Parti Politik Bersaing Daftar Pemilih Baru
PUTRAJAYA: Parti-parti politik bersaing dalam pendaftaran pemilih baru, dengan lebih separuh daripada 301,653 pemilih baru didaftarkan melalui saluran parti sejak awal tahun hingga Jun lepas.
Sebanyak 56 peratus atau sejumlah 169,850 pemilih baru didaftar oleh penolong pendaftar daripada kalangan wakil parti politik, kata Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Zainal Abidin Mat Said.
Daripada jumlah itu, DAP mencatat pendaftaran pemilih paling tinggi iaitu 55,321 orang, diikuti oleh Umno dengan 54,872 pemilih didaftar manakala Pas dan PKR masing-masing mendaftar 38,618 dan 13,098 pemilih.
Katanya, penolong pendaftar daripada wakil parti politik dibayar RM1 bagi setiap pendaftaran.
Zainal Abidin berkata, selain melalui saluran parti politik, Pendaftaran Pemilih Luar Pejabat dan Program Outreach yang dijalankan oleh SPR berjaya mendaftar 72,434 pemilih baru dan 24,663 penukaran alamat bagi tempoh yang sama.
Pada masa yang sama, kaunter Pejabat Pos turut menjadi pilihan orang ramai mendaftar sebagai pemilih apabila ia mencatatkan 37,142 pendaftaran baru dan 11,903 penukaran alamat.
Zainal Abidin berkata, sejumlah 345,261 pendaftaran pemilih dicatat dari Jan hingga Jun lalu, dengan 301,653 pemilih baru dan 43,608 penukaran alamat.
Daripada jumlah itu, Johor merupakan negeri yang mencatat pendaftaran paling tinggi iaitu 56,663 orang, diikuti Selangor (46,764 orang) dan Pulau Pinang (36,841 orang). - BERNAMA
Ulasan GB
Halo PAS dan PKR, apa sudah jadi?
Daripada jumlah 301,653 pemilih baru:
DAP : 55,321
UMNO: 54,872
PAS : 37,142
PKR : 13,098
Tidak dilaporkan jumlah yang didaftarkan oleh MCA dan MIC, atau SPR terlupa di dalam "grand designnya"?
Daripada jumlah tersebut juga diberitahukan bahawa,
Johor: 56,663
Selangor : 46,764
Pulau Pinang : 36,841
Meskipun tiada angka pecahan parti-parti untuk negeri-negeri berkenaan, namun menilik angka-angka tersebut, ia seperti satu perencanaan UMNO BN untuk mempertahankan Johor, merampas Selangor dan Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.
PAS dan PKR tidak boleh leka. Mesti ada arahan dari Presiden parti untuk mempastikan gerakan daftar pemilih baru parti masing-masing dipergiatkan.
Saidina Ali berpesan: "Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun."

5 ulasan:
PAS dan PKR lembap!!Tapi angan2 tinggi nak rampas Putrajaya!!Jgn jadi Mat Jenin sudah lah!!
lebih baik daftar dari taian umno atau talian bebas spt pejabat pos.
dikuatiri daftar dari talian
'pembangkang' nanti bila time memangkah nama sesat entah kmana.
Esok bila undi dap lebih tinggi dari pas & pkr kau org mulalah nak bersekongkol dgn umno. Hoi melayu... boleh tak buang perangai bangsat tu?
mestikah yg berdaftar dgn sesuatu parti politik itu akan mengundi calon dari parti politik itu jugak dlm PRU? confius aku.
melayu bukan sahaja tak pandai berpolitik, malahan nak beranak pun tak pandai, yang pandai buang anak.
Catat Ulasan