7 Jun 2015

[VIDEO] Lawak, Nak Cari Deposit Pun Payah Mahu Bertanding Semua Kerusi?


Nak cari deposit pun payah...'

Pengerusi Lajnah Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli memberi peringatan kepada perwakilan supaya memberi cadangan yang berasas dan tidak secara emosi berhubung isu pilihan raya.

Beliau berkata, cadangan perwakilan dari Sabah yang memberi amaran bahawa PAS akan bertanding di 32 kerusi di Sabah pada pilihan raya umum depan dilihat tidak berasas.

"Nak cari deposit untuk 11 kerusi pun payah, sampai ada yang hilang deposit. Untuk dua kerusi parlimen untuk kita adakan perbincangan cukup rapi.

"Jangan sebab marah, letak cadangan begitu. Letak cadangan biar berasas,"
katanya dalam ucapan penggulungan Muktamar Tahunan PAS ke-61.

Semalam perwakilan Sabah memberi amaran kepada DAP dan PKR bahawa PAS mungkin akan bertanding kesemua 32 kerusi DUN dalam pilihan raya umum.

Mohd Zulfikar Abd Mijan berkata tindakan itu susulan sekutu mereka itu enggan memohon maaf kerana “menendang” PAS Sabah daripada Pakatan Rakyat susulan isu hudud di Kelantan.

Justeru Ahli Parlimen Kuala Krai itu untuk berharap pengerusi baru lajnah pilihan raya PAS supaya memastikan undian daripada kaum bukan Melayu tidak berkurangan pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

Malah beliau juga berharap agar jawatankuasa yang baru dapat melakukan tugasan dengan lebih baik.

"Kalau hilang kepercayaan daripada pengundi bukan Islam di atas kertas, kita akan kalah pada pilihan raya umum ke-14.

"Terima kasih kepada PAS menjadi tempat saya berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa selama 18 tahun dan di Pemuda PAS banyak tahun.

"Dan jumlah keseluruhannya dalam 30 tahun (di dalam PAS). Mungkin dengan orang baru akan ambil alih dan dapat laksanakan dengan lebih baik," katanya lagi. -mk


Amaran PAS Sabah kepada Pakatan, berbaik semula atau lawan kami

Perwakilan PAS Sabah Zulfikar Abdul Mijan memberi kata dua kepada PKR dan DAP agar membaiki semula hubungan dengan parti itu atau menghadapi kemungkinan berhadapan dengan mereka dalam pilihan raya negeri.

Menurut Zulfikar, di Sabah terdapat 32 kerusi yang majoriti pengundinya adalah penganut Islam namun, PAS akan bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) jika mereka masih disisihkan.

"PAS Sabah akan bertanding di semua kerusi di Sabah tanpa mengira menang atau kalah selagi dia (PKR dan DAP) tak ajak kita join balik (Pakatan Rakyat Sabah).

Pada 30 Mac lalu, DAP Sabah dan PKR Sabah membekukan hubungan mereka dengan PAS Sabah kerana tidak bersetuju dengan keinginan PAS dan menamakan kerjasama baru mereka sebagai Pakatan Rakyat Baharu.

Langkah itu dibuat menerusi kenyataan bersama yang ditandatangani Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin, Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Sabah Datuk Maijol Mahap, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong dan Setiausaha DAP Negeri Dr Edwin Bosi.

Kedua-dua parti menyatakan yang pemimpin beragama Islam tidak menentang kanun jenayah Islam itu namun cuma menolak pelaksanaannya di Malaysia.

PAS bakal disisihkan dalam gabungan pembangkang dikenali Pakatan Rakyat Baharu yang akan dibentuk di Sabah, kata Jimmy sebagai tanda protes terhadap parti Islam itu yang bertegas mahu melaksanakan hudud.

Cadangan pembentukan pakatan baharu ini juga dilihat sebagai usaha DAP Sabah memberi tekanan kepada PAS selepas memutuskan membekukan semua bentuk kerjasama dengan PAS di negeri itu.

DAP Sabah mendakwa, PAS mengkhianati dan membelakangi perjanjian kesefahaman bersama PR apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
-TMI



ULASAN GB

Betul-betu lawak. Inilah akibatnya apabila bukan profesyenal yang memimpin. Memberikan cadangan yang tak berasas. Kononnya nak bertanding di semua kerusi. Siap ugut suruh berbaik semula.

Sedangkan pada PRU yang lepas pun 3 calon PAS hilang deposit!

Sungguh tidak berjejak di bumi nyata jika PAS Sabah mahu bertanding di semua kerusi.



34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kurang akal. Apa yg boleh di harap dgn PAS sekarang? Sedih...

Unknown berkata...

Salam GB/..

Bab ni aku tergelak sakan...berguling-guling sampai anak-anak aku, terperasan,abah abah apahal ni..Buang tabiat ka..

DIA PAKAI BAJU UKUR BADAN DINOSOUR...

Inilah akibatnya pakai "CHAI" LAST-LAST SEMUA DAHLARI HANYA TINGGAL"MACHAI" TINGGALMACAI.HUKKK..hukkkkk.KIHHKIHHKIHH..KAHHHHHH

YA ALLAH ,ASTARFIRALLHALAZIMMMMM..MENGUCAP KETAWA BANYAK2 NANTI MENJADI KAWAN SYAIT

Tanpa Nama berkata...

tuan, usah takut. Ulama pas suci mulia memang baik hati dah tolong umno. Maka sudah pasti umno akan sponsor duit tanding semua kerusi di semua Negeri (500+) dan semua 222 kerusi parliament.

Kalah pun Tak apa, yang penting pas namp kuat dan ulama pas nampak suci mulia.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah dipenuhi oleh Ulamak2 Jenin! Buat sesuatu keputusan tak guna otak.
Nak kata bebal tak mau terima.

Tanpa Nama berkata...

Boleh mintak pinjam dgn MSU yg kaya raya tu, bila lg nak lihat mujahadah mereka!

Malaysiabaru berkata...

Kini

Pakatan Rakyat mempunyai musuh baru
PAS

Bukan saja umno bn

Tetapi musuh dlm selimut PAS yg masih di beri muka sbg exco dlm kerajaan Pakatan Rakyat

dinULTRAMAN berkata...

PAS Sabah nak buat lawak, ucapan yang disampaikan dalam muktamar adalah skrip untuk pertandingan maharaja lawak 2015.

Unknown berkata...

Ceh..pro cina...anti ulama ka GB...haih

Tanpa Nama berkata...

haha hihi.. lawak2 ..
mampus pas kali ini,,
puak2 pengampu...

Tanpa Nama berkata...

Episod lawak (jenis bodoh dan riak tak tentu hala) dah bermula. Teruskan menonton, anda pasti akan terhibur dgn lawak (kadangkala berbentuk fitnah) dari segenap lapisan pemimpin PAS yg baru sahaja menang setelah sistem CHAI diberi restu oleh presiden dan mursyidul am yg baru. Paling tidak ada jugak hiburan tatkala menghadapi hidup yg semakin tak lojik kat Malaysia ni.

Tanpa Nama berkata...

Selamat tinggal PASCHAI...satu jea nak tanya...din ayam bila nak letak jawatan?

Potailangek berkata...

Salam gb
Nothing to say
T.O.L.O.L
KIKIKIKI...sama arr mcm ketua ug ckp..
Agak nye ni arr dia

Tanpa Nama berkata...

PASCHAI hanya utk golongan ulamak mulia lagi suci dan murni...golongan professional sila berambus dgn segera...sayonara PASCHAI....

Tanpa Nama berkata...

Ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha aku gelakan kepimpinan chai PAS... bakal buat kerja cincai ... buat kerja tak masuk akaiiiiiii... terjunlah hangpa dengan Luncai.

Tanpa Nama berkata...

What is your problem? Cina are hardworking pax payer. So who you are? A lazy people use religion as reason to assault hardworking people? Is that your religion teach you??? What religion is that ??

Tanpa Nama berkata...

Samada dengan atau tanpa pas kita perlu selamatkan bumi malaysia dari umno bn tapi realiti politik di malaysia ni peranan pas memang besar. Berdasarkan situasi sekarang, nampak macam (tuhan je tahu) umno bn masih boleh menang sekurang kurangnya dalam pilihan raya akan datang. Harap pimpinan baru pas dapat cari jalan dan usaha supaya ini tidak berlaku. Rakyat dah tak sanggup.. harap pas tidak dilihat sebagai halangan dan beban dalam usaha tumbangkan umno bn.

Unknown berkata...

abaikan rasis dalam pas tu. mereka tak amal islam sebenar. islam tak pilih bangsa.
itu manusia bangang aka yahudi melayu yang berlagak macam orag islam.

sial manusia itu

Tanpa Nama berkata...

PAS Sabah tu budak bodoh

Tengok muka pun sudah tahu

Di benci nya Cina tapi duit Angpow Cina di tunggu di harap dan di ambik juga

Bahalol

Tanpa Nama berkata...



.

UMNO pun tak bodoh macam bodoh si tolol ini.

UMNO yang serba ada dan serba cukup pun tak bertanding di Gelugor dan Chempaka.

Semasa muktamar ini berjalan, mereka langsung tak ingat kan TGNA lah jadi macam ini. Ada Abduh pun macam tak ada kaitan yang dapat mengingatkan mereka pada TGNA.

Kalau ada ingatan pada TGNA, sekurang-kurangnya mereka tak cakap sombong dan tolol macam ini.

Tanpa Nama berkata...




Patut pun lah Hj Hadi dan pro UG menang banyak.

Tanpa Nama berkata...

Reaksi akuspontan sama macam reaksi Nazmi di Singapore.

Unknown berkata...

Puak yang menang ni, menang undi hasil dari chai dah sombong bagai, korang tunggulah nanti pru 14 undi dari rakyat boleh di chai atau tidak, kita tengok nanti puak ni akan akan bertelagah sesama sendiri nak jadi calon kawasan majoriti 95% pengundi melayu sebab kawasan yang bawah 90% pengundi melayu dah tak selamat dah untuk mereka. Lepas ni jangan pulak nak merayu-rayu nak merujuk bagai orang gila talak.

Tanpa Nama berkata...

Salam din ayam serama. Kau Bila lagi. Letak jawatan la...apa tunggu lagi.

Tanpa Nama berkata...

Haruan deeen kan ada....air jampi kan ada banyak kat Bangi...guna la utk haulau omno...ha ha ha.

Tanpa Nama berkata...

pas dapat banyak kerusi parlimen dan adun kerana;
1. anwar
2. mat sabu
3. lim guan eng
kalau mat sabu takda, lim guan eng dijadikan musuh
dan anwar pula dalam penjara, alamat pas akan
bungkus-sebungkusnya dalam pru14. rakyat dah meluat,
sejak kes mantan menteri besar selangor, khalid ibrahim.
lebih-lebih lagi, ramai ahli pas yang bongkak dan sombong
termasuk presidennya yang berdolak dalik, hadi awang.
tak percaya? kita sama-sama lihat dan sama-sama tunggu.
itu ramalan gwa, ahli nujum negara beringin rendang.

Anti Fitnah berkata...

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.
Ikut resmi Padi, Makin Berisi Makin Tunduk.
Jangan ikut resmi Lalang, Condong bila ditiup angin walaupun berdiri tegak sombong.

Tanpa Nama berkata...

Mahu jadi perwakilan tapi tidak mahu bersedia dan membawa data dan fakta. Bercakap ikut emosi tanpa melihat fakta begitulah jadinya.

Dr. Hatta sudah kemuka tentang potensi 49 kerusi yang boleh dimenangi secara 'solid' dlm pru akn dtg. BN akan runtuh. Sekarang berusahalah wahai pimpinan baharu yang lebih wibawa...jalan yang lancar sudah dibuka bergeraklah maju jgn bnyak alasannya.

Tanpa Nama berkata...

Mcmana nak tumbangkan umngok...kalau dlm paschai sendiri pun ramai yg nak jadi tongkat umngok...umngok dah nak rebah pun...tp puak paschai ni dtg jadi tongkat mereka...puiii...

pak maun berkata...

Nampak tak sebab apa dsai dipenjarakan? Apa yang berlaku kpd pas hari ni mmg dah dirancang oleh ameno. Diorang tahu pas ni bongok.

Tanpa Nama berkata...

pru 14 majlis soru ularmak boleh bikin senarai cai untuk seluruh rakyat m'sia...kita cai ini kali, mosti menang kah3...lawak2

Jeman berkata...

This guy is typical malay, lazy to work, lazy to think.. got brain but lazy to use.. n bcoz of that they choose easier way to vote.. n vote for umno

Tanpa Nama berkata...

mentang2 wakil parti islam, maka kononnya Allah akan sentiasa beri miracle utk menang maka dgn dungunya nk tanding 32 kerusi sabah.

inilah masalahnya, bila merasa betul sentiasa di atas jalan Allah, maka akal diketepikan dan emosi dianggap iman dn jihad.

jgn retorik lah, memalukan islam saja.

perjuangan islam bukan mcm superman atau ironman yg luarbiasa. perjuangan islam ini panjang, penuh cabaran dan penuh dugaan. bukan perjuangan powerrangers. perjuangan islam penuh dgn tawadhuk dn kerendahan hati serta sabar. bukan melenting dan beremosi bergegar kupiah yg dipakai itu.

perjuangan islam kalau tkdpt menembusi hati2 manusia maka tk kemana lah. dgn tredn kepimpinan PAS sekarang hati2 manusia byk yg terluka.

Tanpa Nama berkata...

nampak muka manis, ada janggut, kupiah kemas putih. nampak mcm hebat je berpidato tp rupanya BODOH!

tu la sebb jgn berjuang islam utk glamor dan merasa hebat pidato saja. kosong kalau takat tu je.

berjuang islam bkn utk perasan bagus wah akulah pejuang islam. jgn ujub tanpa disedari.

berlainan pendapat dgn ulamak dh dianggap melawan islam. kalau curi kasut hadi maka itu dianggap mencuri kasut islam. kalau duduk membelakangkan hadi itu dianggap membelakangkan Islam.

wah ini sudah taraf ayatollah syiah.

Tanpa Nama berkata...

Banyaknye duit nak lawan orang. Hello brader, sapa nak derma dengan lu orang kali ni???