3 Mac 2010

Tarik Balik Sokong Usul Royalti : Tindakan ADUN BN Kelantan Pengecut

Semua enam ADUN Umno/BN tidak mengundi menyokong usul untuk membawa kes tuntutan royalti minyak kepada Kelantan ke mahkamah ketika ia dibentangkan di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, kesemua mereka tiada di dalam dewan ketika usul itu diluluskan pada sebelah petangnya.

Sebaliknya, Alwi berkata, mereka menyokong usul itu dibahaskan untuk membawa tuntutan ke mahkamah ketika ia dibentangkan untuk perbahasan pada sesi pagi.

Katanya, ADUN Umno/BN bersetuju usul asal itu dibahaskan kerana berpendapat ia adalah cara terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, ini kerana ia berpunca daripada tafsiran undang-undang yang berbeza oleh pihak kerajaan pusat dan negeri sehingga ia dipolitikkan.

Tetapi, kata Alwi, sewaktu perbahasan, mereka tidak menyokong tambahan usul yang dikemukakan oleh ADUN Pulau Chondong, Zulkifli Mamat yang meminta supaya Petronas membuat pembayaran secepat mungkin.

Berikutan itu, jelasnya, kesemua ADUN Umno/BN tidak mengundi menyokong usul dengan tambahan tersebut kerana mereka tidak hadir di dewan.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dilaporkan menyelar keputusan DUN Kelantan untuk membawa usul tuntutan royalti minyak terhadap kerajaan pusat ke mahkamah.

Beliau dilaporkan berkata tindakan itu adalah tidak wajar kerana terdapat saluran lain yang boleh digunakan dalam menyelesaikan isu itu.

Hishammuddin juga dilaporkan berkata tindakan mungkin akan ambil tindakan terhadap ADUN BN yang dilaporkan menyokong usul tersebut.

Mengulas mengenainya, Alwi berkata, sebenarnya usul itu tidak disokong sebulat suara oleh ahli dewan. DUN Kelatan mempunyai 45 ADUN termasuk enam dari Umno/BN.

Sebaliknya, kata Alwi, hanya 39 ADUN - kesemuanya dari Pakatan - yang mengundi menyokong usul berkenaan. -malaysiakini

Ulasan GB

Amat ketara ADUN BN Kelantan Pengecut dan terpaksa tunduk kepada tekanan pihak lain iaitu UMNO Pusat kerana khuatir akan dikenakan tindakan ekoran dari ugutan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden UMNO, Hishamuddin Tun Hussein.



5 ulasan:

Lang berkata...

Aku setuju dengan MP dan ADUN PR yang melompat parti. Sekurang-kurangnya mereka berani cakap, berani buat dan berani tanggung. Ugut ambil tindakan oleh lembaga disiplin... mereka lompat... tindakan tak kena, prinsip masih kekal. Tak mcm ADUN di negeri cik siti tu, batunya terus sejuk menggigil bila kena ugut dengan pusat.

Tanpa Nama berkata...

dah kena ugut dengan najib agaknya?

Tanpa Nama berkata...

undi sokong tak dapat wang, tarik balik sokongan dapat wang, perasuah UMNO

Tanpa Nama berkata...

Hangpa silap...sebenarnya antara 6 jahanan Adun umno kat kelantan depa 3 orang ni je yang bijak.

Penarikan balik sokongan depa tidak bermakna apa-apa kerana sokongan mereka sudah direkod di dalam minit dewan. Penarikan tersebut hanya untuk sedapkan hati bos-bos mereka je dan untuk utusan buat cerita muka depan untuk syok sendiri je.


bat8

Martoiriat berkata...

Tuntutan royali ini adalah utk rakyat kelantan. Enam adun ini pun rakyat Kelantan. Jika mereka fikir usul ini dibuat utk kebaikan rakyat,kenapa ditarik balik? Jika mereka menentang usul ini, samalah dgn Tok Pa dan Awang adek yg jadi penderhaka dan pengkhianat kpd rakyat kelantan.