28 Sep 2010

Video: Kereta Lotus Terbakar Di GP Singapura Kelmarin

Grand Prix Singapura berakhir dengan suram buat Lotus Racing apabila jentera Heikki Kovalainen terbakar pada pusingan terakhir sekaligus menyaksikan kedua-dua pemandu pasukan itu gagal menamatkan perlumbaan.

Jarno Trulli sebelum itu menghadapi masalah kegagalan hidraulik pada lap 26, menamatkan cabaran beliau selepas permulaan yang baik pada awal perlumbaan.

Walaupun dihalang oleh pelbagai rintangan, prinsipal pasukan itu, Tony Fernandes tetap positif.

"Perlumbaan malam ini menandakan satu anjakan ke hadapan buat kami," ujar Tony.

"Kami akan menggunakan semua yang dipelajari hari ini untuk memastikan kami kembali dengan lebih hebat pada 2011."

Kovalainen pula sudah semakin hampir untuk menamatkan perlumbaan sebelum jenteranya terbakar.

"Saya rasa injap pelepas tekanan minyak kereta saya pecah lalu menyebabkan kebakaran tersebut.

"Kami sudah hampir pasti tamat di tempat ke-15 tapi apakan daya, inilah perlumbaan," gurau beliau.

Kekecewaan pula menyelubungi Trulli selepas masalah hidraulik yang seringkali menyukarkan beliau sepajang musim menyerang kembali.

"Permulaan saya agak baik tapi masalah mula timbul lama kelamaan," menurut Trulli.

"Minggu ini agak sukar bagi saya tapi saya berharap dapat menebus kekecewaan di Suzuka, yang merupakan antara litar kegemaran saya." -astroarena



4 ulasan:

Awanama berkata...

Dia pakai minya ron95 kot? Apa le lotus ni, dah tau tak cukup bajet nak masuk jugak.

kembara putih berkata...

Duit panas kot.

Awanama berkata...

pakai RON95 agaknya, banyak kenderaan sekarang, jika kemalangan terbakar...

Awanama berkata...

pemimpin UMNO guna kereta mewah, tak guna RON95, rakyat biar mampus dulu, asalkan pemimpin UMNO selamat