21 Sep 2010

Azmin vs Zaid: Blog Anti-Zaid Muncul Untuk Menjatuhkannya.

Kembali kuasa presiden hanya gimik, kata Nik Nazmi

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata

Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi:

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."


Anti-Zaid blog up to down him
By Clara Chooi September 21, 2010

Zaid: For me to save it from people who are not making significant contributions to the reform movement, now that is quite clear since I joined.
KUALA LUMPUR, Sept 21 — Datuk Zaid Ibrahim’s detractors have set up a blog, aimed at attacking the former Umno man as an “outsider” bent to destroy PKR.
The blog, called “Save PKR – do not allow outsiders destroy the party” at antizaid.wordpress.com, saw its first entry on Saturday, just as the hotly contested race kicked off with divisions nominating.

This blog was born out of the intention to save PKR from being destroyed by a person sponsored by greedy and voracious businessmen.

“From today on, this blog will publish exposes after exposes over who this person is. To the readers and whomever who wants to share information on the evils of this person above, please email antizaid@gmail.com,” the entry read.

Four more entries have followed — two yesterday and two more today — alleging Zaid had bought votes, used an Umno daily and a mouthpiece for this campaign.

One entry, posted yesterday, appeared to harp on how Zaid still trailed behind vice-president Azmin Ali, another lead contender in the deputy presidency race, in his tally of nominations from the divisions.

It claimed that the nominations tally showed that members still “loved the party”.

“Money and corruption failed to buy over the loyalty of the members. Funds coming from these greedy and voracious businessmen still has not been able to threaten the loyalty of the PKR grassroots.

“So far, the nominations trend is on the right track. May the division members continue to do the right thing. Do not allow PKR, which was formed since 1999, be destroyed by individuals who only just joined the party in 2008.

“Think about it,” the entry said.

To date, Azmin leads with 39 nominations while Zaid only has about half his count at 19.

Trailing behind is another vice-president Mustaffa Kamil Ayub with six nominations, while the party’s chief strategist Chua Tian Chang has received two, just enough to qualify for the race. PKR elections director Fuziah Salleh and Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim have a nomination each.

The blog confirms Zaid’s recent complaints that he is a victim of unprecedented attacks aimed at destroying his chances in the polls.

He had earlier this month lamented that a prominent blogger was paid to character assassinate him
.

“The blogger was asked to write that I am willing to pay RM20,000 to every division that nominates me and to say that I am working for Tun Daim Zainuddin to destroy Parti Keadilan Rakyat,” he said.

“My loyalty was also questioned by some PKR MPs, but loyalty to whom, it was never explained. Maybe I am not loyal to the party struggle or to the top leadership. I don’t know,” he added.

Zaid, who was briefly the de facto law minister in the Abdullah administration, also claimed that he was warned that he risk being “buried” — the way the late Tun Ghafar Baba had been in the 1993 Umno party election — if he chooses to stay in the race.

Then, Ghafar only received four nominations in that contest and withdrew from the race in favour of Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar’s win saw him replacing Ghafar as deputy prime minister — making him heir apparent to then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

The purported attacks however, have failed to dampen Zaid’s spirits.

When informed of the latest blog “Save Keadilan” today, the 59-year-old leader expressed momentary surprise then laughed it off.

“I kind of expected it... this is an all out attack against me,” he said.

He told The Malaysian Insider that when he put his name forward for deputy president, the smear campaign began.

“That is the theme of the campaign... that I am an outside and the party has to be saved from me,” he said.

Zaid then jokingly added that it was obvious that many leaders were apprehensive of his entry into PKR in June last year.

Zaid caused headlines in 2008 when he broke ranks with Umno over the ISA arrests of DAP’s Teresa Kok and a journalist and also quit his ministerial post. He later joined PKR after he was sacked from Umno.

“But it is ok. I will respond to the attacks as they come but I will not do the same thing. For me to want to destroy PKR does not make sense... for what?

“For me to save it from people who are not making significant contributions to the reform movement, now that is quite clear since I joined,” he said.

Zaid reiterated that he wanted to set up a different political culture in the party and a more goal-based objective to reform the party, sharpen Pakatan Rakyat’s game and subsequently win over Putrajaya.

“So if people do not like that... then... selambalah,” he said, and laughed.

He added that he would not take action against his detractors or urge the party leadership to do so, pointing out that it would be “stating the obvious”.

“They know what is going on, so why should I state the obvious... I don’t know. It is just pointless,” he said.

He also accused the PKR leadership, which is seen to be backing Azmin in the race, of being “elitist” in nature, claiming they were living on “cloud nine” with their beliefs that nominations from the divisions would be enough to help them retain their grasp on the party.

“They think they have the support of the people. If my theory is correct, then political transformation is not about getting a few people’s nominations to contest... it is about the pulse of the people, their livelihood, about what they want,” he said.

Zaid concluded by saying that the latest attack against him would not serve to hurt his campaign, claiming that he still remained confident of his chances.

“I am still reasonably confident that I will win. If, of course, there is a fair counting and fair process, then I am sure I will win,” he said.

Zaid is said to be walking into the race as a one-man-show without the backing of the party’s leadership, which he has alienated himself from. Azmin however, is said to be PKR de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s blue-eyed boy, and has received endorsements from scores of party leaders.

Zaid however, claims to represent the voice of the grassroots, and is said to have a large following from members in Sabah and Sarawak.

The divisions that have not yet cast their nominations are in Selangor, Johor, Sarawak and the Federal Territories. Closing date for nominations is on October 3 and voting will go on from October 29 to November 21. -TMI


Ulasan GB

GB, minta pandangan GB tentang saingan Timbalan Presiden di dalam pemilihan PKR.

Demikian bunyi satu email ringkas dari seorang sahabat.

GB setakat ini enggan untuk campur di dalam hal-ehwal PKR kerana GB bukan seorang ahli PKR yang berdaftar. Tetapi oleh kerana PKR adalah komponen PR maka tidak dapat tidak, GB ikuti juga perkembangannya.

Apabila mengikutinya, GB lihat persaingan kian hari kian gawat.

GB pernah mengulas ini. GB kata:

PKR ialah satu-satunya parti yang multi-etnik. Ia menjadi teras kepada Pakatan Rakyat ketika ini dengan sebab "multi-etniknya" itu. Umum mengetahui, DAP masih berusaha untuk keluar dari kepompong cauvinis kecinaan, sementara PAS terus mengorak langkah berusaha untuk mendapatkan keahlian dari masyarakat bukan-Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru dibentuk.

Azmin dilihat mendapat sokongan dari pemimpin dan ahli PKR yang kebanyakannya "berbangsa Melayu" manakala Zaid disebaliknya.

Bagi GB, PKR perlukan kedua-duanya dan PKR tidak mampu kehilangan salah seorang dari mereka. Tetapi ingat, PKR berdiri tegak selama ini kerana perjuangan "keadilan"nya bukan kerana perjuangan menegakkan "bangsa"nya. Jika kerana "bangsa" dah lama PKR dihumbankan orang ke longkang seperti yang menimpa UMNO, MCA dan MIC. Tetapi masih ada pemimpin PKR sendiri yang masih tertambat dengan sentimen "bangsa" ini.

GB tak dapat menyalahkannya, kerana ia sifat semulajadi yang belum dibentur dan dididik dengan acuan "kebenaran dan keadilan" secara sejagat dan Islami. Pemimpin semacam ini ada dalam PAS juga. Darah Melayu lebih tebal dari darah Islamnya. Sama macam UMNO. Itu sebab di dalam kenyataan-kenyataan mereka, asyik tersasul dan sering memasukkan bola ke gawang sendiri. Tetapi di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS kelmarin, mereka lebih licik dan telah menang!


Masalahnya kini ialah orang yang berjiwa UMNO, baik di dalam PKR maupun PAS menuduh lawannya itu sebagai talibarut UMNO. Ini yang kronik.

Semacam kenyataan Nik Nazmi di atas. Baca perenggan terakhir itu.

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Sedangkan tindakan beliau yang menyerang Zaid itulah sifat UMNO yang sebenar.

Saya tak mahu mengulas panjang kenyataan Nik Nazmi tersebut. Banyak benda yang GB tahu tetapi tak boleh ditulis di sini. Terlalu muda lagi sekalipun cuba berpencak. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim lebih tahu, maka lantarannya beliau digantikan dengan Faekah.

Kini timbul pula blog anti-Zaid. Di dalam persaingan yang sepatutnya merupakan persaingan yang sihat bertukar menjadi persaingan yang begitu hodoh. Kewujudan blog berkenaan menunjukkan buruknya perangai mereka yang menyokong lawan Zaid.

Ia adalah satu perulangan sejarah di dalam pemilihan Timbalan Presiden PAS pada Muktamar yang lalu.

Kumpulan pro-UG mewujudkan laman blog anti-Husam. Diburukkan Husam dengan begitu hebat. Dituduhnya kumpulan Husam dengan pelbagai tuduhan yang lebih busuk dari najis.

Apabila keputusan diumumkan menanglah kumpulan itu. Tetapi "hakikatnya" Husam menang kerana ternyata Husam lebih konsisten di dalam perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Husam bekerja sehari-harian tanpa menghiraukan ada atau tidak jawatan. Sedang yang menang pada zahirnya, sampai kini masih belum berupaya untuk menunjukkan sebarang landmark usaha yang dilakukan untuk PAS selain bising-bising dan asyik tertendang gol ke dalam gawang sendiri.

Begitu, asalkan namanya Melayu, mereka yang bersifat dengki dan iri-hati yang diambil dari UMNO masih ramai di dalam PKR dan PAS.

Ada yang bergelar ustadz, ulamak dan seumpamanya, tetapi perangai Melayu itulah menjauhkan dirinya dari status taqwa.

Itu sebab di dalam Islam dua-dua kena seiring. Syariat dan hakikat. Zahir dan batin. Feqah dan tasawuf. HAMKA berpesan: yang berfeqah tanpa tasawuf, jadilah dia ulamak yang keras hati yang menjauhkan orang dari mendalami agama, manakala tasawuf tanpa feqah, lembut hatinya tetapi sesat. Ulamak juga menyatakan syariat tanpa hakikat hampa, hakikat tanpa syariat sesat adanya.

Jadilah kita seorang pejuang yang sebenar, zahir dan batin, kerana Allah. Betapa lemah pun kita, berdosa macamana pun kita, kita adalah hambaNya dan pengakuan kehambaan itulah taqwa namanya.

Ingatlah bukan semua yang menjadi pemimpin mempunyai rekod silamnya yang 100% bersih. Malah Adam sendiri diangkat khalifah hanya selepas beliau tersalah melanggar perintah Allah. Malaikat yang bersih itu pula yang disuruh sujud ke kaki Adam. Umar Al-Khattab menjadi khalifah terkenal di dalam pemerintahan khulafau Ar-Rasyidin sekalipun sebelum Islamnya beliau adalah musuh Mohd yang nyata, Nabi itu hendak dibunuhnya.

Saya berharap yang buat blog khusus menghina peribadi seseorang itu ditamatkan segera. Jika tokoh yang kamu agong itu menang sekalipun tetapi dengan kehinaan sedemikian, ia tidak bermakna apa-apa nanti. Ingatlah, jawatan itu "amanah" adanya.

Jawapan kepada sahabat yang menghantar email kepada GB tadi:

Sebagai seorang sahabat, saya sayang Azmin, sebagai seorang ahli politik, saya terima Zaid!

6 ulasan:

Anak Sungai Derhaka berkata...

Salam Tuan..

Saya Ahli PKR.. berdaftar dan baru saja menang di Permatang Pauh..

Apa yang jelas disini ialah Nik Nazmi telah melanggar etika pemilihan dan penubuhan blog yang menyerang peribadi Zaid itu juga telah jelas melanggar etika pemilihan yang ditetapkan..

Awatla Nik Nazmi tu bengong sangat..

joe penang berkata...

Nilah antara masalah PKR. Byk didalamnya berfikiran umno. Nak berkempen pun stail umno. Memburuk2kan lawan.

Tanpa Nama berkata...

bertandinglah cara sihat, berikan ruang kepada yang bertanding menyatakan visi mereka untuk parti dan jangan mengaibkan lawan mereka. Biar ahli memilih siapa yang mampu mengota dan melaksanakan visi yang calun-calun katakan. Dengan ini pemilihan ini berjalan dengan bersih dan tiada persengketaan.

sb dehlawi berkata...

Setuju dengan ulasan cikgu greenboc. tak sangka ada juga puak yang masih berhati umno dalam PKR. diguna kroni2 untuk burukkan tokoh yang mahu bertanding. Mana Anwar? redakan keadaan!

Tanpa Nama berkata...

Sebagai seorang sahabat, saya sayang Azmin, sebagai seorang ahli politik, saya terima Zaid!

Jawapan GB amat tepat dan bijaksana. Gb boleh menjadi konsultan politik untuk PKR. Pemimpin dan ahli PKR kena belajar bab ini. Hilangkanlah sifat prejudis, dengki, khianat dan semua sifat-sifat kotor dari hati. Baru boleh kukuhkan parti dan barulah PR berjaya.

GB berkata...

anon 8.58

tak payah lantik GB konsultan politik lah. cukup belanja GB teh tarik segelas... :)