10 Mac 2010

Trend Baru : Polis Buat Aduan Untuk Tekan Pemimpin PR

Susulan siri pemimpin Pakatan Rakyat ditemu siasat oleh polis sepanjang bulan lalu, kini giliran Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dipanggil untuk memberi keterangan berhubung siri ceramah yang dihadirinya di seluruh sejak kebelakangan ini.

Difahamkan polis akan mendapatkan keterangan daripada Ketua Umum Pakatan Rakyat berhubung empat ceramah setakat ini.

The Malaysian Insider difahamkan Anwar akan disiasat di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah berhubung laporan-laporan polis yang dibuat di Batu Maung, Kepala Batas, Kg Baru dan Kubang Semang.

Anwar lazimnya mengambil ceramah perdana yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat ataupun diadakan oleh parti komponen ikatan itu.

Biasanya beliau menyentuh pelbagai isu termasuk soal kredibiliti institusi perundangan dan kehakiman, jet enjin, kes wanita Mongolia yang dibunuh empat tahun lalu, tuduhan liwat kedua yang dilalui beliau sekarang serta polemik penggunaan kalimah “Allah”.

Setakat ini, antara pemimpin Pakatan Rakyat yang telah diambil keterangan berhubung ceramah mereka ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan R. Sivarasa dan Salahuddin Ayub, masing-masing Naib Presiden PKR dan PAS.

Anwar yang juga Penasihat PKR akan direkod kenyataan oleh pihak polis di ibu pejabat parti itu pada pukul11 pagi esok

Sivarasa dan Salahuddin, masing-masing Ahli Parlimen Subang dan Kubang Kerian telah diambil keterangan berhubung dakwaan membuat kenyataan

berunsur hasutan ketika satu perhimpunan umum di Pulau Pinang awal bulan lalu.

Kedua-dua mereka disiasat di bawah Akta Hasutan.

Salahuddin berkata, polis menyoal siasat beliau berhubung ucapannya berkaitan dengan isu kalimah “Allah” tetapi enggan menjawab soalan mereka dengan menegaskan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah.

Sivarasa, wakil rakyat Subang pula berkata, beliau disiasat kerana menyentuh perbicaraan kes liwat Anwar yang sedang berjalan sekarang. -mi

Ulasan GB

Satu trend baru untuk menekan pimpinan PR, polis sendiri membuat laporan dan kemudian polis sendiri jalankan siasatan.

Kalau selama ini beratus-ratus aduan yang dilakukan oleh pimpinan PR, jarang sekali polis bertindak terhadapnya, namun apabila ada kes dimana polis membuat laporan ke atas pimpinan PR, ia sepantas kilat diambil tindakan.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

polis dah tak bebas lagi?