26 Feb 2010

Akhbar "Selangor Kita" Terbitan Siapa?

Sikap jahat UMNO yang suka menyebar fitnah dan membuat onar dalam masyarakat tidak mengira masa dan tempat hingga sanggup mencemari sambutan maulidul junjungan besar Nabi Muhammad saw, lapor Suara Keadilan.

Sekali lagi golongan yang tidak mengerti erti kesopanan ini mencemar majlis tersebut dengan mengedar akhbar Selangor Kita pro-Umno di perkarangan letak kereta Stadium Melawati Shah Alam di mana Majlis Sambutan Maulidur Peringkat Negeri Selangor diadakan pagi tadi.

Beberapa penduduk yang hadir pada majlis berasa tidak puashati dengan tindakan UMNO kerana ia telah mencemarkan Sambutan Maulidur Rasul.

Ahli Parlimen Hulu Langat Che Rosli Che Mat berasa kesal dengan tindakan tersebut dan menyifatkan sebagai tindakan jahat selain cuba mengelirukan rakyat.

"UMNO telah mengambil kesempatan diatas program kita dengan mengedar risalah yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat"Kita dalam program Sambutan Maulidur Rasul bukannya majlis politik tetapi UNMO tidak fikir semua itu malah mereka menghina majlis tersebut yang dia tahu hendak menghasut rakyat," jelasnya

Beliau juga menyifatkan UMNO sekarang sudah kehabisan ide untuk menyakinkan rakyat sehingga mengambil tindakan sedemikian.

"Jelas sekali UMNO sekarang tengah sakit tenat sehingga tidak hormat pada majlis tersebut. Saya berpendapat risalah ini telah diedar melebihi seribu naskah.

"Selain itu kita kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang tidak mengambil tindakan semasa risalah tersebut diedar dan ini menunjukkan sikap berat sebelah dan ketidakadilan yang berlaku," sambungnya lagi.

Akhbar Selangor Kita telah memuatkan pelbagai isu yang boleh mengelirukan rakyat selain kes Konspirasi II Datuk Seri Anwar yang masih dalam perbicaraan juga dimuatkan.

Sementara itu, Umno Selangor hari ini menafikan mempunyai maklumat mengenai akhbar Selangor Kita tersebut. Demikian dinyatakan oleh Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus, sewaktu ditanya mengenai kewujudan akhbar tersebut yang diagihkan secara percuma dan berleluasa semasa sambutan Maulidur Rasul hari ini.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau Polis Diraja Malaysia sudah tidak mampu mengawal keadaan...

Kerajaan Negeri Selangor patut menubuhkan sebuah pasukan Polis sendiri berstatus Polis Kerajaan Negeri Selangor bagi membenteras jenayah yang beleluasa di Negeri Selangor.

Boleh belah dengan polis UMNO..!!

Awanama berkata...

Pakatan rakyat boleh edar sama masa program 1 malaysia

Awanama berkata...

Kompim ke UMNO yg buat? Mana la tau, memang ada group 'rakyat' yg tak pueh ati dengan PR S'ngor. Kena igt gak bang, bukan semua rakyat bersama PR. Kalu tak mestila majoriti 100% kan?