Seorang pengawal keselamatan terkejut kerana wang yang diambil daripada mesin wang automatik (auto machine teller - ATM) didakwa wang palsu.
Mangsa, Rosli Naim berkata, dia mengambil wang berkenaan pada Sabtu lalu di sebuah mesin ATM seperti sebelum ini setelah wang gajinya masuk.
Menurutnya, dia tidak perasan antara wang yang diambilnya itu adalah wang palsu kerana terus menyimpannya di dalam dompet.
“Wang berkenaan adalah duit gaji saya dan memang kebiasaannya saya akan mengambilnya di mesin ATM berkenaan setelah gaji masuk.
“Sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian itu dan ini adalah kali pertama saya mendapat wang palsu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Rosli berkata, dia menyedari wang berkenaan palsu apabila mahu membeli barang di Teluk Intan pada hari yang sama dia mengeluarkan wang berkenaan.
“Saya mengeluarkan wang dari dompet kerana mahu membayar untuk barangan yang dibeli tetapi tuan kedai berkenaan menyatakan itu adalah wang palsu.
“Setelah saya meneliti memang benar itu adalah wang palsu dan menerangkan kepada tuan kedai berkenaan wang itu baru sahaja diambil dari sebuah mesin ATM,” katanya.
Menurutnya, setelah meneliti wang berkenaan beliau mendapati wang berkenaan tidak sama dengan wang RM50 yang lain.
“Wang berkenaan tidak mempunyai lambang dan garisan seperti mana wang biasa lain malah memang nampak perbezaan dari segi warna serta jenis kertas yang digunakan.
“Beberapa hari kemudian saya berjumpa dengan pengurus bank di situ dan dia menasihatkan saya supaya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak polis jika mahu siasatan lanjut dibuat,” katanya.
Katanya, pihak berkenaan seharusnya mengambil tindakan terhadap perkara itu supaya tidak berlaku kepada orang lain pula di kemudian hari.
“Saya berasa amat rugi kerana wang itu adalah palsu walaupun dikeluarkan dari mesin ATM.
“Perkara itu perlu disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan orang awam dan jangan mengambil mudah perkara ini kerana dibimbangi ia akan berulang lagi,” katanya.
Sementara itu, pihak bank ketika dihubungi Sinar Harian menyatakan mereka tidak dapat memberikan komen kerana setelah pelanggan keluar dari pintu bank menyelesaikan urusan mereka ia bukan lagi tanggungjawab bank. -SH

2 ulasan:
sebaiknya, kena kasi tahu bank mana dan mana lokasinya, agar bole gak kita yg lain buat tindakan susulan.
tapi hairan boleh plak pihak bank kata tiada tanggungjawab mengenainya....
sapa yg letak duit dlm ATM tu?
apa da.... ni kes nak taichi la ni....
yg mangsanya adalah pengguna....
PM adalah juga Menteri Kewangan!! Takkan nak membisu saja. Nayalah pelanggan bank kalau begitu.
Catat Ulasan