Selepas mendakwa terdapat Firaun kecil dalam PKR, kali ini ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin pula mendakwa wujudnya “badut hingusan” dalam PAS pula yang melatah berhubung ura-ura penyertaannya dalam parti Islam itu.
“Teman (saya) agak geli hati dan pelik bin hairan tengok beberapa badut-badut hingusan dok terkinja-kinja melenting tak tentu pasal, konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!” tulis Zulikfli dalam blognya.
Menjelang dan selepas Zulkifli dipecat daripada PKR Sabtu lalu, beberapa pemimpin kanan PAS dilaporkan menolak penyertaan semula ahli parlimen kontroversi itu dengan mengambil kira “setiakawan dalam Pakatan Rakyat”
Pemimpin berkenaan termasuklah tiga naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Turut menentang kemasukan semula Zulkifli dalam PAs dua ahli jawatankuasa pusatnya - Mohamed Hanipa Maidin dan Dr Hatta Ramli.
Manakala setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali pula sebelum ini membayangkan gelapnya masa depan Zulkifli dalam parti itu.
Menulis dalam blognya lewat petang semalam, Zulkifli menyindir golongan tersebut sebagai “cukup hebat mengutip derma, tetapi mencaci-maki sampai iblis pun menangis”.
“Tapi teman maafkan badut-badut hingusan ini yop, sebab dema (mereka) ini golongan jahlun," katanya. Jahlun adalah bahasa Arab yang bermaksud jahil.
Kemuncak kemarahan Zulkifli itu tergambar apabila beliau menghias artikelnya itu dengan gambar seeokor monyet yang sedang tidur.
Bagaimanapun, beliau menegaskan itu hanya gambar hiasan dan “tiada kena mengena dengan mana-mana badut hingusan”.
Zulkifli juga memberika pengecualian kepada Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan yang turut mengulas berhubung kemungkinan kemasukannya itu.
Beliau malah berkata, kenyataannya sebelum ini “mencerminkan kematangan dan kewibawaan yang jelas”.
Manakala kenyataan Mustafa dan Dr Hatta pula disifatkan “bernas” kerana mengutamakan hubungan dalam Pakatan.
Ulasan GB
Sebelumnya beliau menggelar pengkritiknya sebagai "Firaun Kecil" dan apabila beliau menghidu bahawa PAS tidak akan menerimanya ke dalam parti itu lantaran terdapat penentangan yang besar dari parti itu, beliau kini keluar dengan satu lagi gelaran iaitu "badut hingusan".
Ia semuanya mencerminkan dirinya sendiri sebagai Firaun Kecil dan Badut Hingusan.
Yang melucukan katanya: konon membantah teman masuk PAS, sedang teman mohon masuk pun tak!...
Sama lebih kurang macam Ibrahim Ali sewaktu menjadi wakil bebas dan berura-ura untuk memasuki UMNO. Apabila dikesani ada pihak di dalam UMNO sendiri menentang kemasukannya semula ke dalam parti itu, Ibrahim berkata : "saya sendiri pun kena fikir beberapa kali sebelum mohon, takut pisang berbuah dua kali" walhal hatinya teramat sangat nak bersama UMNO, apa kan daya ahli UMNO menolaknya.
Begitulah halnya Zul, hati nak sangat bersama PAS, tapi PAS tak mungkin dapat menerimanya.
Nasihat GB, dah boleh lah tandatangan borang PERKASA.

7 ulasan:
Umno sahaja yang akan menjilat 'hingus' badut ini!
banyak sangat istilah baru..macam ada srip saja..fairus lak dengan istilah budak nakal..
Lebih baik jadi firaun kecil sebab kecil je dari jadi munafik.. firaun kita tahu, kita nampak terang terang tapi munafik tak nampak.. Ingat la ALLAH tahu apa nawaitu kita.. Ingat ingat ingat..Biar hina di mata manusia jangan hina di mata ALLAH..
Dialah badut dewasa yang dah kering hingus dan kalau berhingus sekalipun tak ada yang nak jilat jijik benar!
barua UMNO dalam PKR tersingkir, barua UMNO dalam Pas bila lagi?
Itulah gambaran betapa marahnya Zulkifli bila majoriti pemimpin PAS menolak kemasukan beliau dalam PAS.
Padan muka dia...dulu suka sgt buat tindakan secara bersendirian dan tak mahu berjamaah...skrg, lu bergerak sorang dirilah ke hulu ke hilir sebab takda jamaah pun yg nak ikut...
Selepas ini membebellah sepuas-puasnya dan jgn lupa panggil media pengampu utk buat liputan selama 2 hari 2 malam...
Salute sgt kat PKR kerana sanggup hilang kerusi MP drp menyimpan 'trojan horse' yg lupa diri ni...
Catat Ulasan