3 Mei 2009

Kerana UMNO BN SPR Terus Senget Sebelah

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) terus diperkudakan oleh Umno@BN untuk memastikan sisa-sisa hayat politik mereka. Setelah memperkenalkan peraturan melarang pondok panas pada hari pengundian, hari ini SPR mengumumkan langkah menghadkan kehadiran penyokong semasa hari penamaan calon tidak melebihi 5 ribu orang.

Peraturan baru ini akan dikuatkuasakan dalam pilihanraya kecil Penanti pada penghujung bulan ini. Perkara ini disahkan oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar dalam satu kenyataan pada hari ini. Inilah pembaharuan 1 Malaysia yang menjadi zikir Umno@BN hari ini. Dalam era 1 Malaysia apa yang tak boleh akan dibolehkan.

Kenapa peraturan ini dikuatkuasakan? Semua ini jelas apabila Umno@BN gerun dengan gelombang kebangkitan rakyat yang bersama dengan Pakatan Rakyat. Sebaliknya angka 5 ribu yang dihadkan adalah penanda aras jumlah penyokong yang hanya mampu dikumpulkan oleh Umno@BN dalam pilihanraya. Itupun melalui proses kerahan tenaga serta dibayar upah dan elaun untuk hadir menyokong calon Umno@BN. Berbeza dengan pakatan Rakyat yang boleh menghimpunkan puluhan ribu penyokong tanpa apa-apa ganjaran dan habuan.

Persoalan yang lain bagaimana hendak memastikan jumlah penyokong yang hadir pada hari penamaan calon tidak melebihi 5 ribu orang? Siapakah yang akan ditugaskan oleh SPR untuk mengira jumlah penyokong yang hadir? Peraturan baru ini bukan sahaja tak masuk akal tetapi pelik untuk dilaksanakan.

Masa di sekolah dahulu dalam subjek Bahasa Melayu, cikgu menghadkan supaya karangan tidak melebihi 350 patah perkataan. Jenuh juga nak memastikan agar menepati syarat ditetapkan. Terpaksa dikira berulang kali. Itupun sering tersalah kira! Inikan pulak nak kira 5 ribu orang!

Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada media pengampu milik Umno@BN kerana mereka pandai mengira. Terutama bab ganda dua dan ganda tiga bagi penyokong Umno@BN dalam laporan mereka yang senget sebelah sebelum ini.Mereka pandai dalam bab mengira, jumlah yang sedikit boleh digandakan manakala jumlah yang banyak boleh dikurangkan.

Mungkin selepas ini media pengampu akan melaporkan jumlah penyokong Pakatan Rakyat melebihi 10 atau 20 ribu orang tetapi jumlah penyokong Umno@BN tepat-tepat 5 ribu orang! - angkasanuri/GB


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam hoi....cam ne nk wt ni,klu aku yg nk dtg ni nanti jd orang yg ke5001 camne ek?..agak2 ble kuar tv x muka aku...p aku banyak wit suka ati aku la nk g ke mane pun...pe masalah nye klu aku nk singgah ke penanti nti....aku dtg bukan d taja pun...bukan mintak wit umno pun.yg penting aku ikhlas dlm mmperjuangkan n myokong penuh PAKATAN RAKYAT....spr jgn wt lawak bodoh....sebelum nk kira org yg ramai2 duk nk dtg nti ni,bek korang tambah dlu anggota korang...bukak tawaran keje...supaya cukup kakitgn nti....tuan pengerusi spr cam haram jadah...

Tanpa Nama berkata...

Apa khabar SPR (sokong parti Reput) umno lahtu..
aku rasan nak tergelak pun ada apalah bangsat sangat otak orang2 SPR nie , orang nak datang pada hari permanaan calon bukan boleh kita nak halang , kerana orang orang pakatan rakyat lepa datang sendiri,duit sendiri,kereta sendiri dan semua sendiri,bukan macam umno kena siapa bas, siap duit boleh lah kira berapa yang nak datang pada hari itu, kata negara demokrasi, apa nak takutkan kalau sejuta orang nak datang pada hari itu yang SPR dok atur bilangan yang boleh datang sekadar 5 ribu saja....hang habaq kat puak2 hang tu (umno tak payah datang langsung biar kami sudah datang lagi senang tak membazirkan wang rakyat,tenaga, dan lain2 lagi,
apa macam boleh kah bagi tau ...harap mengerusi SPR buka lah minda tu sikit (otak tua pencen lah cepat) susah orang muda saja.... lepas tu dok merapu tak ketahuwan hala, ...yang hang dok ikut puak tu buat apa ....eloklah perompak arah penyamun cantiklah tu...