10 Mac 2010

2 muka baru dilantik, dua digugurkan dalam rombakan Exco Kedah

Dua muka baru dilantik sebagai Exco Kedah dalam rombakan yang menyaksikan dua anggota sedia ada digugurkan, hari ini.

Mereka yang dilantik untuk tempoh setahun itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam, Abdul Ghani Ahmad dan Adun Sidam, Tan Show Kang.

Dua Exco yang digugurkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat negeri yang juga Adun Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan negeri yang juga Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu.

Majlis angkat sumpah Exco yang baru itu berlangsung di depan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Anak Bukit sebentar tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak. -BH

4 ulasan:

Cenangau berkata...

Jangan ada yang lompat keluar Parti pasai ni pulak dah laa...

Awanama berkata...

puak-puak dalam umno sedang nanti peluang nak bantai kerajaan negeri kedah.

Awanama berkata...

kalau amirudin jadi MB mau terberak UMNO, takut pengaruh kuat macam nizar

Awanama berkata...

Orang yang sedang intai nak bantai Kerajaan Kedah tu antaranya ialah Sobri Sudin yang uar-uarkan bahawa dia adalah salah seorang pengundi. Memanglah kalau dia daftar diri sebagai pemilih. Di Pokok Sena orang dah meluat dengan mamat ni yang mengaku memiliki Ph D (penghasut hasad dengki). Dengar khabar mamat ni pernah berkhidmat di UUM dan dipecat kerana ada masalah disiplin. Baru-baru ni mamat ni joint demo yang bantah Kerajaan Negeri bersabit dengan urusan pembayaran balik perumahan di Taman Wira Mergong. Mamat ni juga kaki putar belit juga rupanya.