20 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Memang PAS dipimpin Oleh Pro-UMNO

Sewaktu saya menulis tulisan Sanggahan Idris Yang Karut, saya terlepas pandang tulisan Prof Abd Aziz Bari yang memang ada menukilkan
Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.


Dan Ketua Penerangan PAS telah melakukan pembelaan terhadap Ustadz Hadi dan sekalian barisan pimpinan dari tuduhan bahawa mereka pro-UMNO.

Idris bertanya:

Apa asas beliau mengatakan pimpinan PAS pro Umno (Sinar Harian 19/10/09). Adakah semata-mata kerana buat rumah terbuka orang Umno datang maka orang ini dianggap pro Umno.

Ia telah diketahui umum bahawa isu Kerajaan Perpaduan (UG) yang ditaja oleh Presiden PAS adalah barah yang telah memecah belahkan jemaah selama ini.

Saya telah menulisnya di sini:

NASYA MASIH PERTAHANKAN KERAJAAN PERPADUAN PAS UMNO
93% TOLAK IDEA KERAJAAN PERPADUAN
UNITY GOVERNMENT - BARAH UMNO YANG ADA DALAM PAS
UNITY GOVERNMENT : PANGGILAN YANG MELECEHKAN KEMENANGAN ISLAM

Memang pun isu UG telah dikuburkan, tetapi hantu-hantunya masih dibawa oleh para pimpinan sehingga sikap itu jelas ditunjukkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang tindakannya itu pula dibela oleh pimpinan tertinggi PAS Pusat.

Justeru itu tidak salah untuk mana-mana pihak termasuk Abd Aziz melakukan rumusan atau mempunyai pandangan bahawa barisan tertinggi PAS yang ada adalah pro-UMNO.

Dengan kekhilafan untuk tidak menyedari Abd Aziz ada mendakwa bahawa Abdul Hadi adalah pro-UMNO, saya meminta maaf TETAPI selebih isi kandungan yang menyangkut persoalan kelembapan pimpinan tertinggi PAS terutama watak yang menyamai watak Tun Abdullah memimpin UMNO tetap saya pertahankan kerana itu yang menjadi fokus tulisan Abd Aziz Bari, bukan soal pro-UMNO -GB

11 ulasan:

MANSOR JUNUS berkata...

Sudah lama saya melihat kepimpinan teratas PAS memang kurang berwibawa.PAS perlu teraju yang lebih mantap untuk memacunya ke strata yang lebih atas.Ustaz Nasa mungkin boleh buat kerja, tetapi kalau nak jadi nakhoda, beliau ternyata tidak cukup kemampuan.TGHHA adalah liabiliti kepada PAS.Minta maaf.Beliau 'mungkin' boleh menjadi ketua pembangkang yang baik. Tetapi kalau nak jadi PM, beliau tidak berada didalam acuan Allahyaraham Ustaz Fadzil. Fikir2kanlah.

Tanpa Nama berkata...

Kegagalan Haji Hadi antaranya ialah menterjemahkan 'cakap-cakap ke-Islamnya' ke dalam bentuk gerak kerja sebagai seorang presiden dan pengurus parti. Beliau juga kosong idea. Sebab itu apabila bercakap hal UG tempoh hari lalu terserlah 'ketidak cerdikannya' sebagai seorang presiden yang sepatutnya apabila mengutarakan sesuatu idea kelihatan mantap dan boleh dipertimbangkan untuk diterima pakai. Dikala hujjahnya diperlukan beliau membisu. Sekira-kira partinya kelihatan mula berwibawa dia melontarkan onar...

Hasan Ali, Nasharudin, Idris dan Mustafa Ali merupakan tim kepimpinan yang sdang merebahkan PAS.. Mereka lah yang akan 'meng-aruahkah' harapan rakyat yang ingin melihat PAS berwibawa untuk mentadbir persekutuan... Mereka bekerja berlegar-legar di 'dalam kampung mereka' sahaja. Sebab itu tutur kata dan pemikiran mereka juga bertaraf pengurusan kampungan sahaja.

Dalam semenanjong pun (kampung mereka), PAS tergapai-gapai bagai mana pula jika di Sarawak dan Sabah. Mujur mereka bersandar kepada PR. Jika tidak nasib PAS akan sama-sama hilang seperti mereka kehilangan Terengganu. Ada, tetapi macam tiada.

PAS bernasib baik lagi kerana Ust. Nik Aziz masih berupaya walaupun uzur untuk membendung 'kerja-kerja bodoh' beberapa pamimpin PAS daripada meneggelamkan PAS sebagai kuasa politik penting negara. Kebertahanan PAS di Kelantan itu pun hanya bersandar kepada wibawa dan ketokohan Ust. Nik Aziz sahaja.

Berdasarkan permasalahan dalaman PAS dan prestasi di Bagan Pinang, sepatutnya PAS melihat semula keupayaan tim kepimpinan PAS terutama tuan presiden sendiri sebelum terlambat.

Akuilah bahawa sakit PAS lebik kronik berbanding UMNO. 'Kepala PAS' sekarang semacam dihinggapi sindrom 'kebengongan' yang sukar dipulihkan. Kebengongan ini jika tidak dirawat berkemungkinan akan menjadi G.I.L.A. Inilah kekeronikan penyakit PAS.

UMNO pernah kronik kerana 'kepalanya' sakit, tetapi ia mula kelihatan sihat dan segar setelah memperolehi 'kepala baharu'. Lim Guan Eng yang belum Islam itupun lebih terserlah dan berwibawa berbanding pemimpin PAS dalam hal-hal yang berkaitan politik dan pentadbiran.

Ampun maaf dan
Salam hormat.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Apabila TGHHA mengundur diri, siapakah yang akan menggantikannya? That person. Oh! No way. Ada baiknya diadakan EGM untuk menentukan kepimpinan baru untuk menghadapi PRU13 dan seterusnya menjadi Government In Waiting. Bukan sahaja MCA perlukan EGM, tetapi PAS juga. Pemimpin tidak semestinya pandai berkata-kata di depan orang ramai. Yang pentingnya ialah mereka yang boleh bekerja. Ambil contoh Nabi Musa dengan Nabi Harun. Nabi Musa ialah seorang pemimpin yang baik tetapi tidak pandai berkata-kata sehebat Nabi Harun. Nabi Harun pandai berkata-kata tetapi dia tidak dapat memimpin sebaik Nabi Musa.

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah mula tidak disukai semenjak adanya 'Geng Perpaduan' dan pemimpin yg dikira expired date seperti Stopa Ali masih diambil berkhidmat.

Nasib baik masih ada Nik Aziz...nak harapkan Ketua Pemuda PAS yg baru, bak kata ustaz azhar idrus 'bahang kareng aahhh....'

Tanpa Nama berkata...

Penyakit UMNO...MENGAMPU PRESIDEN dah berjangkit dalam PAS dah. Eloknya jawatan ketua penerangan dan setiausaha agung dipertandingkan, bukannya dilantik oleh Presiden. Nampak sangat pemimpin2 PAS dah jadi gila jawatan. Kalau bab jawatan, BUKAN MAIN LAGI BUKA MULUT, kalau bab isu2 semasa yang menuntut pendirian segera, mereka2 ni MEMBISU. Presiden BISU, Timbalan pun BISU, Setiausaha Agung juga BISU. Yang rajin buka mulut tidak lain dan tidak bukan TG NIK AZIZ. Sampai bila korang pemimpin2 atas ni nak menumpang bahu TG Nik Aziz, korang ni takde kaki dan akal fikiran ke? Tak ada idea untuk difikirkan ke? Kalau dah macam tu buat apa korang gila nak bertanding?

Tanpa Nama berkata...

mmbs317: Kepada semua:- Selusuri seerah sahabat - Sy Ali and his team, Muawiyah and his team, Abu Dzar; juga sejarah kepimpinan Islam yanh lain. Kalau barisan kepimimpinan PAS mengambil pendekatan politik bahawa UMNO dan orang UMNO (termasuk pimpinannya) adalah "musuh" PAS dahulu, kini dan selamanya - adakah ini bukan seperti tindakan politik Khawarij? Kalau kepimpinan PAS mengambil pendekatan politik "bersatu" bersama DAP dan PKR bukankan ini melanggar prinsip aqidah perjuangan seperti yang dinukilkan oleh Almarhum Ust Fadzil Noor? Fahamilah PAS sebagai "al-ghuraba'", tahalluf siyasi. Secara peribadi tindakan kepimpinan PAS yang diketuai oleh TG Presiden akan hanya diketahui kebijaksanaannya selepas pemergian beliau. Apatah lagi beliau pernah memimpin Negeri Terengganu pada 1999-2004 yang menghadapi cabaran, tohmahan, penentangan dari masyarakat melayu dan kakitangan kerajaan sendiri. Saya berpendapat tindakan Dr Hassan Ali di Selangor (dan beberapa tindakan Ust Azizan di kedah) adalah lanjutan "lesson learnt" dari kerajaan PAS Terengganu 1999-2004 Pemimpin yang wara' tak akan cerita segalanya kepada orang bawahan. Hanya orang bawah yang kadangkala gelojoh, anggap lebih pandai, teruja dengan "gaya" kepimpinan dan buah fikiran orang lain tanpa menyedari pentingnya petunjuk Ilahi. Saya lebih suka berpendapat lebih baik kalah dalam pilihanraya jika ianya dapat menyelamatkan saya dari api neraka berbanding menang tapi mejauhkan saya dari syurga. WaALLAHu a'alam

Tanpa Nama berkata...

to anon 11.39

perkataan kamu spt ini

"Saya lebih suka berpendapat lebih baik kalah dalam pilihanraya jika ianya dapat menyelamatkan saya dari api neraka berbanding menang tapi mejauhkan saya dari syurga. WaALLAHu a'alam"

selalu di dendangkan sekira mati hujah atau escapism. saya dalam PAS dah kira agak lama so i know what i,m talking about.

KopiO berkata...

sedikit buah fikiran aku untuk pencetus perbalahan dalaman yang bercita-cita ingin melemahkan PAS secara diam-diam.

http://warkahdaily.blogspot.com/2009/10/siapa-jembalang-yang-ingin-menjatuh.html

Nizam berkata...

Pada pandangan saya TGHA bukanlah pro UMNO tapi beliau tidak bijaksana dalam politik. Beliau hanya layak jadi ustaz saja untuk berdakwah pada ahli-ahli PAS.

Atau beliau ni adalah pro Melayu-Islam saja.

Saya rasa kalau Ust Fadhil masih ada, pasti keadaan tak begini rupanya.

Yang penting, PAS perlukan pemimpin yang bijaksana dalam politik. Tak semua ustaz bijaksana dalam semua bidang.

Anak PR Selangor berkata...

Entahlah tapi hati ini jahat... mungkin saya tidak mengundi PAS lg pada pilihanraya akan datang.

Sedih tgk kepimpinan PAS Pusat dan PJ Selangor... they betray our trust..

Tanpa Nama berkata...

Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing2.
Pandangan yang tuan-tuan kemukakan cuma ada tiga klasifikasi sahaja :

i) Pendapat/ pandangan tersebut benar
ii) Tidak benar samasekali
iii) Separuh benar/ half truth.

Boleh jadi (dan seringkali) pendapat kita semua) tergolong dlm kategori (ii)dan (iii).