Beliau bagaimanapun berkata tidak seharusnya berlaku pertukaran agama yang dipaksakan dan keduadua ibu bapa mempunyai hak untuk mendidik anak mereka dalam agama masing-masing.
Menambahkan lagi tengkarah isu penukaran agama di Malaysia itu, ulama yang mempunyai pengaruh besar di negara itu selanjutnya menuduh kerajaan Malaysia membuat keputusan berkenaan semata-mata mahukan sokongan pengundi di negara itu.
'Masalahnya di sini ialah apabila kerajaan terlalu ghairah mendapatkan undi, terutama undi bukan Islam, mereka membuat keputusan-keputusan berdasarkan sentimen.
'Jika orang Cina sekarang ini meminta sesuatu, kemudian orang Melayu, maka pendiriannya terus berubah,' katanya dalam wawancara eksklusif dengan laman berita berpengaruh, The Malaysian Insider, di sini.
Dr Mohd Asri, yang pernah menjadi Mufti Perlis selama dua tahun sebelum meletakkan jawatan itu untuk berhijrah ke Wales pada Disember lalu untuk membuat kajian mengenai Islam, menyertai suara-suara bantahan, termasuk daripada golongan konservatif Islam Malaysia serta beberapa pemimpin Parti Islam SeMalaysia (PAS).
Kritikan-kritikan itu tercetus menyusuli kes penukaran agama yang melibatkan tengkarah hak menjaga anak milik Cik Indira Ghandi, seorang penganut Hindu, dan bekas suaminya yang memeluk agama Islam.
'Hanya kerana saya menukar agama, saya tidak mempunyai hak ke atas masa depan agama anak-anak saya? Ini bukan hak asasi menurut Islam dan juga hak asasi kemanusiaan universal,' tegas Dr Mohd Asri.
'Mengapa si bapa tidak dibenarkan mendidik anaknya? Malah, tidak harus ada keputusan sehingga beliau mencapai usia yang wajar kerana dalam Islam pun, anak-anak tidak bertanggungjawab atas dosa dan pahala.
'Kabinet seharusnya menyerahkannya kepada mahkamah, sama ada mahkamah syariah atau sivil. Ia tidak menjadi hal, asalkan mereka memutuskannya dengan adil,' jelasnya.
Menurutnya, kedua-dua mahkamah akan mengambil kira faktor agama, serta pasangan ibu bapa manakah yang terbaik bagi menjaga anaknya dalam memutuskan hak penjagaan itu.
Beliau juga mempertahankan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani kes-kes seperti itu, sambil menjelaskan bahawa masalah di Malaysia bukannya soal ketidakadilan hukum Islam bahkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah tempatan.
'Masalahnya bukan Islam tetapi Mahkamah Syariah tidak mencerminkan ajaran Islam sebenar. Menurut Islam, kes-kes cerai harus diselesaikan dalam masa idah tiga bulan si isteri, tetapi sebaliknya, kita melihat ia mengambil masa bertahun-tahun.
'Apabila kes ditangguh, orang berasa Islam kejam, tetapi hakikatnya ia disebabkan ketidakcekapan Mahkamah Syariah,' jelasnya. -cyberita/GB
3 ulasan:
Jika dibiarkan parti umno(baru) yang dipimpin oleh Datok Seri Mohd. Najib terus memerintah negara Malaysia ini, akan terpesonglah akidah penganut agama islam gara-gara kebodohan pemimpin mereka menegakkan kebenaran agama islam.
Sepatutnya Perdana Menteri merujuk dulu pada mufti dan ulamak yang ada dalam negara, berbincang dan mengkaji implikasi yang akan berlaku jika sesuatu keputusan diambil.
Mungkin keputusan yang diambil oleh Perdana Menteri berkaitan pertukaran agama dan hak penjagaan anak itu berpandukan dengan islam hadhari...?
Tolong copy/paste pic ini dalam semua laporan tentang agama anak kekal agama asal
http://api.ning.com/files/f42UqSVORopRcunDDJ-PWd54kARpghvekVolwvVNaQh*VG84vw4FkvvnZ7wAuTOyo68w*8sY5wdnu4YNQIlzm3EznXNYA5Mx/anak_nazri.jpg
**myMiGrasi... kalau dah bapak pon kaki minum... anak apetah lagi
Catat Ulasan