan umno) memberikan hujah yg hampir sama iaitu 'MENGAPA ZAID PERLUKAN JAWATAN NO2 SDGKN BELIAU DGN MS SINGKAT DILANTIK JD MPP DAN WATAK PENTING BG PAKATAN..NAMPAK TERLALU TERGESA2..ADAKAH ZAID SILENT KILLER YG DIHANTAR OLEH UMNO?KERANA ADA KEMUNGKINAN ZAID BERTANDING BAGI MEMUDAHKAN PERANCANGAN UTK MENJATUHKAN PKR SBLM PRU13'..hmm..jika direnungkan sejenak, ada juga betulnya.tapi klu zaid mmg agen umno, beliau akan mencatat rekod sbg politikus paling jahat dlm sejarah..harap2 beliau bkn begitu..

Tanpa Nama berkata...

haha ..tak berapa ramai yang berani berbeza dan mengambil risiko. yang tak berani berbeza dari arus perdana sebenarnya ramai. rakyat yang peka memang cukup ramai. tapi yang tahu membezakan intan dengan kaca juga cukup ramai. rakyat yang mahukan perubahan bukan sekadar slogan dan muslihat politik akan membuat keputusan yang juga berbeza. berbeza itu tidak salah. ia sangat penting. dan ramai rakyat mahu berbeza dengan teraju utama pkr dalam beberapa hal. but anwar, where's the fair-go? challenge the ideas, but dont harp on ideologues. mature politics is about how good ideas and policies can benefit the people, and ultimately the support for the party. but if you cannot move away from pyrrhic politics of personality, then the discerning folks will stop giving their votes to you or the chosen ones.

mz berkata...

berkenaan dgn wfauzdin sokong azmin- aku sependapat dgn anon yg kata tak salah- sama gak org2 lain yg bg pendapat yg sokong zaid- itulah demokrasi tulen.... semua org berhak utk nyatakan sokongan kepada org yg dia fikir sesuai--- demokrasi yg tak tulin adalah jenis golongan makluk yg rasa dia atau org tertentu shj yg boleh nyatakan sokongan kepada calon-pihak lain tak boleh---sebab itu aku ckp double standard berlaku dkt sini--dan org2 tersebut sedaya upaya berselindung menyatkan hanya puak diorg yg amalkan demokrasi tulen--tp segala tulisan dan pandangan yg dinyatakan jelas juga menyimpang dr demokrasi tulen tersebut.. dan mereka2 ini igt org2 yg membaca dkt internet ni tidak bijak dan bodoh--- yg jelas mereka hanyalah memalukan diri mereka tersendiri dan terserlah sikap double standard tersebut... itu aku general comment...



===========


bro GB,

i want to ask u 3 Question. Pls answer base on your opinion.

1.) do you think zaid akan dapat bawa PKR utk menang PR13 nanti especially bila ramai pakar analysys pilihanraya berpendapat bahawa PRU13 adalh bergantung kepada sokongan Melayu dan sabah/sarawak?.

2.)Kenapa DSAI maintain Khalid jadi MB dan lantik Azmin jadi Pengerusi Selangor ? jawapan ramalan sebab nak prepare PKR election-hehe

3.)Kenapa DSAI tak lantik Jefrey jadi pengerusi PKR Sabah dan lantik org lain tp masih maintain jefrey dkt pusat dan jaga Sabah/Sarawak skali.?

TQ bro.. waiting ur opinion on this.

Tanpa Nama berkata...

Jangan gadoh2...