10 Mac 2010

I Malaysia Dah Tak Terima Zulkulim, Gerakan Gesa UMNO Jangan terima Zul

Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin yang disingkirkan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas, sebagai anggotanya.

Pengerusi Gerakan negeri Datuk Dr Teng Hock Nan berkata Zulkifli yang kini menjadi anggota Parlimen Bebas, dilihat sebagai seorang pelampau agama dan rasis.

“Beliau disingkirkan oleh PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian bangsa. Menerima beliau masuk Umno dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai bangsa yang sederhana berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Teng, yang juga naib presiden Gerakan, berkata Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam di sini pada 9 Ogos, 2008.

Beliau berkata Gerakan agak “cemas” dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu Umno “sentiasa terbuka” kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya termasuk Zulkifli.

Dr Teng berkata BN pada amnya dan khasnya Umno janganlah menerima pelampau agama dan racis dalam kumpulannya. — Bernama

Ulasan GB

Hamput lu, mahu tunjuk lagak, sekarang tak siapa pun suka.
Hantar pasar Baghdad, kasi lelong, pun lom tentu laku.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau mamat ni masuk UMNO boleh jadi ada komponen BN akan keluar. Kacau!

Rahman As-Syam berkata...

Salam.. Atas dunia lagi dah Tuhun tunjuk 1 Malaysia tak nak Zul Kulim.. Ingat..Wahai sahabatku.. berapa lama kita boleh duduk atas muka bumi ini..

Rahman As-Syam berkata...

Salam.. Atas dunia lagi dah Tuhun tunjuk 1 Malaysia tak nak Zul Kulim.. Ingat..Wahai sahabatku.. berapa lama kita boleh duduk atas muka bumi ini..