29 Sep 2010

Ahli UMNO Diseru Sertai PAS - TGNA

Nik Aziz Ajak Anggota Umno Sertai PAS Demi Perpaduan Melayu

KOTA BARU: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mengajak anggota Umno agar menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti tersebut.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain dari PAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 200 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Baharu, di sini, Rabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Ditanya mengenai calon untuk pilihan raya kecil tersebut, Nik Aziz berkata PAS tidak mempunyai masalah untuk memilih calonnya.

"Sebagai sebuah parti yang sentiasa berada dalam persiapan sama ada musim pilihan raya atau tidak, soal calon sudah lama dikenal pasti, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

"Apatah lagi apabila PAS sudah ada kelab penyokong bukan Islam iaitu Cina yang boleh diletakkan sebagai calon jika perlu, cuma ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti," katanya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti Pas meninggal akibat barah usus pada Isnin lepas. BERNAMA

Ulasan GB

Inilah seruan yang sebenarnya! Barulah jelas. Bahawa jika benar nakkan perpaduan, masuk ke dalam PAS. UMNO tak perlu bertanding. Bukan "berkompromi" yang menatijahkan satu untuk engkau, satu untuk aku.

Bersatu Melayu di atas dasar Islam bersama PAS.


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kita sokong pelawaan tok guru terhadap umno buat apa ada banyak parti yg mewakili orang melayu cukup dengan parti pas saja yg mewakili melayu dengan membawa dasar islam sedangkan umno membawa dasar sekular yg dipusakai oleh pehak penjajah dulu.

zuraimi berkata...

maaf GB...

rasanya kalu saya tak silap dengar.. inilah hujah dan pegangan TG Abdul Hadi Awang... semasa di stadium melawati shah alam... pada hari pertama beliau berucap atas kemenangan pilihanraya lepas...UMNO masuk PAS bukan PAS dan UMNO bergabung... UMNO bubar dan masuk PAS....

cuma kadang2 kita terlampau taksub pada seseorang TG kita mencemuh TG yg lain...

tapi tak dinafikan ada segelintir YB2 dlm PAS nampak lain maksud perpaduan nyer...

iswara berkata...

Alhamdulillah.TGNA menyeru bukan saja kepada ahli umno je.TAPI untuk semua yang ngaku dirinya ISLAM dan yang cintakan keadilan/kebenaran berpaksikan ISLAM.Seruan demi ISLAM adalah lebih baik daripada seruan untuk bangsa. Kita tunggu jawapan puak belah sana..

Tanpa Nama berkata...

Seruan TGNA ni baru betul.Zuraimi 4.06pm,agak dah lupa.Memang semasa berucap dipentas TGHA sebut sebagaimana TGNA kata ni.TETAPI dalam sidang akhbar selepas muktamar TGHA sebut pulak Kerajaan Perpaduan.Ini yang telah menimbulkan kemarahan ramai perwakilan dan juga ahli-ahli PAS.Ada faham.

sb dehlawi berkata...

Zuraimi, kalau itu tg hadi kata, mengapa dia cuba pula lontarkan idea kerajaan perpaduan?

zuraimi berkata...

anonymous 6.50...
kalu macam ni ahli PAS memberi penerangan dan menegur orag lain mmmmm jauh lagilah nak mencapai kemenangan yg diredoi Allah...

sb dehlawi...
ana... tak berani nak komen pasal persoalan tuan... tapi bagi ana mudah... mungkin TGH tersilap... atau media putar belit... atau kita sendiri tersilap...

tapi yg penting TGH tak maksum... dia mungkin tersilap dan kesilapan dia bukanlah menjadi tiket utk kita mencemuh beliau... TGH mahupun TGNA.. dua2 ana sayang..

ayat yg keluar dari mulut mereka berdua bukanlah wahyu... masih boleh dibetulkan atau dibincangkan... tapi bukan dijadikan tiket untuk menghina atau mencemuh...

itulah keistimewaan perjuangan ISLAM dlm PAS... penuh adab hormat tapi ketegasan yg berpaksikan sabar kerana Allah... kemarahan kerana Allah...berhujah kerana Allah bukan emosi dan ego melangit...

itu yg menarik ana berjuang utk PAS...

Tanpa Nama berkata...

zuraimi tulis:

"tapi yg penting TGH tak maksum... dia mungkin tersilap dan kesilapan dia bukanlah menjadi tiket utk kita mencemuh beliau... TGH mahupun TGNA.. dua2 ana sayang.."

zuraimi tahu tak seorang Muslim bangun semasa Umar berucap. Katanya jika Umar silap aku akan tegur Umar dengan pedang! Bukan sekadar cemuh Umar, siap diberikan peringatan dengan pedang.

gi ler ke neraka (go to hell) mereka yang mendewa-dewakan pimpinan.