29 Sep 2010

Islam Yang Ajarkah Jika Dah Sampai Ke Peringkat Mencarut?

Namewee lancar album, 50 orang diketuai Perkasa bakar poster

Gambar: Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah membakar poster Namewee di pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi.

KUALA LUMPUR, 28 Sept – Di luar pekarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di Jalan Maharajala di sini malam ini menjadi kecoh dengan kehadiran kira-kira 50 orang termasuk anggota Perkasa bagi membantah tindakan Namewee yang melancarkan albumnya yang dikatakan berunsur perkauman.

Mereka dilihat tiba ke pekarangan dewan itu kira-kira pukul 8.45 malam dengan beberapa dari mereka membawa sepanduk Perkasa dan gambar Namewee yang dibakar (gambar), sebelum melontarkan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namawee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee.

Kira-kira 100 anggota polis termasuk Pasukan Polis Simpanan (FRU) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat mengawal kawasan itu sejak pukul 8 malam ini.

Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah yang mengetuai perhimpunan itu dilihat berunding dengan seorang anggota polis untuk memasuki dewan tersebut, namun dihalang polis dengan menutup pagar dewan itu.

Mereka kemudiannya meminta polis memanggil Namwee keluar dari dewan itu namun tidak diendahkan.

Arman Azhar yang ditemui pemberita berkata perhimpunan itu diadakan bagi membantah tindakan Namewee yang dianggap penghianat terhadap negara kerana menghasilkan klip-klip video dan album yang boleh mencetuskan kontroversi dan perkauman.

“Kami desak, minta dia (Namewee) minta maaf secara terbuka kepada keseluruhan rakyat Malaysia, bukan sahaja pada orang Melayu, atas perbuatan yang dia lakukan. Ternyata apa yang dia lakukan merosakkan muhibah kaum.”

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata perhimpunan itu tidak melibatkan penahanan mana-mana pihak kerana mereka mengikut arahan polis supaya bersurai.

“Kita arahkan mereka bersurai dalam masa 40 minit, dan mereka akur,” katanya. – Bernama

Ulasan GB

Pertama: apakah demikian caranya "Melayu" bertindak? Melontarkan kata-kata kesat dan mencarut? Bagaimana kalau anda-anda yang berbangsa Melayu dicaruti semula? Islam tidak mengajar kita melampaui batas sehingga mengeluarkan perkataan mencarut.

Kedua: Jikalah yang berdemo itu dari Pakatan Rakyat, belum sempat disuruh bersurai, dah pukul, dibalun, disepak, diterajang malah ditahan dan ditangkap.



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bila PERKASA nak demo kepada UMNO yang meminggirkan melayu kelantan selama 50 tahun lebih

Hayat berkata...

Bos..kita kena adil..jika mereka justifikasi carutan dengan gaya Shahnon Ahmad dalam "Shit" bagaimana?

Tanpa Nama berkata...

salam.....yg SN Shahnon tulis tu...sastera...dlm btk penulisan.....jgn pendek akal....tu simbbolik...lambang..gambaran...gaya bahasa.....sistem dan keadaan masayarakat....diterjemah melalui sastera...yg pmenjerit2 di khalayak ramai ni....mencarut...memaki...ni tolol namanya...memalukan Melayu(kononya)....buang masa je...kau org memang suka...jika ada spesis.Namewee nii kt malaysia...blh kau guna...tiup sentimen kaum...mcm lah org x tau...tu tgk...polis2 tu...buat bodoh je...cuba kalau Pas..PKR..Dap..buat demo...dh lama makan asap dah...ni satu lg very clear...double standard punya polis dlm Malayisa...dgn puak2 UMNO..telur dok dlm...dgn pembankang....macam harimau x makan 100 hari...sume dia nk terkam...kalau pembankang yg buat demo tu...satu lori kena angkut dah...hipokrit semua ni....Malaysia memang negara x adl...yang adilhanya buat org2 UMNO dan pemimpinnya saja...tp nk buat cam no...org melayu masih BODOH BERPOLITIK...DAN AKAN TERUS DIPERBODOHKAN....

Tanpa Nama berkata...

HANYA AHLI UMNO BAWAHAN YG BODOH AJE AKAN TERUS DIPERBODOHKAN OLEH PEMIMPINNYA YG SEDIA ADA BODOH. KALAU PANDAI PUN PEMIMPIN UMNI...PANDAI DIDALAM GOLONGAN-GOLONGAN ORG YG BODOH. POLIS PUN KECUT TELOR BILA DENGAN ORG UMNO??? BILA PAKATAN RAKYAT BUAT DEMO....DIBERI MASA 5 - 10 MINIT UTK BERSURAI...TAPI BILA PUAK - PUAK UMNO JAHILIAH...DIBERI SAMPAI 40 MINIT??? KAN LAGI SENANG BERI AJE 24 JAM UTK BERSURAI.....UMNO MEMANG CILAKA?? LAHABAU.....

zuraimi berkata...

40 minit baru bersurai... gila lama....