Komitmen itu diberikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada mesyuarat kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur petang tadi.
“Muktamar telah memutuskan tempat itu adalah tempat mereka (PKR) dan demikian itu tidak perlu dipertikaikan. Kita telah mengarahkan parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi skongan sepenuhnya kepada calon Pakatan Rakyat,” Abdul Hadi memberitahu sidang akhbar selepas mesyuarat itu.
Anwar merakamkan penghargaan kepada kedua parti itu.
“Bagi pihak PKR, saya mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Haji Hadi Awang dan Lim Kit Siang atas kerjasama PAS dan DAP untuk memberi sokongan padu bagi memenangkan calon Pakatan di Penanti,” kata Anwar.
“Saya menghargai arahan mereka kepada jentera parti di Pulau Pinang khususnya dan Penanti untuk membantu PKR,” tambah beliau.
Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang Mansor Othman dinamakan calon Pakatan dalam PRK N12 Penanti pada 31 Mei nanti.
Mansor, 54, memegang tiga ijazah masters, termasuk dua dari universiti Yale. Beliau pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Anwar sekitar 1990an, dan menyertai Parti Keadilan Nasional selepas Anwar disingkir dari kerajaan pada 1998. -TVA/GB
1 ulasan:
Kan elok macam tu..kan kita pakatan rakyat sama2 bekerja sama. kita kena hapuskan musuh kita , kalau kita juga nak tikam kawan dalam pakatan kita sendiri musuh gelaklah...jom kita sama berjuang menegak keadilan di penanti..kami dari kuala lumpur akan turun habis2 san kali ini . selamat berjuang reformasi, tadbir.
Catat Ulasan