Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan sistem pendaftaran perkahwinan orang Islam di negeri ini secara online yang dikenali sebagai e-munakahat.
Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri Abdul Malik Abdul Kassim berkata e-munakahat mengandungi lima modul utama iaitu kebenaran kahwin, pendaftaraan perkahwinan, cerai, rujuk dan akad nikah.
"Selain memudahkan urusan perkahwinan, orang ramai juga dapat mencari maklumat dengan lebih mudah berkaitan urusan perkahwinan melalui e-munakahat yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP).
"Sistem yang boleh dilayari melalui laman web e-munakahat.penang.gov.my itu dilancarkan hari ini dan pengguna boleh mendapat maklumat terperinci atau menyemak berkaitan perkahwinan dengan hanya menggunakan nombor kad pengenalan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di sini pada Jumaat.
Sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran e-munakahat itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dan turut hadir Ketua Menteri Lim Guan Eng serta Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman.
Malik berkata fasa kedua e-munakahat yang akan dibangunkan pada Jun 2010 pula akan membolehkan pengguna membuat kad nikah cip bergambar yang dilengkapi maklumat lengkap mengenai perkahwinan mereka.
Sementara itu, Abdul Rahman dalam ucapannya menyeru umat Islam mencontohi sifat keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalani kehidupan seharian terutama urusan pentadbiran.
"Kesempurnaan peribadi yang ada pada Rasulullah S.A.W perlu dijadikan contoh dan ikutan sepanjang zaman. Sifat-sifat terpuji ini banyak disebut dalam Al-Quran," katanya.
Terdahulu 55 kontinjen bersama kira-kira 2,500 orang yang diketuai Mansor menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul yang bermula dari Padang Kota melalui beberapa jalan dan berakhir di Dewan Sri Pinang di sini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan