13 Sep 2010

Siapa Bagi "Datuk" Kepada Suspek?

Peguam Disyaki Dalang Bunuh Sosilawati Mahu Sertai MIC

Peguam bergelar Datuk yang merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain bercadang untuk menyertai MIC, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Murugiah berkata, beliau bertemu dengan suspek pada program komuniti Hari Raya di Bukit Cheeding, Banting pada 8 September iaitu tiga hari sebelum suspek ditahan polis.

“Saya dijemput untuk menyerahkan sumbangan yang ditaja beliau (suspek) untuk komuniti orang asli di kawasan itu.

“Ia merupakan pertemuan kali pertama dengan dia. Saya lihat dia seorang yang pemurah dan peramah tetapi tidak menyangka di sebaliknya,” katanya kepada media selepas mengunjungi rumah keluarga Sosilawati di sini.

Murugiah berkata, pada awalnya tiada masalah bagi suspek untuk menyertai MIC kerana suspek merupakan seorang peguam berpendidikan tinggi.

“Saya menasihatkan dia supaya mengisi borang keahlian dan perkara itu akan dimaklumkan kepada Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu,” katanya.

Bagaimanapun jelasnya, MIC tetap tidak akan menerima suspek untuk menyertai parti sekiranya didapati tidak bersalah berikutan rekodnya sebelum ini dipertikaikan.

Menurutnya, MIC mahukan pemimpin yang bersih dan bukan golongan seperti itu.

“Kita hendak buat baik dengan orang, buat baik dengan rakyat, itulah pemimpin yang sepatutnya kita cari dalam parti,” kata Murugiah.

Beliau menambah, kemungkinan gelaran 'Datuk' suspek juga perlu disiasat kesahihannya agar tidak menyelewengkan pemikiran rakyat. -mstar

Ulasan GB

Kita pernah dengan kes-kes dimana darjah bintang kebesaran boleh dibeli. Ada diantaranya pula dengan membuat sumbangan untuk majlis-majlis politik tertentu dan ada pula dengan mempunyai hubungan rapat dengan orang tertentu.

Bintang kebesaran menjadi terlalu murah nilainya. Apa tah lagi apabila dikalungkan kepada penjenayah, menjadikan darjah kebesaran itu terus tercemar dan tidak bernilai lagi.

Ada yang lansung tiada pengurniaan dari sesiapa, tetapi degan berani sengaja menggunakan title DATUK. Lazim dilakukan oleh ahli perniagaan dan politik. Tiada peruntukan undang-undangkah untuk mendakwa pesalah sebegini?

Kalau tak der undang-undang, esok semua boleh panggil Datuk GB. Amacam? Tak sedap? Ok Datuk Seri GB :-)


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dari mana pejenayah tu dapat gelaran Datuk dan atas alasan apa? Gelaran itu perlu ditarik balik kerana ia boleh menyebabkan orang dah tak heran lagi dengan pemilik gelaran Datuk!! Ahli jemaah Datuk-Datuk takkan berdiam diri saja!!!

atat berkata...

Ahli jemaah datuk nak buleh buat apa pasai kebanyakannya tu datuk palsu,alah bukan tak tau m'sia ni,jln cerita dgn skripnya dah buleh baca dah

C++ berkata...

Bhai Tan Seri Dato' Seri Datuk GreenBoc ... (hehehe... geli la nak guna title-title nih)...

Gua rasa aaa... dier tak beli gelaran tue... tapi dier dapat pasai yang bagi pon samer gak level ngan dier.... hanya penyangak jer yang akan baik dengan penyangak yang lain...

Tanpa Nama berkata...

sumbangan hasil kegiatan samun dan bunuh? siapa bagi anugerah datuk?

Tanpa Nama berkata...

Chua Jui Meng ditarik gelaran datuk, tapi datuk ni bunuh orang pun masih di gelar datuk?