20 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Sanggahan Idris Yang Karut

Saya membaca sanggahan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustadz Idris Ahmad terhadap pandangan Prof Dr Abdul Aziz Bari dan mendapat sanggahan Ketua Penerangan PAS itu kesasar dan lansung tidak sepatutnya disiarkan oleh Harakahdaily.

Pertama, tidak ada di dalam pandangan Prof Abdul Aziz Bari yang menyatakan Ustadz Abdul Hadi itu sebagai pro-UMNO.

Abd Aziz hanya menyatakan

"Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Pas."

Apa yang disampaikan oleh Abd Aziz adalah persoalan "watak" dan "perwatakan" Abdul Hadi yang menyamai watak Tun Abdullah Ahmad Badawi yang diketahui umum lembab, suka tidur, bangang, mudah dipengaruhi orang lain dan pemalas.

Justeru itu kenyataan Idris yang menyatakan Abd Aziz "melabelkan seorang dalam kepimpinan PAS ada yang pro Umno adalah tuduhan yang berat" adalah kesasar dan lansung terpesong dari itipati persepsi Abd Aziz mengenai watak Abd Hadi.

Apakah justifikasi Idris membuat tuduhan sedemikian atau telah terasa pedasnya cili apabila tergigit di hujung lidah?

Lain-lain sanggahan Idris diabaikan kerana ia lansung tidak relevan dan kesasar dari apa yang sepatutnya dituliskan.

Ramai ahli PAS selama ini mengkagumi pandangan Abd Aziz yang berterus terang dan berani mengkritik pimpinan PAS, seperti beliau berterus terang dan berani mengkritik kerajaan Malaysia dan hakim-hakim mahkamah yang membuat keputusan yang selalu terbabas dari neraca kebenaran dan keadilan, tetapi kita hairan mengapa Idris melenting apabila Presiden parti yang melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS dikritik.

Apakah sindrom ampu dan terhutang budi masih belum lekang seperti ampu dan terhutang budi Roslan Mohd Shahir kepada Pesuruhjaya PAS Selangor yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor?

Umum mengetahui mengenai sikap Abd Hadi yang meragukan apaila beliau telah mengutarakan gagasan Unity Government (UG), namun ahli-ahli merasa lega apabila beliau telah kembali sedar untuk mengakui fakta bahawa UMNO bukan parti yang boleh dibuat baik dengannya, seperti pandangan yang pertama kali dan kerap dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Dan ahli-ahli PAS gembira apabila gagasan UG ditutup dan dikuburkan.

Tetapi persoalan kini ialah persoalan professionalisme di dalam kerja, persoalan efisyien dan efektif di dalam menjalankan amanah, persoalan kredibiliti dan integriti sebagai bukan sahaja pemimpin tetapi "pengurus" sebuah jemaah untuk membawa jemaah ke mercu kecemerlangan.

Abd Hadi dilihat tidak berkeupayaan menunjukkan prestasi yang cemerlang itu. Sama halnya dengan Abdullah sewaktu memimpin UMNO. Itu saja yang ditulis oleh Abd Aziz. Mengapa melenting tentu pasal bawa cerita lain kononnya Hadi pemegang MA yang tak jadi pensyarah dan seumpamanya?

Di dalam banyak ketika Hadi lebih banyak menumpukan perhatian di dalam program-program luar negara daripada menjaga dan menumpukan fokusnya terhadap hal-ehwal parti yang beliau diamanahkan menjadi presidennya.

Terkini Abd Hadi menyatakan PAS rela kalah kerana yang dikejarkan oleh PAS adalah "mardhatillah" (keredhaan Allah).

Semudah itu untuk meletakkan alasan sedangkan mardhatillah itu urusanNya yang kita perlu ketahui bahawa Allah telah mensyaratkan kita untuk "bekerja bersungguh-sungguh" di dalam sesuatu urusan jika keredhaanNya menjadi buruan.

Dalam hadith Baginda saw telah bersabda (lihat al-Baihaqi, Bab al-Amanah, Hadith 5313 & 5315 1990:334-335):

Bermaksud: Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu membuat suatu kerja dengan itqan (berkualiti).

Bermaksud: ...Allah suka seseorang pekerja apabila bekerja ia sentiasa membaiki mutu (prestasi) perkhidmatannya.

Kini, sudahkan pimpinan PAS, terutama Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya telah melaksanakan tuntutan hadith di atas sedangkan kita dimaklumkan bahawa Presiden selama ini begitu banyak kali mengabaikan tugas-tugasnya selaku ketua jemaah apabila hanya mementingkan program-program di luarnegara yang lebih menjurus kepada penaikan populariti?

Apa program PAS yang boleh dibanggakan yang dihasilkan oleh barisan tertinggi PAS ketika ini sedangkan post-mortem Bagan Pinang itu sendiri mengambil masa hanya setalah lebih seminggu baru hendak ditubuhkan jawatankuasa menkajinya?

Apakah itu bukan lembab namanya?

Belum lagi saya tonjolkan hal-hal lain terutama dalam bab ekonomi, sosial, perundangan malah poltik sendiri yang menampakkan PAS parti yang tidak bermaya sehingga ungkapan, "PAS sebagai kerajaan yang dinanti" hanya ucapan retorika yang diucapkan oleh si Jenin yang pemalas!

Sewaktu seorang pesakit sedang nazak, sepatutnya sekalian doktor berusaha untuk membantu dan mencari jalan bagi mempastikan kelansungan hidup pasien, agar amanah terlaksana.

Tetapi di dalam kes kekalahan Bagan Pinang, saya ingin bertanya Ustadz Idris berapa kali pimpinan tertinggi PAS telah bertemu membincangkannya?

Sedangkan kisah yang pernah dilalui oleh umat Islam tatkala kalah di Perang Uhud, hanya tak sampai satu hari post-mortem dilakukan dan umat Islam telah bangun kembali keesokannya untuk menebus maruah yang tercalar ekoran kekalahan tersebut.

Justeru itu tidak salah Abd Aziz menyatakan memang Presiden (dan saya menambah sekalian barisan pimpinan tertinggi) PAS lembab dan pemalas seperti Tun Abdullah yang telah hampir menghancurkan negara. Saya bertanggungjawab di atas dakwaan tersebut kerana sememangnya gerak kerja pemimpin tertinggi PAS di bagan Pinang begitu mengecewakan.

Saya ingin bertanya berapa hari Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agong dan Ketua Penerangannya berada di Bagan Pinang?

Maaf cakap, ada para blogger nampaknya lebih hebat dari Ketua Penerangan PAS sendiri kerana mereka lebih bersungguh-sungguh untuk menyampaikan risalah kebenaran di sana waktu itu tanpa mengenal penat lelah dengan ada yang meninggalkan rumahtangga dan kerja, tetapi usaha mereka tidak pernah mendapat pengiktirafan dari pimpinan tertinggi PAS.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS amat tersilap berpresidenkan Haji Hadi Awang. Hadi diletakkan pada pos presiden bukan dengan kredibiliti kepimpinannya. Sebaliknyanya ahli PAS sedikit terpengaruh dengan kehebatan Hadi berpidato menghentam UBN ketika pembabitan awalnya didalam parti PAS. Kebolehan berpidato seseorang tidak menunjukkan keupayaan memimpin oleh seseorang itu.

Kejatuhan Terengganu setelah ditadbir oleh Hj. Hadi adalah tanda paling besar Hadi tidak berupaya mengemudi sebuah jemaah sebesar dan sepenting PAS. Malangnya ahli PAS sirna dengan peristiwa itu lalu mengangkat pula beliau itu sebagai peresiden bahkan tidak ada yang mencabar. Ketiadaan ahli PAS yang mencabar wibawa HAdi sebagai presiden itulah titik mula PAS bercelaruan sesama sendiri.

Sama seperti Abdullah Badawi. Dia dianggkat kerana berada pada ling yang betul ketika itu. Namun keberadaannya pada ling berkenaan atas sebab-sebab perubahan yang berlaku dalam UMNO dan kepimpinannya. Buka atas faktor kepimpinannya yang menonjol. Kesannya apabila beliau itu diletak pada kedudukan presiden, maka benar, UMNO hampir hancur lebur. PAS kini sedang berada dalam situasi UMNO pimpinan Abdullah Badawi.

Andainya ahli PAS lambat berbuat sesuatu, dikhuatiri PAS akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat. Atau jika pun PAS bersendirian maka PAS akan lebih dahulu 'terkubur' berbanding hasratnya sekarang yang 'berlagak gah' untuk menguburkan UBN.. Kualiti dan kegahhan PAS hanya disandarkan pada ketokohan Ustz. Nil Aziz MB Kelantan itu.. Orang ramai yang melihat PAS dari luar lebih berasakan 'tiadanya Nik Aziz maka PAS turut kelihatan tiada'.

Bagan Pinang telah menyatakan pengundi muda yang disandarkan harapan oleh PAS telah 'mula angkat kaki'. Pada mereka PAS hanya gah di pentas tetapi haprak dalam hal-hal pengurusan dan pentadbiran. Bahkan sikap 'bodoh sombong' sesetengah pemimpinnyalah yang menghilangkan kepercayaan dan harapan pengundi yang pernah memberikan 'simpati' mereka pada PRU ke-12 tempoh hari.

Di dalam kesibukan 'kita' menerjah UMNO supaya berubah, rupanya 'kita' yang terlalai lalu menjadi parah. Bagan Pinang menyaksikan UMNO/BN ketawa berdekah-dekah sedang PAS bermalu alah dengan berbagai hujjah...

Terdapat pihak yang ikhlas menasihat tetapi malang mereka pula menerima sanggah. Begitulah 'bodoh sombongnya' para juak kepimpinan yang berkeliaran di dalam PAS sekarang..

Maaf dan
Salam Hormat.
Wassalam

Tanpa Nama berkata...

Tak kisahlah TG Hadi Awang tu lulusan MA apa ke. Yang kita nak tengok hasil kerja beliau di lapangan. Kalau di atas kertas berjela2 tapi hasilnya hampeh tak guna. Kalau dibandingkan dengan Anwar @ Lim Guan Eng, Hadi jauh terkebelakang. Mereka berdua ni lebih bijak, rajin dan berkeupayaan menjadi pemimpin. Dah la lemah macam Pak Lah, berangan nak jadi PM lagi.

Terus-terang cakap la, PAS mendapat sambutan dan dikenali adalah kerana pengaruh TG Nik Aziz. Kawan2 saya India dan Cina mulanya tak kenal siapa Hadi. Yang mereka tahu TG Nik Aziz ni lah Presiden PAS. Selama ni pun TG Nik Aziz lah yang paling terkedepan mengulas isu2 semasa. Hadi, sentiasa membisu. Kalau beliau buka mulut pun hanya pasal UG. UG ni lah juga bukti betapa tidak bijaknya beliau berpolitik. Ini kita panggil politik serah tengkok dikala musuh nyawa2 ikan. Ada sorang lagi yg macam ni di Selangor, Hassan Ali.

Yang paling menghairankan aku yang lembik, pemalas, lembab dan bodoh piang ni lah yang diangkat jadi pemimpin. Yang bijak, rajin, banyak idea, disukai rakyat bawahan dan pelbagai kaum pula yang ditolak. Tengok apa jadi? PAS FOR ALL, berkubur, Kelab Penyokong PAS menjadi lesu.

Sudah sampai masanya Hadi dicabar. Dato Sri Azizan, MB Kedah sesuai sekali mencabar beliau. Dan lagi satu, Timbalan Presiden PAS ni skop kerjanya macam mana sebenarnya. Aku tengok makin bisu dan langsung takde idea, sedangkan beliau bertaraf Timbalan. Cuba bandingkan Timbalan PAS dengan Timbalan UMNO. Jauh beza la. Amat rugilah jawatan Timbalan disia2kan macam tu je.

amdang81 berkata...

Agaknya tuan rumah terlepas pandang perenggan sebelumnya....

"Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali atau menyingkirkannya terus. Dalam beberapa portal berita Hasan dilihat sebagai liabiliti kepada Pakatan umumnya dan Pas khususnya. Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-UMNO dalam Pas seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka."

Semoga Allah memelihara tuan di dunia dan di akhirat...