Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, pemimpin UMNO Kelantan yang berjawatan menteri tidak layak untuk bercakap mengenai royalti minyak kerana tidak mempunyai portfolio bidang tersebut.
Beliau yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan berkata, tanggungjawab untuk menjawab isu berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Petronas yang lebih ta:hu mengenai tuntutan yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri.
: “Saya hairan kenapa pemimpin UMNO Kelantan yang bercakap mahu menghalang pemberian royalti sedangkan ia bukan bidang kuasa mereka, sepatutnya pemimpin UMNO ini bersatu dengan kita untuk menuntut royalti bagi faedah rakyat Kelantan.
“Tanggungjawab untuk menjawab isu ini ialah perdana Menteri dan Petronas, bukan menteri atau timbalan menteri yang tidak ada kena-mengena dengan portfolio petroleum, sebab itu bagi saya, keputusan ini adalah keputusan politik UMNO Kelantan,” katanya ketika ditemui di Kota Darul Naim di sini, semalam.
Sebelum ini, Menteri Perdagangan dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed menjelaskan, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Mustapa yang juga pengerusi perhubungan Barisan Negeri (BN) Kelantan dukacita dengan pelbagai dakwaan dan menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik.
Dalam masa yang sama, Husam berkata kepimpinan UMNO Kelantan jelas mengutamakan politik apabila kenyataan yang dikeluarkan dilihat bercanggah dengan pemimpin UMNO Terengganu yang turut memperjuangkan isu tuntutan royalti minyak.
“Kenapa UMNO Kelantan berbeza pandangan dengan UMNO Terengganu serta Ahli Parlimen Gua Musang, (Tengku Razaleigh Hamzah) satu UMNO dua pandangan mengenai royalti, ini menunjukkan politik.
“Kerajaan Terengganu menuntut dari sudut undang-undang walaupun mereka daripada UMNO, Ahli Parlimen Gua Musang memberi pandangan mengikut undang-undang, tetapi UMNO Kelantan mengetepikan undang-undang kerana politik,” katanya. -SH

2 ulasan:
UMNO kelantan hanya pengangguk kepada apa yang dikata najib, walaupun tak betul
perancangnya adalah najib, tapi yg mengeluarkan pendapatan orang lain... inilah yg dikatakan baling batu sembunyi tangan... najib memang bijak memainkan peranan, tapi kesian ngan mangkok2nya tu.. telah dipergunakan oleh najib.. tengok ajelah dengan timbalan dia tu... muka pun dah naik lebam... agaknya Allah dah murka kut....
Catat Ulasan