Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi dan menjadi wakil rakyat Bebas serta merta.
Beliau membuat pengumuman itu dengan dihadiri oleh bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Sallehuddin Hashim sebentar tadi.
Desas-desus bahawa Ahli Palimen Bagan Serai itu akan meninggalkan PKR telah lama tersebar luas iaiatu semenjak pertengahan tahun lepas dimana beliau dikatakan ada masalah dengan Ketua Bahagiannya.
Mohsin, yang menang di kerusi tersebut atas tiket Parti Keadilan Rakyat adalah wakil rakyat ketiga yang keluar dari PKR, selepas Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng dan Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim.
Mohsin Fadzli Samsuri merupakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Datuk Zainal Abidin Zin dengan majoriti sebanyak 3,413 undi. Beliau memperolehi 18,943 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 15,530 undi.

4 ulasan:
Samad hilang keyakinan pada kepimpinan PR atau mungkin hilang keyakinan pada diri sendiri akibat tertengok wang yang banyak. Daripad Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
Najib dalang disebalik apa yang berlaku, tolak UMNO/BN....
UMNO pengkhianat rakyat kerana mengamalkan rasuah
Kpd YB Mohsin,
Usia kamu dah lanjut. Kamu adalah pengkhianat amanah rakyat. Kamu keluar PKR bukan kerana isu kalimah Allah, tapi kerana wang. Jangan kamu bohong kerana tuhan maha mengentahuinya. Kamu boleh tipu rakyat tapi kamu tak boleh tipu diri kamu sendiri. Dengan usia kamu yag lanjut ini, wang bukanlah segala2nya. Entah esok atau lusa kamu akan dijemput tuhan.. Kamu akan dihukum kerana kamu adalah pengkhianat amanah rakyat.
Catat Ulasan