10 Mac 2010

Gobind: Siapa Yang Mencederakan Mangsa?

Peguam mewakili keluarga mendiang Teoh Beng Hock berkata kecederaan yang dialami bekas Setiausaha Politik kepada Exco Selangor itu adalah sebelum mangsa terjatuh, seraya mengundang beberapa ersoalan penting.

Gobind Singh Deo berkata dua patologis kerajaan tidak menjawab bagaimana, mengapa dan untuk apa kecederaan-kecederaan ini dalam laporan bedah siasat pertama mereka.

"Pertama sekali, laporan bedah siasat pertama tidak menyebut secara terperinci kecederaan pada leher mangsa, dan saya berpendapat kesaksian dari (pakar patologi kedua) Dr. Shahidan Md Noor telah menonjolkan betapa pentingnya kecederaan pada leher mangsa dalam kes ini," kata Gobind.

"Ini kerana kecederaan ini berlaku sebelum mangsa jatuh. Maka, seseorang perlu bertanggungjawab kerana mencederakan mangsa. Ini mengundang persoalan bagaimana dua pakar patologi sebelum ini tidak perasan atau tidak menonjolkan kecederaan ini dalam laporan mereka," tambah beliau.

Namun sebelum mencapai kesimpulan, Gobind berkata semua pihak perlu menunggu pendapat dari pakar-pakar patologi lain.

"Kita biarkan mahkamah untuk tentukan perkara ini, lagipun kita ada dua lagi pakar patologi iaitu Dr Pornthip Rojanasunand dan Prof Vanezis. Tuan Majistret telah meminta mereka untuk hadir, dan dengar penemuan mereka dahulu, sebelum kita panggil doktor-doktor dari bedah siasat pertama untuk menjelaskan kedudukan mereka," tegas beliau.


Ulasan GB

Thats right Gobind. Kalau betul pun Teoh mati terjatuh macam ahli patologi tempatan nyatakan, sekarang meraka akui kesan di leher mangsa adalah kerana dicekik sebelum jatuh.

Apa hak pegawai-pegawai SPRM "mencekik" mangsa, siapa yang mencekik, walaupun bukan penyebab kematian mengikut ahli pathologi tempatan.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya akan berpeluh pegawai SPRM walaupun berada dalam pendingin udara.